Saturday, November 3

Thank You Allah!

Alhamdulillah wa syukrulillah.

Setelah 5 hari sejak datangnya 'sesuatu' itu, akhirnya terluah dan terungkai juga pada malam ni. Alhamdulillah, hati  telah membuat keputusan dan membulatkan tekad. Akhirnya boleh bernafas dengan lega. Bibir sudah mampu mengukir senyuman [ceh hyperbole je].



Alhamdulillah.
Allah beri jalan.
Allah permudahkan.
Allah sudah rungkaikan segala.

Apa pun kekusutan di minda, apapun masalah yang datang, maka kembalilah kepada Dia Yang Mengizinkan masalah dan dilema itu untuk datang kepada kita. Apabila kita dilanda satu dilema dan berdiri di satu persimpangan hingga memaksa kita untuk memilih, kembalilah padaNya. Kerana Dialah yang lebih mengetahui.



Dan rasa sepenuh pergantungan padaNya, itulah satu kenikmatan sebenarnya.


Beristikharahlah.
Bukan hanya sekali, tapi berkali kali.
Hingga hati merasa yakin.
Dan betul-betul tekad dengan sesuatu keputusan tersebut.

Dan jangan lupa untuk beristisyarah. Mintalah pandangan daripada insan-insan yang terdekat. Mungkin, lebih mudah, berkongsilah dengan murabbiyyah. Kerana mereka lebih berpengalaman dan lebih mengetahui daripada kita.

InshaAllah, istikharah itu menjemput keyakinan dalam hati, dan istisyarah itu boleh membantu kita menilai pro dan kontra di setiap keputusan yang ada. Maka, dengan keyakinan dan pendapat-pendapat yang bernas daripada insan-insan yang kita sangat tsiqah padanya, inshaAllah, itulah keputusan yang terbaik.

Alhamdulillah. Inilah keputusannya. Dan ana yakin, inilah yang terbaik untuk ana dan yang paling penting, untuk kelangsungan dakwah itu sendiri. InshaAllah.

Allah.
Hari ini sungguh membahagiakan.
Terima kasih ya Allah. ^^

ps : maaf andai post macam lompat sana lompat sini. janji nak hapdet 10 minit je sebab dah pening baca Developmental Biology. huhu. doakan ye. nak hekzem minggu ni. ^^

Wednesday, October 31

Allah Sayang

Mungkin inilah jawapan yang pernah diajukan oleh penceramah semasa Bengkel Guru Pembimbing Wanita Islam yang pernah ana hadiri baru-baru ini. 

Situasi di Taman Seri Puteri. (rumah perlindungan wanita di Sarawak)

Bayangkan, seorang gadis yang merupakan mangsa rogol oleh ayah tirinya sendiri mempersoalkan,

"Saya taat ibu ayah saya, saya buat baik, tak pernah ingkar pada mereka, but why Tuhan buat saya macam ni? Kata Tuhan itu sayang hambaNya. Tapi mengapa saya? Mengapa saya menjadi mangsa?"

Ana terkedu. 

Lidah terkelu. 

Otak membeku. 

[haha.macam over lah pulak]

Tidak tahu hendak memikirkan jawapan yang sesuai andai ana berada di dalam perahu penceramah. 

Ana berfikir, dan terus mencari jawapannya hingga sekarang. 

Dan alhamdulillah, ana teringat akan seseorang yang ana sangat sangat yakin bahawa Allah sangat menyayangi dia. Ya. Dialah yang paling Allah sayang. 

Ce teka ce teka. 

Yup. Rasul kita, Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam.

Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Rasulullah shallallahu 'alayhi wa salam merupakan kekasih Allah. Allah sangat sayang padanya. Jom kita telusuri sirah baginda daripada baginda kecil hingga wafat. 

Lahirnya sebagai anak yatim. 

Umur enam tahun, kematian ibunya.

Umur lapan tahun, kematian datuknya. 

Membesar dewasa dan diangkat sebagai Rasul. 

Dakwahnya ditentang hebat.

Dicaci oleh bapa saudaranya sendiri yang dulunya sangat sayang pada baginda.

Berhijrah ke Taif, tapi dibaling batu hingga berdarah. 

Sering menjadi buruan untuk dibunuh.

Najis dilumur ke badan baginda ketika solat.

Caci maki tengking semua ada. 


Lihatlah. Baginda melalui hidup dengan penuh kesengsaraan, kelukaan, pendarahan, pedih hati, caci maki dan sebagainya.

Dan renungkanlah jua sirah para nabi yang lain. Betapa banyak ujian yang mereka dapat. 

Nabi Ibrahim dibakar.

Nabi Nuh, isteri dan anaknya ingkar. 


