Tuesday, March 15

menari.

 jariku menari lagi.

tepat sejam lagi nak subuh.
mata tak nak pejam.
minum susu 5 cawan sekalipun tak mampu bagi Min tidur. 
(sebab phobia rasa susu yang tak sedap)
tu la. cycle tidur tak betul dah. 
tidur lepas isyak.
bangun pukul 12.
mata dah merajuk susah dipujuk.
dah. dah.
*merapu*

Mac 2011
sebulan lagi kan? 
perjuangan hampir selesai.
bukan bererti inilah titik nokhtahnya.
tapi inilah permulaannya.
------

manis. 
manis sangat saat-saat yang berlalu.
manisnya saat di sini
kerana di sinilah diri ini mula mengenal Dia. 
manisnya saat di sini
kerana punya sahabat yang mengingatkan pada Dia.
manisnya saat di sini
kerana hari-hari dilalui tak lekang dengan ukhwah kerana Dia.
manisnya saat di sini
kerana mula mengenal erti perjuangan kerana Dia. 

sahabat-sahabat yang saya cintai kerana Dia.
mungkin selepas ini kita takkan berjumpa sekerap sekarang.
mungkin selepas ini kita takkan berpeluang sangat nak makan sama-sama.
mungkin selepas ini kita takkan selalu nak buka puasa sama-sama.
mungkin selepas ini tak dapat lagi nak buat assignment last2 minit sampai 2 3 pagi.
mungkin selepas ini tak dapat lagi nak makan ice cream kat pakdol.
mungkin selepas ini takkan ada peluang untuk share air dalam satu gelas besar.
mungkin selepas ini kita jarang main bola tampar badminton sama-sama.
namun usah sedih.
memang menjadi lumrah.
permulaan ada penamatnya.
pertemuan ada perpisahannya.
di mana pun kita bertebaran di bumi Dia.
teruskan perjuangan. 
jangan kenal erti penat.
perjuangan belum ternoktah.
tapi inilah titik mulanya.


dah. dah. Min pun tak tahu apa yang Min tulis ni. Tiba-tiba melankolik pulak. dah. cukup. mata pun dah separuh nak pejam. tapi alang-alang. 27 minit lagi nak azan subuh. jangan tidur dulu. nanti tak terbangun. melompat-lompat syaithon nanti. dan. jangan contohi perangai ini.



No comments: