Assalamualaikum & hye peeps~
Dalam entri Jasmin yang lepas, memang dinyatakan keputusan yang telah Jasmin buat. OK. Pada 21 Mei yang lepas merupakan jawapan kepada debaran yang sangat dinanti-nantikan oleh sesiapa yang memohon dalam Program Penajaan Ijazah Luar Negara (PILN). Turut tidak ketinggalan Jasmin sendiri yang turut memohon dalam program tersebut.
Jam menunjukkan tepat 4.00 petang. Dengan segeranya Jasmin meng"klik" tab MARA yang lama telah Jasmin bookmark kan.
Dan ini merupakan keputusannya...
selepas mendapat keputusan tersebut, Jasmin sekali lagi berada dalam dilema. Masa yang singkat dan beberapa faktor luaran lain mengekang Jasmin untuk membuat pilihan yang tepat. Pertimbangan yang kurang stabil menyebabkan pendirian Jasmin berubah-ubah. Sekejap nak pilih MARA, sekejap lagi nak pilih UNIMAS. Pendirian Jasmin berubah-ubah. Mungkin kerana apa yang Jasmin harapkan iaitu untuk memasuki KMS atau KMB tidak kesampaian. Pelbagai persoalan yang menjengah dalam kotak fikiran Jasmin...
"Hujung tanjung mana depa nak baling aku nih??"
"Kat mane aku kene kibar lepas ni??"
"betol ke overseas?"
"kalau overseas negara mana?? aman tak negara tu??"
macam-macam persoalan bukan-bukan yang timbul. Memang tidak dinafikan Jasmin berasa amat kecewa kerana tidak mendapat seperti yang diimpikan. Namun begitu, Jasmin turut berasa gembira kerana hampir semua kolejian yang apply PILN berjaya. Syabas!
Setelah menerima keputusan tersebut, diri ini tak habis2 dalam dilema. The road not taken la katakan....
Pada malam tersebut, Jasmin tidak dapat tidur, walaupun sesaat..(tipu...hahaha...tertidur sekejap jee..) Persoalan demi persoalan timbul. Dek kerana takut tersalah langkah...Apa2pun, tidak ada tempat lain untuk mengadu melainkan padaNya
Pada keesokan harinya, Jasmin masih lagi belum mampu membuat keputusan. Hanya keputusan yang mampu Jasmin buat adalah masuk UNIMAS terlebih dahulu then fikirkan perkara tersebut di UNIMAS. Namun, ketika berada di UNIMAS, Allah sampaikan "sign" nya.. Allah berikan saat-saat yang terindah semasa majlis aluan pelajar walaupun disiplinnya agak ketat. Allah kenalkan dengan beberapa orang kakak LO yang sangat baik hati dan insyaAllah boleh menjaga Jasmin.
Setelah mengharungi MAP yang tidak dapat dilupakan, akhirnya, Jasmin dapat membuat keputusan dan keputusannya telah Jasmin bagitahu pada entri lepas.
Oleh itu, Jasmin sangat yakin dan percaya, apa2pun masalahnya, kita hendak kembali kepada sang Pencipta
BACK TO OUR CREATOR....
Mengadu denganNya. InsyaAllah, Allah akan bagi petunjuk yang terbaik buat kita. Walaupun mungkin ada yang menyatakan adalah suatu kerugian bagi Jasmin menolak tawaran tersebut, tapi Jasmin tetap berpegang teguh pada surah al-baqarah ayat 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui tentang sesuatu perkara. Mungkin kita bersedih sebab tidak dapat apa yang dihajatkan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Janganlah terlalu bersedih sehinggakan tidak mampu melihat keindahan dan hikmah di sekelilingnya. Apa yang penting, banyakkanlah berdoa kepadaNya. Jangan jadi orang yang sombong yang tak kena pada tempatnya. Jika doa kita tidak dimakbulkan, banyak2kan bersabar dan teruskan berdoa. Mungkin apa yang kita hajati tidak sesuai buat kita atau mungkin Allah BELUM memakbulkannya. Mungkin Allah akan memakbulkannya pada masa hadapan atau pada masa-masa yang lebih sesuai atau lebih memerlukan atau mungkin bukan di dunia, tetapi di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment