Sunday, July 10

rawak I : jalan lihat tafsir

Assalamualaikum & hye peeps.


Pagi semalam lengang, hari ini sibuk. 
Semalam kereta kurang, hari ni traffic jam.
Biasa makan makanan kurang pedas, tapi sekarang susah nak cari yang kurang pedas.
Tapi Alhamdulillah, apa pun keadaannya, bersyukur.
Dari mula mula datang, ana mengingatkan diri supaya bersyukur. Mulut nih tak henti henti merungut. Merungut tentang LCCT, tentang apa apa sahaja. haizzzz. bersyukur. nasib baik ada tempat landing oi cik Jasmin



“Dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.”
(surah al-Baqarah:156)



Kita memerlukanNya, lebih dari kita memerlukan oksigen :)



“Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya”
(Surah Ibrahim 14 : 34)



Sudah dua hari saya berjalan sambil mentafsir keadaan sekeliling. 
Macam macam ragam. 
Lain tempat, lain lah ragamnya.
ada yang prihatin, 
ada yang baik hati, 
ada juga yang bijak ambil kesempatan
terutamanya kepada orang orang asing seperti kami
tapi kami tidak begitu kurang bijak untuk ditipu. 
maaf, salah orang. 


*****


terimbas kembali keadaan dalam komuter dari Nilai ke KL, ada kat satu stesen ada seorang pak cik masuk, agak berusia, gaya macam baru pulang dari klinik. pak cik tersebut kena berdiri. bukan tidak meng'offer' tempat duduk, tapi pak cik tu menolak sebab kiri kanan dia perempuan. 


Saya tertunggu tunggu siapa la bakal hero yang gentlemen lagi tak 'jual ikan'. Bukan tiada calon calonnya, ramai. Terutamanya depan ana ni. Tapi semua calon calon ni hmmm.


Beberapa minit kemudian, tetap tiada yang jadi hero. Ana? Bengang. Maaf, ana memang jenis yang agak kurang sabar. Tapi, tidak lama kemudian, datang seorang mat saleh mendekati pak cik tersebut dibawanya pak cik tersebut ke tempat duduknya. 

aduh, saya malu. malu sangat sangat. 


boleh saja calon calon yang berhadapan dengan saya yang semuanya muslim mengofferkan tempat duduk kepada pak cik berkopiah tadi, tp....


teringat kembali kata kata  satu kata kata dari Dr.Ilma Iqbal

“When I go to the West, I see Islam without Muslims; but when I come back to the East, I 

see Muslims without Islam.”


Kita hidup untuk apa, makna hidup pada apa. 
renung renungkan.

*****

oh ya, susah jugak nak cari tudung kat sini, rata-rata shawl yang pendek pendek. maaf, kamek sik pande berpesen kedak ya sebabb
 

SURAH AL-AHZAAB - VERSE 59
'O Prophet! Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks (veils all over their bodies (i.e. screen themselves completely except the eyes or one eye to see the way)...'

****

oh satu lagi. 
saya ditimpa masalah kepeningan. kepeningan dengan apa yang berlaku pada hari ini. kenapa kita perlu banyak banyak, bukankah kita satu? yang itu cakap ini, yang ini cakap itu. aduh. pening saya.hmm, saya faham, gerak kerja, pemikiran, cara mungkin berbeza. tapi bukankah Islam agama penyatuan? kenapa tidak bersatu atas satu titik persamaan, memperjuangkan Islam? hmmm.

oh ini bukan kenyataan politik. 

mempunyai prinsip itu tidak salah. tapi taksub kepadanya, itu adalah ciri orang bodoh


Berpeganglah dengan pandangan para ulama' yg mengutamakan Sunnah Nabawiyyah

p/s : oh, post kali ni agak berterabur. dari cerita itu ke cerita ini.

 btw, mengalami kejutan makanan. baru faham sebab budak asasi semenanjung banyak sakit perut segala masa MAP, mungkin kejutan makanan.

Saturday, July 9

semuanya bermula dengan niat, tapi...

Assalamualaikum & hye peeps.


>> Semuanya mula dengan niat<<
>>Tapi niat tak menghalalkan cara<<
>>Cara hendaklah betul dan tersusun<<
>>Jangan ikut perasaan, kawal emosi anda<<
>>Baru boleh menegakkan yang hak<<
>>>TAK GITU??<<<

pencaturan yang awalnya boleh menang akan tumpas jika tak berhati-hati. :)


oh btw, post ni tidak bermaksud apa apa. saya hanya menyampaikan.

 lebih baik kita sama sama prepare untuk ramadhan. 

GEAR BERAPA DAH PREPARATION ANDA???

Mungkin Itu Takdirnya : Bahagian Kedua

Diuji
Sedang kebahagian mereka sedang memuncak, mereka diuji.  Sebulan yang lalu, Masyitah tiba-tiba jatuh sakit. Pada mulanya mereka memikirkan bahawa Masyitah hanya demam biasa. Akan tetapi, selepas seminggu sakitnya tidak kebah-kebah. Malah semakin teruk. Muka Masyitah sentiasa pucat. Matanya kuyu manakala berat badannya susut. 

Melihat keadaannya semakin teruk, Fateh membawanya sekali lagi ke hospital. Fateh meminta isterinya didiagnose secara terperinci. Hasilnya, sangat mengejutkan Fateh. Masyitah dijangka hidup sebulan lagi. Menghidap kanser.

Dengan sedaya upaya, Fateh cuba menyembunyikannya daripada Masyitah, tetapi Fateh bukanlah orang yang bijak menyembunyikan. Akhirnya, perkara tersebut diketahui juga oleh Masyitah. 

“Mungkin ini takdir-Nya, bang…” kata Masyitah sambil mengalirkan air mata. Hati lelaki mana tidak terhiris apabila orang kesayangannya bersedih. 

********

“Apa? Kahwin dengan Muhammad Al-fateh?” Masyitah seakan tidak percaya. Tidak semena-mena, kepalanya menjadi pusing. Pusing memikirkan apa yang baru diperkatakan oleh ibunya.

“Dia berhajat dengan Masyitah. Dia anak kepada kawan mama. Belajar sama dengan Masyitah.” Lembut ibunya menuturkan kata. Terserlah kasih sayang ibu terpapar di wajah bersih itu.
 

“Ma..Itah tak sedia lagi la ma. Ijazah tak habis lagi, kenal pun Itah tak berapa nak kenal sangat dia ma. Itah masih muda la ma nak fikir soal ni..” Berdozen-dozen alasan menyelusur keluar dari mulutnya itu. 

Muhammad Al-fateh bin Muhammad Ayyas. Siapa tidak kenal dengan empunya diri. Fateh bukan sahaja Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar di tempat dia belajar, malah dia juga merupakan aktivis dakwah dan tarbiyyah yang begitu aktif di universiti itu. Fateh giat melakukan perubahan ke atas dirinya ke jalan Allah dan mengajak orang lain melakukan sedemikian. 

“Berkahwin dengan orang seperti dia, layakkah aku?” hati kecil Masyitah bermonolog. 
.
.
“Oh mak kau..” Masyitah terkejut. Tiba-tiba lamunannya terhenti gara-gara pinggangnya dicuit. Kelihatan suaminya berdiri di sebelahnya sambil menahan gelak. Suaminya baru balik dari usrah mahabbah di rumah sahabat suaminya.

“Abang ni, mana aci main sergah sergah dari belakang.” Tak puas hati. Masyitah buat-buat merajuk.

“Haa. Tu aci tu.” Fateh berkata sambil tangannya menunjukkan ke arah gambar wanita India pada halaman akhbar di atas meja ruang tamunya. 

Masyitah akhirnya tergelak. Suaminya memang pandai menghiburkan hatinya. Bercakap dengannya beberapa jam sekalipun, tidak akan pernah bosan. 

“Apa yang Itah fikirkan ni? Sampai abang datang pun Itah tak perasan…” rajuk Fateh. Tak ubah seperti anak kecil yang merajuk dengan ibunya. 

“Itah teringat masa abang mula-mula  melamar dulu…” Masyitah mengaku.

Suasana sepi sebentar.

“Hmm..tak sangka kita kahwin kan, bang? Abang menyesal...….” Belum sempat Masyitah menghabiskan buah bicaranya, jari telunjuk Fateh pantas menutupi mulut Masyitah. Tidak mahu membiarkan isteri kesayangannya menghabiskan tutur katanya.

“Itah, ketahuilah, abang tidak pernah menyesal berkahwin dengan Itah. Tidak sedikitpun.” Fateh bersuara. Yakin.
 
“Tapi doktor kata masa Itah tinggal sebulan …” 

“Doktor bukan Allah kan?”

“Tapi….”

Belum sempat Masyitah menyambung bicaranya, Fateh segera memintas

“Abang yakin pada Allah. Dia yang berkuasa. Jika Dia mengkehendakkan sesuatu, adalah tidak mustahil baginya.”

“Abang mengharap keajaiban?” Masyitah meneka. Memandang tepat ke anak mata coklat hazel suaminya. Anak mata suaminya begitu cantik. Menarik sesiapa sahaja yang memandangnya.

