Saturday, April 23

rindu


rindu. tiba-tiba pulak rindu. haizz..
malas nak taip.
letak gambar je la. 


rindu sekolah...





rindu homestay.

rindu kucing.



akan. rindu kat asasi.


Friday, April 22

Saya takkan lupa tarikh 22 April 2011

Assalamualaikum & hye peeps~

22 APRIL 2011
Pertama kali tengok tahi bintang!!!!
Allahu Allah.
SubhanAllahhh.

(bukan gambar sebenar) 

Thursday, April 21

tanpa tajuk

tengah-tengah malam.
ditemani lagu-lagu edcoustic.
layan. 
haha. 
btw.
bukan nak hapdet panjang pun.
just nak cakap.


Manusia tak dapat dan takkan pernah dapat menandingi ciptaan Allah.
Biosphere 2? (human-made artificial ecological system)
Semua proses tunggang langgang. 
Batang pokok yang tak kuat la.
Sebab?
Tak da angin.
Carbon dioxide fluctuates.
Sebab?
Allah Maha Hebat! Manusia takkan mampu menandinginya..
Semuanya teratur. Patuh. Tak tunggang langgang. 
Dia Maha Hebat!
fullstop. 
.
.
.


bukankah hati kita telah lama menyatu...
dalam tali kisah persahabatan ilahi...
pegang erat tangan kita terakhir kalinya...
hapus air mata meski kita kan terpisah....
*karaoke sorang sorang*


alamak. orang sebelah menyebelah dah tidoo...
.
.
.
toleh belakang. 
Angelino Juling dok atas katil akuuu!!!!! 
*publish post sebab nak alih kucing*


Examination, soon.

"... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
(Ar-Ra'd : 28)

Tuesday, April 19

andai yang diidam tak kesampaian...

Assalamualakum & hye peeps.


Dah pukul 1 pagi. Nak tido tapi tak boleh tido. Nak study tapi tak boleh nak masuk lagi dah. So, tangan pun gatal nak tarik laptop. Klik facebook. Kat wall. Ada satu post seorang sahabat yang agak menyentap. Tersentap kaw-kaw di tengah-tengah malam macam ni. 


" xdpt jd doktor x bermakna hidup kte akn berakhir,,,kte mrncang,Allah yg tentukan.....Allah sje thu ap yg terbaik utk hambanya,,,aslkan ad usaha n tawkkal=) "

cerita pasal nak buat medik ni, memang dah cita-cita Min sejak kecik. Orang tanya, nak jadi 
apa, Min akan jawab, nak jadi doktor. Sampai sekarang, cita-cita tak pernah berubah. (walaupun dah start terfikir alternatif lain...) Namun diri ini sedar yang harapan untuk menggapai cita-cita sejak kecik tu agak tipis. Tapi, tak semestinya kita terus berhenti berlari mengejar cita-cita tu kan? USAHA. USAHA! DOA! DOA! DOA! tiada yang mustahil bagiNya. Cuma, tak berani nak meletakkan harapan terlalu tinggi.



Andai apa yang diidam-idamkan tak tercapai... 




BERPRASANGKA BAIK PADANYA!

Itu yang penting. Sebab kita tak tahu apa yang terbaik buat kita seperti yang telah termaktub dalam surah Al-baqarah:216. 


".....Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetapi ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..."


Kita tidak tahu, tetapi Dia-lah yang Maha Mengetahui.






TAK BERMAKNA HIDUP KITA AKAN BERAKHIR.


Siapa kita yang nak merasakan hidup kita berakhir di situ sahaja andai tak dapat apa yang kita idam-idamkan?  Ingat, tak semestinya tak dapat apa yang kita nak, kelam gelap blackout terus dunia.  Siapa tahu, Allah punya perancangan yang lagi baik buat kita pada masa hadapan. Kita merancang, Allah merancang. Allah jualah sebaik-baik Perancang. 




RAHMAT ALLAH LUAS 


Rahmat Allah tak terhenti andai kita tak dapat apa yang kita nak. Luas. Sangat luas. Yang penting, jangan putus usaha. Usah putus asa. Doa jangan putus. InshaAllah rahmatNya takkan putus.  So, chill la bro! (hah sudah..) 




CARI HIKMAHNYA.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan anggap apa yang terjadi kepada kita adalah kerana Allah saja-saja nak aniaya kita.

"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." 
Surah Fussilat:46


ALLAH BAGI JALAN NAK TAMBAH IMAN


firman Allah taala : apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji? (SURAH AL-ANKABUT:2)    




Kesimpulannya, jangan la kecewa andai tak dapat buat medik ye Jasmin...dan kawan-kawan. Teruskan usaha! Teruskan berdoa. 

Monday, April 18

immunology.

tengah-tengah menghadap slide immunology yang sebanyak 272 slides ni. 
terfikir pulak.
bukan manusia sahaja perlu immune sistem,
tapi hati kita pun sangat-sangat memerlukan immune system yang kuat
ya. 


hati memerlukan immunity yakni IMAN.
hanya iman lah yang mampu menjaga hati kita.
immunity IMAN ini menghalang pathogen-pathogen MAKSIAT ni bertakhta kat hati.
takut-takut kesan-kesan hypersensitivity TITIK HITAM mula bertapak. 
bahaya.bahaya.


so. 
nak elak hypersensitivity TITIK HITAM ni bertapak,
siapkan lymphocyte-lymphocyte MUJAHADAH.
B-cell TUNDUKKAN PANDANGAN
T-cell MUHASABAH DIRI.
Natural killer buang TITIK HITAM kat hati.


persoalannya. 
bagaimana pulak IMMUNITY IMAN kita?
cukup teguhkah melindungi hati kita? 
renung-renungkan. 
tingkatkan immunity iman kita. lindungi hati.
kerana.


“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.


aduh. masa dah time. time is running. sambung. apa2pun, moga dapat manfaat. maaf andai term2 yang tak difahami. term biology.  

Sunday, April 17

jerawat final

tajuk xde kaitan. saja je. (ade la sikit2)


duhhh....penat study...banyak formula nak kena ingat...banyak benda lagi tak baca...arggghh...4flat...4flat...

"kalau aku wali Allah orang-orang alim kan senang...mintak doa je nikmat turun..."


hah sudah. mengeluh dah. 


epp..tak elok mengeluh.


jap. jap. 
apa sebenarnya tujuan kita study ni?


nak kasi kepala bengong?
nak bagi jerawat tumbuh?
nak jadi orang tak tentu pasal?


bangun-bangun je ingat slide bio. bangun-bangun je Mr. Chieng.
aduhhh.
parah.parah.


jum refresh, reset, renew, reupgrade balik niat kita.
haaa. andai korang nak tahu.
study ni merupakan salah satu wasilah untuk kita kenal dengan Dia.


so,
macam chemistry jugak.
yang benda alah directly inversely proportional tu.


the rate of studying is directly proportional to how much you know Him.
(duhh..ketungganglanggangan English...)

Ok.ok.
simple. lagi banyak study, lagi kita kenal Dia.


Orang kata, tak kenal maka tak cinta.
Ingat, Dialah pemilik segala cinta.
so. andai dah kenal tu.
konfem jatuh cinta :) 


So. andai terasa burden dengan study tu.
tadabbur balik ayat-ayat si Dia kepada kita..


"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan.."
"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan..."
[94:5-6]




Allah stress up ayat ni dua kali. 
So, dok usah hang p dok merungut.
hang susah2 mana pun study, janji Allah tu pasti...
OK. 
setakat ni je kot.
Sambung study. 
Maan najah fil imtihan...

Wednesday, April 13

Dia di hatiku =)


"We all grew up with A is for Apples, but sometimes we forget to instill in our children

that 

A is for Allah & everything starts with Him."




that's why most of the time we do forget what Allah gave to us. Gives to us. Will give
us. He supplies everything. EVERYTHING. Every single air we gasped. Every single beautiful things we saw. Every single meal we ate and drank. Our mom and dad. Yes. Allah is everything. Without Him, I'm nothing. You are nothing. We are nothing.

However, we always forget to be grateful for everything He gave. So, from now onward...


In happy moment, praise Allah.

In sad moment, seek Allah.

In quite moment, worship Allah.

In painful moment, trust Allah.