Bayangkan, kalau Ikut rasional akal manusia, tak sanggup kita sakiti apatah lagi pukul sampai berdarah orang yang kita sayang.


Rupa-rupanya, inilah formula kasih sayang Allah. Allah sayang Allah uji. Lain orang lain ujiannya. Kadang-kadang tak nampak segala hikmahnya. Kita buat baik, tapi jadi begini. Kuncinya, Allah sayang Allah uji. Lagi Allah sayang, lagi banyak Allah uji. 

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt." 
[Surah Al-ankabut:2]

"Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" 
[Surah At-Taghabun:11]

Maka, janganlah dipersoalkan ujian itu. Berbahagialah, kerana anda insan terpilih. InshaAllah. ^^

Monday, October 29

Kerana Kereta Ini Akan Meluncur Laju - Gugur atau Terus Bertaut?

Perjuangan. 

Tanggungjawab.

Pengorbanan. 

Komitmen. 

Menuntut segalanya. 


Semakin dakwah ini berkembang, semakin bergoncang dengan fitnah, mehnah dan ujian. Ujian demi ujian, komitmen yang datang bertalu-talu, masa yang dirasakan singkat. Hingga menyesakkan dada, menggoyah ketenangan jiwa. Kadangkala, tercuit juga hati dan jiwa yang berada dalam medan perjuangan ini. 

Hinggakan bebanan yang ditanggung melunturkan semangatnya. Tidak lagi membara seperti dulu. Tidak lagi aktif dalam gerak kerja. Segala tugasan dan tanggungjawab tidak lagi dilaksanakan atas kesedaran dan kefahaman, tapi kerana terpaksa. 



Nafas perjuangannya kian semput. Nadi semangat tinggal nyawa-nyawa ikan. Benih-benih cinta yang dulunya subur kian layu. 

Segalanya dilakukan tanpa ruh cinta dan kefahaman. Semuanya hanya bebanan. 

Hingga terlintas di fikiran.

"aku nak berhenti."

"everything's over."

"ukht, ana nak berehat sekejap"

****

Ya. Ia adalah satu hakikat. Warna warni, asam garam dan rencah sebuah perjuangan. Ujian pasti akan melanda hingga melukakan jiwa. Paling menyedihkan, hingga ada yang gugur dan tercicir. 

Silapnya pada apa?

Ya. Kita tidak membuat persiapan rapi. 

Bagaimana? 

****

Seseorang itu tampil begitu hebat. Semangatnya berapi-api [nasib baik tak terbakar heh.] Begitu lantang berbicara dalam usrah. Beliau juga memegang hingga dua tiga usrah. Setiap kali program, kitalah paling tangkas bekerja. Akh itu menjadi sumber rujukan rakan rakan. 

Tapi. jeng jeng jeng. 

Tiba-tiba soalan menjengah.

"Akh, solat berjemaah dah buat?"
Gulp!

"Al-mathurat nya dah dibaca ke belum?"
Errr.

"Minggu ni dah berapa juzuk dibaca"
Gasp.

"Qiamnya macam mana?"
Krik.krik.krik.

"Dah call parents minggu ni?"
Pengsan.

Faham apa yang ingin disampaikan? 

Ya. Betul. Hubungan kita dengan Allah. Itulah persiapan kita dalam mengharungi arus perjuangan ini.

Ramai akh dan ukht kita tampil hebat dalam perjuangan. Tak kiralah perjuangan mana sekalipun, janji perjuangan yang menegakkan Islam. Akan tetapi, kita sering lalai akan sesuatu perkara. PERKARA ASAS.



Ya.ramai yang lantang bersuara,berjiwa mujahid di medan perjuangan ,namun hubungan Allah mulai pudar sedikit demi sedikit. (huhuhuhu) 

Apa yang sebenarnya dimaksudkan hubungan dengan Allah?

Mutabaah amal kita

Solat berjemaah kita bagaimana?
Bacaan al-Quran?
Al-mathurat?
Khusyuk dalam solat?

Dan paling horror ialah kita mencampuradukkan kebaikan dengan perkara lagha hingga memakan masa kita dengan begitu banyak sekali. 

Dan goyahnya hubungan kita dengan Allah akan menyebabkan kita jatuh tersungkur. Jangan hairan, kalau kita terserempak dengan seorang pejuang yang gagah pada satu ketika dahulu kini menjadi hamba kepada dunia akibat futur,tumpas kerana goyahnya hubungan dengan Allah. [nauzubillahi min zalik]

Yakinlah,Allah ialah Pencipta dan Pengatur terhadap segala galanya,Jika dalam medan dakwah,Dialah yang berkuasa mengizinkan usaha kita,yang memberikan kekuatan ilmu dan fizikal kepada kita,yang pemilik hidayah kepada mad’u kita. Malah,Allah juga yang memilih kita untuk berada dalam jalan yang bercahaya ini. Jadi,layakkah kita mengambil enteng terhadap hubungan denganNya?