“Abang mengharapkan hanya pada Dia. Segala pergantungan dan pengharapan abang hanya pada Allah, Allah yang memegang segala perkara."

Lantas Fateh mengalunkan surah al-baqarah ayat 20. Itulah kelebihan Fateh, biarpun bukan dari sekolah agama, mahupun “universiti agama” seperti UIA, Fateh hafiz al-Quran. Bukan itu sahaja, Fateh boleh mengalunkan ayat-ayat suciNya dengan begitu merdu sekali. 

“…Sesungguhnya Allah yang berkuasa ke atas sesuatu perkara…” [QS 2:20] 

“Itah tak nak abang terlalu mengharap. Itah takut abang kecewa..” balas Masyitah. Air matanya bergenang. Hatinya terasa begitu pedih.  Dia tertunduk.

“Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang mengharapkan pada-Nya…” Fateh berkata sambil mengambil kedua-dua belah tangan Masyitah. Digenggamnya erat.  Fateh menyambung kata-katanya yang masih bersisa. 

“Itah, tengok muka abang. Ingat, apa yang kita perlu buat adalah berdoa pada-Nya. Jangan pernah kenal erti putus asa pada rahmat-Nya. Doa kan senjata kita, tidak begitu ya Masyitah binti Abdul Rahim? Bukankah Allah dah berjanji dalam surah Al-mukmin ayat 60? Cuba check dalam al-Quran dan baca nyaring-nyaring pada abang…” Fateh berbicara, menenangkan si isteri tercinta. Namun, dia dapat merasakan kelopak matanya berasa hangat. Pandangannya kabur dek kerana air mata. Tidak akan dia biarkan air matanya tumpah di hadapan wanita kesayangannya. Bukan kerana ego, tapi dia tidak mahu Itahnya durja melihat dirinya bersedih.

Masyitah hanya mengangguk perlahan.  Tangannya segera mencapai Al-quran warna hijau muda yang terletak dalam almari rumahnya. Segera surah Al-mukmin dibeleknya. 

“Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu padaKu, nescaya aku akan memperkenankan doa kamu…surah al-mukmin ayat 60”

“Kan? Dah dah, abang tak nak Itah sedih sedih lagi. Ni.ehem ehem, abang nak nyanyi satu lagu buat Itah. Hehe.” Fateh menarik sengih.

“Eh, sedap ke suara abang nanti??” ungkap Masyitah, sengaja mengusik biarpun dia tahu yang di hadapannya kini adalah solo kumpulan Fastabiqul Khairat di universitinya. 

“Sedap tak sedap, tak pe lah. Abang ikhlas nak nyanyi ni. Hehe. Ehem ehem..dengar ye….”

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa

Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi

Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa

Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi
Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..
-Bicara Tentang Cinta, UNIC-

*******

Lampu kecemasan pada bilik pembedahan yang masih menyala sejak tiga jam yang lalu menyebabkan Fateh tidak bisa senang duduk. Sekejap berdiri, sekejap lagi duduk, sekejap lagi membaca Al-quran. 

Kelihatan bersamanya, ibu dan bapa mertuanya, Encik Abd. Rahim dan Puan Athirah sedang sibuk membaca surah Yasin. Khusyuk dan begitu tenang. Kelihatan dari jauh, ayahnya, Encik Muhammad Ayyas baru balik dari membeli makanan buat mereka semua. Semuanya kelihatan tenang. 

Tapi tidak buat Fateh. Dalam hatinya tidak putus-putus meratibkan kalimah Allah. Jantungnya terasa bagai nak tercabut selagi lampu tertulis KECEMASAN tidak terpadam. Fateh menadahkan kedua-dua belah tangannya berdoa dengan penuh pengharapan.

“Ya Allah,
tiada tempat lain tempat aku bergantung harap melainkan Engkau,
tiada tempat lain tempat aku memohon pertolongan jika bukan kepada Engkau,
tiada siapa akan mendengar melainkan Engkau yang Maha Mendengar,
tiada siapa sudi memandangku jika bukan Engkau ya Allah.

Ya Allah, siapalah yang akan memakbulkan doaku jika bukan Kau ya Allah,
Siapalah yang mendengar doaku jika bukan Kau ya Allah,
Siapalah yang sudi memandangkan melainkan Kau ya Allah.
Kau makbulkanlah doaku ya Allah…”

Tidak lama kemudian, lampu kecemasan dipadamkan. Seorang doktor muslimah keluar daripada bilik pembedahan tersebut.

bersambung




Friday, July 8

:)

Assalamualaikum & hye peeps


Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan menaip ni. Masih bernyawa.