In EVERY MOMENT,



Tuesday, April 12

tipu andai tak sedih.

kelas english terakhir. english. baru kelas english. belum habis lagi asasi.
perasaan?
tipu. tipu andai tak sedih.
entah. 
kelas english dirasakan begitu istimewa berbanding dengan kelas lain.
banyak mengubah diri. terutamanya dari segi confidence level.
ingat masa dulu-dulu langsung tak pernah bercakap masa kelas english.
sekarang alhamdulillah, walaupun grammar tunggang langgang. tangan ketaq ketaq. keberanian tu ada. yakin diri.
tambah-tambah lecturer yang sangat-sangat best. 
caring baik semua.

tapi kan.
yang specialnya kelas english ni.
of course dengan sahabat-sahabat. 
ingat lagi awal-awal sem 1 lecturer mengajar english kat depan,
Min wat kelas bahasa s'wk kat belakang. 
ish. ish. ish.
taubat dah.

lepas ni mesti rindu dah nak makan ice cream sama-sama lepas habis kelas.
rindu nak jalan sama-sama.
beli roti kat pak dol.
andai sempat, KFC.
bergegas kelas 1.15.
makan roti je masa tengah hari.
haiz.
sedih bila kenang balik.
lepas ni, entah ada kesempatan lagi ke tak kan.

apa-apapun. 
biasa la lumrah hidup ni.
andai ada hidup, pasti ada mati.
andai ada pertemuan, pasti ada perpisahannya. 
kena terima.
bak kata dalam cerita Titanic
"life must go on..."

dah. esok quiz heh.
banyak lagi tak study.
esok pbl heh.
tak buat apa-apa lagi heh. macaranga. macaranga.
report heh.
sudah heh.
jangan merungut heh.
Allah tak suka. 

"daripada ko dok merungut depan camera tu bek ko buat kerja..."
-matluthfi90, mari merungut malaysia-

nak nangis dah hehhh......

Monday, April 11

terharu...

bahagia. bahagia.
ada orang bagi ni.


makaseh elynn..
terharuuu!!
dah. sambung math.
calling for freedom...fighting for freedom...
lalalala..

Friday, April 8

boleh ke kite pass final exam ni??

"Islam is the university, the world is the class room, the Quran is the syllabus, Prophet Muhammad (SAW) is the teacher, Allah is the Examiner." 
Judgement day is the final exam.

Jannah or Hell is the result.

so far how is your progress?

mode final. tetiba pulak terpike benda ni.

Thursday, April 7

biuk dah utak aku!

Assalamualaikum & hye peeps.


Bah. aku mok ngereco kejap. Kepak prektis sajak! 


Bah. Lamak dah sik makey bahasa ibunda ehhhh. Boleh sik? Kedong sik lamak gik nak abis asasi. Kelak terpelecok jak jak aku klaka semenanjung kat rumah. So, prektis awal-awal k. (chey. macam la nya blaja di semenanjung. maka di UNIMAS jak eh..puttttt ndennnn...) 


Bah. apa mok dikereco tok. Sory la. biuk sikit palak utak mikey pasal sajak pake persembahan english. Sik pat ku mejin, pentas besar gila babeng ya, aku sorang bersajak. tolong la. dahla aku tok mun nait pentas lutut macam orang tanggal skru. pegang mic macam orang parkinson. ujong-ujong bersyair aku kelak. yahh..ambik kau...sajak english jadi syair melayu mensia marek. Sebenarnya, untuk pengetahuan kitak orang adik kakak abang pak cik...aku tok sikkkkk pernah nait pentassssss molah persembahan sorang-sorang. Mun ada pun, rami-rami. paling kurang pun ber"couple". 


Apapun, ari minggu tok ada exhibition. nok kitak urang nok diam ranto-ranto semarahan, datang jak. sik boh supan. 






aiyooo...melelat kangkong aku tokkk..dah. sambung prektis. doakan aku hehhh....bingong gilak-gilak tahap gaban tokkk.. huhu. 


sory la ngereco. 

jangan sempot dulu

Assalamualaikum & hye peeps~


phewww! sempot.sempot.
mengejar masa.
mencuri masa.
cilok masa.
pecut laju laju.
kejar apa yang tertinggal.
macam banyak je kan?
makin nak final, makin banyak komitmen.
tapi itu bukan alasan. 


final exam.
dalam dua minggu lagi.
lepas tu?
habis dah asasi.
unbelievable.
macam baru semalam mendaftar.
imam al-ghazali pernah berkata,


"masa yang telah berlalu adalah perkara yang paling jauh meninggalkan kita."


so. 
manfaatkan masa yang ada. 
jangan bazir-bazir.
jangan main-main.
hargai masa.
hargai persahabatan.
persahabatan?
ye la. tiga minggu lagi.
mungkin lepas ni kita tak jumpa lagi.
andai jumpa pun.
tak sekerap ini.
dah.dah. 
gi kelas.
bio tak settle-settle lagi nih.
adoheh.
dah. 
k.
k.
assalamualaikum.


p/s: kelam kabut je post Min ni. 


p/s/s : mungkin tak selalu update pas ni. mungkin =.="


p/s/s/s : ....

