Assalamualaikum & hye peeps.
Pada hening subuh 24 Mei 1992, kira-kira 18 tahun yang lalu, lahirlah seorang puteri yang tak seberapa cantik tapi sekarang cantik (perasan..aduhhh~). Pada masa tersebut, puteri tersebut tidak tahu apa-apa melainkan menangis. Bukan sahaja tatkala lahir puteri tersebut menangis, tetapi berlanjutan sehingga puteri tersebut mencecah usia dua tahun. Bukan menangis biasa seperti merengek lapar atau meminta lampinnya ditukar, tapi boleh dikatakan asal celik mata sahaja puteri tersebut menangis. Cengeng betul puteri tersebut kan? Sampaikan ibu kepada puteri tersebut tidak lena tidur sepanjang dua tahun pertama puteri tersebut menghirup oksigen di muka bumi Allah ini.
Bukan tentang puteri tersebut yang Jasmin hendak ceritakan, tetapi mengenai ibu kepada puteri tersebut. Ibu yang telah bersabung nyawa untuk melahirkan puteri yang kadang-kadang terlupa akan jasa ibunya yang langsung tidak dapat dibeli dengan intan mahupun permata. Pada hari yang indah ini, mengucapkan kata-kata “selamat hari ibu” sudah tentu tidak cukup. Tidak cukup untuk membalas jasa ibu. Ucapan tersebut tidak mampu menebus kesakitan dan penderitaan yang ditanggung olehnya semasa melahirkan kita. Ucapan tersebut tidak cukup keramat berbanding dengan kata-kata semangat tatkala kita jatuh. Ucapan tersebut tidak mamu menyaingi betapa kasihnya ibu kepada anaknya. Akan tetapi, kata-kata tersebutlah yang mampu mengukirkan senyuman pada wajah ibu. Kesakitan yang pernah ditanggungnya seolah-olah berlalu begitu sahaja. Bak kata orang, sejuk perut ibu mengandung.
Kepada ibu Jasmin, Selamat Hari Ibu.
Terima kasih atas segalanya.
Terima kasih kerana mengandungkan Jasmin selama 9 bulan.
Terima kasih kerana bersusah payah melahirkan Jasmin.
Terima kasih atas kasih yang telah ibu curahkan.
Terima kasih atas kesabaran ibu dalam melayani karenah Jasmin yang degil binti keras kepala ini.
Terima kasih kerana mendidik Jasmin.
Terima kasih kerana sudi meminjamkan telinga untuk mendengar sebarang masalah dan rintihan Jasmin. Terima kasih kerana sudi meminjamkan bahu ibu tatkala Jasmin jatuh.
Terima kasih kerana sentiasa menjadi dorongan buat Jasmin untuk berjaya.
Seribu kemaafan dipohon andai terkasar bahasa, meninggikan suara, merajuk tak kena tempat, memberontak tak terntu hala, janji kadang-kadang tak ditepati, kerja rumah kadang-kadang tak dilaksanakan, termarah yang tak kena, sikap yang menyakitkan.
Ibu, akan Jasmin balas jasa ibu walaupun Jasmin tahu mustahil untuk Jasmin membalasnya. Akan Jasmin balas dengan kejayaan Jasmin. Jasmin akan pegang kata-kata ibu. Nasihat ibu akan Jasmin jadikan pengajaran. Larangan ibu akan Jasmin jadikan sempadan. Apa-apa pun, ibu tetap ibu Jasmin. The one and the only.
Doa Jasmin agar ibu sentiasa sihat dan dipanjangkan umur supaya Jasmin dapat berbakti buat ibu. Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi ibu. Jasmin berdoa agar ibu sejahtera. Sejahtera dunia akhirat. Semoga ibu dijauhkan daripada segala bencana. Ameen ya rabbal ‘alamin..
Selamat hari ibu buat ibu Jasmin
SAMSIAH AMIN.
Buat siapa-siapa yang belum mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu mereka, sila ikuti langkah ini.
1. Cari butang “close” pada penjuru kanan atas.
1. Cari butang “close” pada penjuru kanan atas.
2. Klik butang tersebut.
3.Jumpa ibu anda.
4. Ucapkan “selamat hari ibu” buat ibu. Cakapkan yang anda sayang sangat-sangat pada ibu anda.
Aih...tunggu apa lagi??? Pergilah...shuh..shuhh...
No comments:
Post a Comment