Kali ni, malas nak menulis panjang panjang, Sebentar lagi akan berangkat ke Kuala Lumpur. Doakan keselamatan ana ye. Bukan apa, agak risau sebenarnya. Tau la macam mana keadaan KL skg ni.  Faham faham sendiri la. Tapi inshaAllah, diorang akan bertindak seperti orang dewasa. Matang. Harap harap. 


Apa apa pun, tertarik dengan satu kata kata dari Dr.Ilma Iqbal


“When I go to the West, I see Islam without Muslims; but when I come back to the East, I 

see Muslims without Islam.” — Dr. Ilma Iqbal


uhhh. zappp, menusuk. apapun, fikirkan. ok. nak siap siap sat.

Thursday, July 7

Mungkin Itu Takdirnya : Prolog

Fateh memerhatikan patung Naruto yang tersimpan rapi di atas meja belajar itu. Patung Naruto itu menyimpan seribu satu kenangan dan lantas membawa kotak memorinya melayang jauh. Jauh merentas masa. Fateh tersenyum sendirian. Senyumnya segaris. Seolah-olah ada sesuatu yang mencuit hatinya. Mana tidaknya, itulah hadiah darinya. 

Ingat lagi bagaimana respons pemilik patung tersebut semasa menerima hadiah tersebut. Melompat-lompat, tak ubah seperti anak kecil. Bayangkan saja, seorang wanita berwajah ayu, bertudung labuh dan jubah melitupi tubuhnya, melompat-lompat seperti anak kecil mendapat gula-gula. Kelakar kan? 

*sekadar hiasan*

 
Itulah isterinya, pantang berjumpa dengan kartun Naruto, seolah-olah tak ingat orang kiri kanan. Isterinya merupakan pelajar tahun akhir jurusan Bioteknologi di Universiti Malaysia Sarawak. Fateh berasa sangat bertuah kerana pemilik patung tersebut kini menjadi teman hidupnya. Merangkap sayap kiri perjuangannya. Dengan adanya pemilik patung itu sebagai peneman hidupnya, dia menjadi kuat dan bersemangat, malah kerja dakwah dan tarbiyyahnya semakin berjalan lancar, makan minum serta pakaiannya turut terjaga. 


Tidak semena-mena, dunianya tiba-tiba menjadi gelap. Bukan kerana dirinya pengsan, mahupun buta. Bukan jua kerana terputus bekalan elektrik, tetapi matanya ditutup dengan sesuatu yang lembut, harum lagi halus. 

“Apa yang abang sengihkan tu? Ni mesti ingat perempuan lain ni..” suara itu sangat dia kenali. Suara wanita yang halus, mulus kedengaran. Lantas Fateh memegang tangan wanita yang menutup matanya dan dialihkan perlahan-lahan. Akhirnya dunia menjadi terang semula. 

“A’ah..perempuan tu lawa sangat. Cantik…lemah lembut…sopan santun…” jawab Fateh selamba, mengusik. Meniru gaya anak kecil dalam cerita Syurga Cinta. 

“Ye lah. Siapalah kita ni kan…” Masyitah menjawab. Nada merajuk. Mulutnya menarik muncung.

Fateh memusingkan badannya. Menghadap Masyitah yang sedang memuncungkan bibirnya.

“Itah, tak baik muncung-muncung, nanti dapat anak macam tikus kang….” usik Fateh sambil mencubit kedua-dua belah pipi gebu isterinya. 

Mulutnya yang muncung bertukar menjadi pecah tawa. Geli hati dengan gurauan selamba suaminya yang tercinta. Muhammad Al-fateh. Satu-satunya lelaki bukan mahram yang menjadi penakluk hatinya setelah Allah dan Rasul.


“Itah, sebenarnya perempuan lawa lagi solehah yang abang maksudkan ialah Itah lah. Itah lah satu-satunya wanita cantik yang abang sayangi. Biar secantik mana pun wanita yang ada di dunia ni, Itah tetap di hati abang. Tak percaya, ambillah pisau, belahlah dada…”kata Fateh sambil meletakkan tangan Masyitah di atas dadanya.

“Eleh...matilah abang nanti…” Usik Masyitah sambil memukul manja bahu suaminya. Satu-satunya lelaki bukan mahram yang halal disentuhnya.

Kedua-duanya ketawa. Mereka sangat bahagia. Usia mahligai cinta mereka yang didirikan atas dasar iman dan taqwa kepada Allah kini mencecah usia tiga bulan. Hari-hari yang mendatang mereka tempuhi bersama. Semuanya dilakukan dengan bersama. Bahagia.