Tuesday, April 5

Niah Field Trip

Alhamdulillah. 
Syukur syukur. 
Selamat pergi dan balik dari Niah National Park. 
(syukur jugak sebab selamat dari hampir terjatuh dalam gaung...)
Perjalanan hampir 17 jam sangat memenatkan. 
Namun banyak membuka mata, hati dan minda. 
Berjalan, melihat dan mentafsir. 


Tumbuhan tumbuh melata,
menghijau menenangkan siapa yang memandangnya.
SubhanAllah.
Terfikir.
Betapa hebatnya ciptaan Allah.
Semuanya. 
teratur.

Sepanjang perjalanan,
susah sangat nak jumpa masjid & surau.
tiba-tiba teringat akan kata-kata seorang ikhwah.

"Bumi Sarawak sangat luas.tetapi tak seiring dengan jumlah penganut Islam. Umat Islam kat Sarawak ni sangat sedikit bilangannya. cuma 30 peratus. Usaha dakwah, semua diserahkan kepada jabatan-jabatan agama. Silap. silap. Usaha menyebarkan syiar Islam ke atas bahu semua. Ilmu. Itulah puncanya. Umat Islam gagal menghayati dan mempraktikkan wahyu yang pertama kepada junjungan besar kita. Tuntutlah ilmu. Bertebaranlah di bumi Allah ini. Dengan ilmulah kita boleh berjasa kepada masyarakat di Sarawak ni..."

Sampai-sampai di Niah.
Dalam pukul 12 tengah malam. 
Ya Allah. penat tak terbayang. 
cop.cop.tak penat. cuma kebas. lama sangat duduk. 
tidur? terlebih kot...
Alhamdulillah. sebilik dengan elyn anati adlina effa dayah. 
terima kasih korang sebab sanggup pungut Min. Haha. 
Sory la menyempit. 

Pagi esoknya. ke Gua Niah. SubhanAllah. sepanjang perjalanan ke gua tersebut, mata melilau kiri kanan. betapa indahnya ciptaanNya. semuanya patuh. pepohon renek tumbuh sebagai pencengkam bumi. semut-semut bekerja. rajin. sungguh. 

andai la setiap kita ni ambil ibrah daripada segala penciptaanNya....



masuk ke Niah. 
Ya Allah. besar. utuh. teguh berdiri. sekali lagi terpegun. 
SubhanAllah...
dekat pintu gua.
Setengah tak percaya apa yang dilihat. 
mungkin pandangan mata menipu.
hmm. abaikan.
Dalam gua, paling mencabar. 
Min sampai nak jatuh kat dalam gaung yang even lampu torchlight pun tak sampai.
Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang kat Min utk terus hidup.
Terima kasih Nellie. 
Nasib baik la Nellie kuat untuk menampung badan Min yang jauh lebih berat ni.
kalau takk....

dalam gua.
dengan gelap. dengan macam-macam benda berlaku.
banyak mengajar Min. 
dalam masa yang sama.
Banyak kenal peribadi orang.
ada yang sabar, 
ada yang kental,
ada yang bersemangat.
ada yang caring,
beruntung dapat sahabat2 macam korang.

malam.
frogging.
maaf. Min ambik option ke-4. SLEEPING. 

esok.
bertolak.
sedih. sebab dah jatuh cinta kat tempat tu. 

perjalanan balik banyak menguji kesabaran.
dengan bas tak nak kasi berhenti untuk solat nya.
boleh pulak cakap...
"kalau macam tu, burn je la solat kamu...."
-bukan dari driver bas-
Alhamdulillah. lepas diperdebatkan...
akhirnya berhenti solat di UNIMAS.
unimas? cawangan unimas....



perjalanan 17 jam. 
sampai pukul 1 pagi.
penat.
orang lain sakit betis.
Min sakit leher. 
kantoi banyak tidur. 
haha.
dah. malas nak sambung. 
basuh baju.