Nah. Take a break. Muhasabah. Bina Kembali Kekuatan.

Bukan berehat terus. TIDAK. Cuma kadangkala kita perlu ambil sedikit masa untuk koreksi diri dan muhasabah balik tentang apa yang telah kita lakukan. Memang, jalan perjuangan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan karpet merah, tapi ia ditaburi dengan duri. Maka, dalam medan perjuangan ini, kekuatan diri sangat diperlukan. Dari mana datangnya kekuatan itu? Ya, dari Allah. Maka, bagaimana kita hendak mendapatkan kekuatan sekiranya hubungan kita denganNya terabai? 



Ya, Dalam setiap fatrah dan fasa, selalu ada pekerja-pekerja dan penggerak-penggerak dakwah yang kepenatan dan kelelahan. Jika mereka lelah dan penat kerana membawa panji kebenaran, nescaya Allah SWT akan menguatkan mereka kembali. 

Dan ketahuilah, saat kita memilih untuk gugur dan tidak bersama dengan jalan ini, percayalah, dakwah ini akan terus berjalan, biarpun tanpa kita. 

Maka pilihan di tangan kita. 

Koreksi diri dan bertindak
atau
menjauhkan diri dan terus ketinggalan. 

Kerana kereta api ini akan terus meluncur laju. 
Menuju syurga.


Pengembara Cinta
Di Persimpangan Dilema
Sahabat, doakan ana

Sungguh, ana menulis untuk diri ana. Peringatan diri. huhu.

Friday, October 12

Ke mana kau cari bahagia?

Semua berhajat kepada ketenangan. 
Ingin keluar seketika daripada hiruk pikuk kesibukan lagi memeningkan kepala. 
Bermacam-macam perkara menuntut untuk diselesaikan dalam keadaan masa yang menekan. 

Maka, 
ketenangan itu, 
di manakah akan ditemui? 

Ada yang rasa mereka menemukan ketenangan di kelab-kelab malam?
Mungkin ada yang menjumpainya di kompleks beli belah. 

Di mana sahaja. Asal mereka tenang. 

Di manakah ketenangan yang dicari sebenarnya?

“Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”[Ar-Ra’d : 28]

Allah. 
Sungguh,kita seringkali lupa akan Dia. 
Sedang Dia lebih dekat lagi berbanding dengan urat leher kita. 
Kenapa kau cari ketenangan selain dari Dia? 
Dan pada makhluk ciptaanNya?
Yang hanya bersifat sementara? 


******
*tempat tertinggi yang tak berapa nak tinggi di Desa Ilmu*

Kau temu bahagia. 
Andai Allah yang kau cari. 
Dunia yang sempit, kau rasa luas. 

Kau temu bahagia.
Andai Allah yang kau cari,
Tika kau jatuh, kau bangkit semula. 

Kau temu bahagia. 
Andai Allah yang kau cari. 
Kala diuji, kau ukir senyuman.

Kau temu bahagia. 
Andai Allah yang kau cari.
Tika dunia ini tidak seperti yang kau mahu, kau redha. 

Dan tika kau hampir hanyut dibuai arus dunia,
Maka bangunlah segera merapat padaNya,
Kerna nanti,
Dia akan gembira melihat kamu tidak pernah berputus asa.

Tuesday, October 2

Ajarkan aku. Ya Allah.

Jenuh telinga mendengar,
Berat bahu menahan beban. 

Ruang hati terasa sempit. 
Berat. 

Kerana aku belum lagi berjiwa besar. 
Terasa sempit, adakalanya hingga menyesakkan. 
dan hanya air mata sahaja yang mengalir. 
sebagai ekspresi rasa. 

Kulihat mereka, 
tenang. berjiwa besar. 

Kutelusuri sirah Baginda shallallahu 'alayhi wa salam,
Dibaling batu, hingga berdarah. 
Dilempar najis, dicaci, dihina. 
Masih lagi mampu tersenyum menawan. 

Allah, 
begitu berlapang dadanya Baginda shallallahu 'alayhi wa salam. 

Maka,
Bantulah aku meneladani baginda ya Allah. 
Pimpinlah aku untuk berjiwa besar, berlapang dada. 

Ajarkan aku. Ya Allah. 





"Wahai sekalian orang-orang yang beriman, sabarlah kamu sekalian dan teguhkanlah kesabaranmu itu"
[QS 3:200]



Allah. aku mahu berjiwa besar. Ajarkan aku.