Tuesday, March 15

menari.

 jariku menari lagi.

tepat sejam lagi nak subuh.
mata tak nak pejam.
minum susu 5 cawan sekalipun tak mampu bagi Min tidur. 
(sebab phobia rasa susu yang tak sedap)
tu la. cycle tidur tak betul dah. 
tidur lepas isyak.
bangun pukul 12.
mata dah merajuk susah dipujuk.
dah. dah.
*merapu*

Mac 2011
sebulan lagi kan? 
perjuangan hampir selesai.
bukan bererti inilah titik nokhtahnya.
tapi inilah permulaannya.
------

manis. 
manis sangat saat-saat yang berlalu.
manisnya saat di sini
kerana di sinilah diri ini mula mengenal Dia. 
manisnya saat di sini
kerana punya sahabat yang mengingatkan pada Dia.
manisnya saat di sini
kerana hari-hari dilalui tak lekang dengan ukhwah kerana Dia.
manisnya saat di sini
kerana mula mengenal erti perjuangan kerana Dia. 

sahabat-sahabat yang saya cintai kerana Dia.
mungkin selepas ini kita takkan berjumpa sekerap sekarang.
mungkin selepas ini kita takkan berpeluang sangat nak makan sama-sama.
mungkin selepas ini kita takkan selalu nak buka puasa sama-sama.
mungkin selepas ini tak dapat lagi nak buat assignment last2 minit sampai 2 3 pagi.
mungkin selepas ini tak dapat lagi nak makan ice cream kat pakdol.
mungkin selepas ini takkan ada peluang untuk share air dalam satu gelas besar.
mungkin selepas ini kita jarang main bola tampar badminton sama-sama.
namun usah sedih.
memang menjadi lumrah.
permulaan ada penamatnya.
pertemuan ada perpisahannya.
di mana pun kita bertebaran di bumi Dia.
teruskan perjuangan. 
jangan kenal erti penat.
perjuangan belum ternoktah.
tapi inilah titik mulanya.


dah. dah. Min pun tak tahu apa yang Min tulis ni. Tiba-tiba melankolik pulak. dah. cukup. mata pun dah separuh nak pejam. tapi alang-alang. 27 minit lagi nak azan subuh. jangan tidur dulu. nanti tak terbangun. melompat-lompat syaithon nanti. dan. jangan contohi perangai ini.



awak. main jauhjauh boleh?

anda. 
ya anda.
main jauh-jauh boleh tak?
anda tak layak nak main kat sini lagi.
bukan masanya lagi.
sebab ada yang lebih layak bermain di sini. 


"hati-hati membawa hati. andai tidak hati-hati membawa hati. khuatir hati itu mungkin mati..."




kerna dikhuatiri




so...



dan 

 



p/s : update ringkas semata-mata. lagi nak explore2 laptop. laptop baru keluar hospital.

Saturday, March 12

nak balik!

rasa tak tenang.
rasa macam sekarang ni jugak nak balik ke seroja.
mengenangkan banyak lagi tugas yang tak selesai.
memikirkan sahabiah di sana sedang bersusah payah.
sedang berduka. 



Friday, March 11

why can't we spare our time?

pelik. pelik. dan pelik.
saya pelik. 
anda tak perlu pelik kenapa saya pelik.
memang saya pelik dengan sesetengah pihak yang saya anggap bersifat pelik.

kenapa kita perlu cepat melenting andai sedikit. saya ulangi SEDIKIT. andai tak nampak

SEDIKIT 

sahaja masa kita perlu korbankan untuk mengerjakan amar maaruf. 
saya agak terkilan melihatkan situasi ini.

PENAT. BANYAK KERJA.

saudara-saudari yang saya sayangi kerana Allah.
apalah sangat masa yang saya dan anda korbankan.
jika dibandingkan dengan masa yang para Rasul-rasul dan sahabat-sahabat terdahulu korbankan?

penat?

cuba muhasabah balik bagaimana penatnya Rasulullah dan para sahabat menyebarkan syiar-syiar Islam dahulu?

banyak assignment? 
tengok movie korea english jepun melayu segala sampai 10 jam tak pulak ingat assignment? fikir2kanlaaa...

kenapa kami adakan ABJZ? 


bagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi saw, iaitu:-
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)



“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” 

Thursday, March 10

maaf.

Assalamualaikum & hye peeps. 


diam. 
kadang-kadang tak bermakna setuju.
saya harus bersuara.
kita insan lemah.
saya insan lemah.
mudah khilaf. 
teguran itu perlu. 


tapi maaf.
andai cara saya tak kena tempatnya.
andai cara saya tak ada hikmahnya.
andai cara saya mengguris hati anda.
maaf. maaf. maaf.