Assalamualaikum & hye peeps~
Rasa tidak sabar dan amat gementar. Itulah yang menggambarkan macam mana perasaan Jasmin pada saat ini. Esok! Hari yang Jasmin sangat tunggu-tunggu. Walaupun Jasmin tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk hari esok, akan tetapi entah mengapa hati Jasmin tetap mengharapkan perkara tersebut. Huhu..OK, tutup kes tersebut!
Tanggal 23 Mei, dengan rasminya Jasmin meletak jawatan sebagai penganggur professional. Hohoho...hmmm...sudah hampir 6 bulan Jasmin bergelar penganggur professional. Hmm..kenapa penganggur professional? Haha..sebab Jasmin menganggur bukan sekadar menganggur. Sepanjang cuti, banyak yang Jasmin dapat terutamanya dalam hal-hal kerja di dapur. Kalau dulu Jasmin tak pandai masak ikan & ayam masak merah, sekarang ni nak pandai. Macam-macam resipi dah Jasmin belajar. Chicken black pepper sauce, kek coklat (hohoh..orang lain dah lama pandai~) dan macam-macam lagi. Heheheh~ kira macam persediaan nak menjadi bini orang la nii..hahahahaha~ gatal~gatal~
Selain itu, Jasmin banyak mengikuti pelbagai aktiviti. Daki gunung pun pernah, kena paksa cakap di depan pun pernah, urus program pun pernah. Alhamdulillah. Kalau dulu, Jasmin seorang yang sangat gugup kalau bercakap di depan, sekarang boleh katakan OK. Kalau dulu “allergic” tengok mikrofon sampai terPARKINSON dek kerana takut, sekarang “allergic” memang “allergic” tapi sekarang “allergic” tengok mic saja, rasa nak bercakap...hahaha... Di samping itu(wahh..macam esei BM..hahaha..) banyak ilmu-ilmu baru yang Jasmin dapat terutamanya dari usrah mingguan remaja KADDAF dan Kelas Fardhu Ain oleh Bang Syeed. Alhamdulillah, ilmu tersebut akan Jasmin bawa sampai bila-bila.
Masa cuti ni jugak, Jasmin mula belajar gitar daripada kazen Jasmin. Sekarang, boleh2la..sekadar tahu chord basic pun OK. Setakat ni, baru 3 lagu (tapi tak sampai hujung~ hahaha) yang Jasmin master. Paling Jasmin tak dapat lupa, iaitu menyaksikan konsert gitar classical oleh Peter Corbel di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce. Hmm..bila la agaknya dapat tengok konsert dia lagi ek??? Kalau ada kesempatan, Jasmin nak tengok konsert guitar Sungha Jung dan Kotaro Oshio.
Pengalaman interview...hahaha..antara pengalaman yang tak dapat Jasmin lupa....malas nak cerita lebih-lebih..hahaha....
Dan yang paling PENTING dan SANGAT BERHARGA ialah UKHUWWAH dan PERSAHABATAN. Dalam masa cuti ni, Jasmin sempat berkenal-kenalan dengan ramai sahabat baru. Sahabat yang sangat-sangat rapat hinggakan mendapat gelaran 7 serangkai. Hahaha...walaupun pada saat ni, 3 daripadanya telah pergi melanjutkan pelajaran masing-masing, ukhuwwah tersebut kian terasa. Saat pertama kali jumpa...sungguh tidak disangka...Huhuhu...RINDU NAA NGAN KITAK ORANG SEMUA...HUHUH~~ SEMOGA KITA SAMA-SAMA BERJAYA KELAK....AMEEN~ salam ukhuwwah filllah abadan abadaa...
No comments:
Post a Comment