Sunday, May 30

sediakan 10 minit bersama saya~

Assalamualaikum & hye peeps~

Alhamdulillah, sekarang dah berada di rumah bersama keluarga tercinta. Minggu Aluan Pelajar (MAP) UNIMAS baru sahaja berakhir pada 27 Mei 2010. Pelbagai pengalaman yang menarik yang telah Jasmin perolehi di sini. 

23 Mei 2010
Hari tersebut merupakan hari pendaftaran bagi semua pelajar asasi. Turut tidak ketinggalan adalah Jasmin sendiri. Pada hari pendaftaran tersebut, Jasmin berasa sangat berdebar-debar kerana masih "blur" tentang semuanya. 


Alhamdulillah, Jasmin mendapat room mates yang sangat-sangat Jasmin kenali hati budinya. So, tak payah nak risau-risau lagi pasal barang-barang di dalam bilik. Hari pertama, tak de apa2 sangat aktiviti, cuma kemas bilik dan malamnya taklimat susun dokumen dan majlis ikrar pelajar.

24 Mei 2010
Hari yang sangat bagiku. Pada hari ini, aku telah mengangkat sumpah sebagai pelajar pra-U UNIMAS sekaligus aku telah mencapai usia genap 18 tahun. Bak kata kawanku, Legal Age Club..hahaha...


Selepas majlis ikrar pelajar tersebut, ada syarahan dekan, dialog bersama pensyarah-pensyarah, petangnya ada permainan terompah gergasi dan pada malamnya ada tayangan dokumentari pendek tentang Sarawak yang telah disiapkan oleh pelajar UNIMAS sendiri.

25 Mei 2010

Lawatan ke kampus barat dan fakulti perubatan dan sains kesihatan. Saat yang sangat tidak dapat dilupakan ketika berada di fakulti perubatan terutamanya berada dalam bilik Clinical Site L______ (CSL). Semangat ku semakin berkobar-kobar untuk kembali ke fakulti tersebut. Malas nak cerita panjang2, hanya gambar dijadikan santapan.



26 Mei 2010
The great event of the day is memasak ayam pansuh. Memang pertama kali memasaknya. Nasib baik kumpulan kami terdaat orang Iban yang tahu cara memasak ayam pansuh..kalau tak, alamatnya tak jadi la nak merasa ayam pansuh ori..hahah..


ayam pansuh kumpulan monsoi~



27 Mei 2010
Hari terakhir MAP. Siangnya ada gotong-royong dan mencari harta karun serta wasiat apai entah-apa-nama. Malangnya, kumpulan kami x dapat wasiat tersebut.


gambar L.O-L.O

 L.O-L.O kena denda refreshment....hey barang baik.~~~hey barang baik~~~

hmmm..setakat tok jak..malas mok cerita panjang..tiba-tiba rindu dengan...
"jika anda melanggar arahan saya, sediakan 10 minit bersama saya~"

2 comments:

jannah said...

hmm..how i wish i turn back time n relive this moment..so many sweet memories..:')

Jasmin Jaraee said...

true. but we've to continue our life. farewell, it's part and parcel of life. hehe. eh, speaking indah aku ngan kauuuu~~