Saturday, November 6

saya bahagia :)

Assalamualaikum & hye peeps~

ya. cheq bahagia hari ni. (dah dah tu cakap kedah...) 

ok..ok...ulang suara...

ya. Jasmin bahagia hari ni. bahagia sangat-sangat. pertama, Jasmin berkesempatan keluar makan-makan dengan sahabat Jasmin satu kelas. ok.satu kelas bukan maksud whole class k. maksud jasmin, kawan yang sama kelas. maryam & zakiah. (maka zakiah rummate dikpun..hahaha) kita orang keluar makan kat KFC yang baru buka kat Demak. 

sekian lama tak jumpa, pertemuan yang sebentar cuma itu seperti tidak cukup. masa memang tak pernah senang hati dengan jasmin. (haizzz..salahkan masa pulak). walau sebentar cuma, banyak jugak yang jasmin dapat. antaranya kita orang dok cite pasal The Arrival dan sempat jugak kupas satu-satu (tp tak semua) kisah Rasulullah SAW dalam video clip "The Chosen One" oleh Maher Zain. Hmmm..kepada sapa2 yang tak tahu lagu tu, lagu tu la yang korang tengah dengar sekarang ni. kupasan video klip tu akan jasmin post pada entri yang akan datang. 

sempat ngambik gambar sementara tunggu nya duak datang. 

malamnya pulak, sempat skyping dengan 7Serangkai, walaupun tak tujuh2 yang ada, tapi cukup memadai untuk melepas rindu terpendam. agak2nya bila lah ketujuh2 kami ni nak berjumpa kan? maksudnya, ketujuh2 sekali yang ada. mana taknya, semua bertebaran berjauhan di bumi Allah. InshaAllah, niat mulia. berjihad lillahi ta'ala. menuntut ilmu.supaya dapat perbaiki diri, membangunkan ummah. InshaAllah. mudah2an segalanya dipermudahkan. 


esok, ahad. rangkai2 jasmin ni ada pulak yang nak balik semula ke kampus. goodluck korang. sem baru, azam baru. buat yang terbaek, dapat yang terbaek. jasmin doakan korang berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi. InshaAllah jumpa lagi pada masa yang akan datang. keep in touch k.





ada lagi...hahaha

Assalamualaikum & hye peeps~

Hahha..banyak jugak aku post sepanjang cuti ni. Biarlah, nanti masuk sem 2, sampai beranak pinak pak spider kat dalam ni. 

Tadi, topik imam muda menjadi topik perbualan Jasmin dengan mak dengan adik dengan kazen2..biasala, orang sibuk nak bertunang. Chop..chop...bukan Jasmin nak tunang ye. Tapi sepupu kepada mak Jasmin yang nak tunang. HAHA. jangan salah faham ye..

Berbalik kepada imam muda, imam muda yang Jasmin maksudkan bukan imam muda astro oasis tu, tapi imam muda yang ade kat sekolah lama Jasmin dulu. Sempena pasca PMR, skolah tu buat pertandingan imam muda untuk lepasan PMR. 

entah dari mana cerita ni keluar, mak Jasmin tiba-tiba mengeluarkan cerita Jasmin masuk pertandingan hafazan. Ya, itu pertandingan hafazan pertama yang Jasmin sertai, iaitu semasa Jasmin masih lagi 6 tahun. 

Hari tersebut, lain dari biasa. Jasmin dihias.melaram. bak kata orang kelate, JANGOK. biasala, kali pertama anak diaorang masuk pertandingan. Setelah diundi, Jasmin mendapat surah Al-falaq. Alhamdulillah..surah yang Jasmin hafal.

Peserta ke____ dipersilakan...

Bismillahirrahmanirrahim...Qul a'uzubirabbil falaq.
Min syarrima khalaq.
Wa min syarrin naffa sa ti fil 'uqad...(sepatutnya wa min syarri gha siqin iza waqaf.)

menyedari Jasmin tersalah baca...tiba-tiba...

"eh salah,,,salah baca kamek...saruk..."
(eh salah, salah bce...tersilap...)

haaa...sempoi jugak budak ni. penonton kat bawak gelak. nasib baik la Jasmin tak nangis. hello, Jasmin bukan jenis yang cepat nangis dengan benda2 macam tu..

oleh itu, jangan la gemuruh.kalau gemuruh, semua benda bukan2 boleh terjadi..hehehe

Friday, November 5

pic tell 1000 stories~





Perbaiki bersama...manfaat bersama~


Assalamualaikum! Semoga boleh dimanfaatkan bersama. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.



Berikut diperturunkan nama syaitan laknatyang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama-nama syaitan tersebut:-


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,


2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,


6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnyaIyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akanbermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharikami meminta pertolongan!!!!"


7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habishendaklah dibaca tanpa henti.


8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihahdengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

Perhatian!

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayatsemoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

Wassalam

alkisah scolio~~

Assalamualaikum n hye peeps~~



Tadi cheq baru habis chatting dengan kawan cheq. Depa tanya,

"awat nama blog hang panjang berjela??? 
Cheq tak paham maksud blog hang"

Haa...senang je, ni nak habaq mai. Maksud blog cheq, kalau nak tahu, senang cite. Ikut langkah ni.

1. Copy title tu. (nak taip mesti susah kan? panjang sangat~)
2. Click new tab atau buka browser satu lagi.
3. Paste tajuk tu.
4. Enter! 

haaa...senang kan?? pastu rajin-rajinkanlah membaca apa maksud blog cheq~



aek...awat hang bagi tajuk tu???? ada kaitan ka dengan hang?? 
Haiyya, itu celita pun bikin pusing aaa. Cheq bagi nama tu, bukan la sebab suka-suki. Mesti la ada kaitan dengan cheq~ Kalau tak, takkan cheq susah bagi depa lagu tu. 

haaa.a...badan hang beso2 pun takut dengan benda alah tu??? hang ni bia betui???
pembetulan: bukan takut, tapi geli. terima kasih. 

geli?? awat geli???
hang ni, banyak soal...tak habih2~~ hang coba pikiq, tengok badan die, melekit. Ekor kalau tertanggal, hidup lagi. Kotor. dan binatang tu la buat bising masa Rasulullah SAW bersembunyi di Gua Tsur. Sedangkan Rasulullah SAW pun menyarankan untuk membunuh binatang tu. Tapi dengan sekali pukul. Ya. Itu lebih afdal. 

hmm..baru cheq paham..
haa...hang ada soklan lagi???

takdak2...
baguih2~


p/s: haaa...pass dah cheq cakap kedah..senang la cheq nak ngorat pakwe kedah ni...[astaghfirullah...]