Dia berkorban masa dan tenaga untuk menghadam segala pengisian tarbawi yang membakar himmahnya.
Dia telah mendengar segala macam pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit membela umat.
Dia bersengkang mata di malam hari untuk rukuk dan sujud kepada tuhannya.
Dia menghiasi kotak pemikirannya dengan mengenang nasib ummah yang sedang sakit.
Tapi...
Aku sedih, rimas mengenangkan para muharik yang saling berbalah.
Saling menyalahkan.
Saling membuka aib masing-masing.
Saling menjatuhkan.
Allah.
Tidak sedarkah bahawa musuh sedang menyusun langkah?
Ittaqillah!
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
Sayid Qutb berkata dalam tafsir Fi Zilalil Quran: “Di sini jelaslah bahawa persaudaraan itu adalah persaudaraan yang lahir dari takwa dan Islam yang menjadi tiang seri yang pertama, iaitu tiang seri yang berasaskan pegangan yang kukuh dengan tali Allah, iaitu dengan perjanjian-Nya, sistem-Nya dan agama-Nya dan bukannya persaudaraan yang lahir semata-mata bermasyarakat yang berlandaskan sesuatu fahaman yang lain atau kerana sesuatu matlamat yang lain atau persaudaraan yang berasaskan pegangan pada sesuatu tali yang lain dari tali-tali jahiliah yang banyak.”
aku meyakini, pasti ada pelangi menanti.
Lokasi : Baituna Azzahra, Desa Ilmu.
Wahai kau yang mendendangkan gendang perjuangan
Ke mana ukhuwwah dan akhlak islamiyyah yang kau laungkan?
Wahai saudaraku.
Wahai saudaraku yang bersama dalam langkah perjuangan ini.
Takutlah kamu pada Allah.
Takutlah kamu pada Allah.
Takutlah kamu pada Allah.
Allah tahu apa ada di hatimu.
Allah tahu setiap langkah perbuatanmu.
Allah tahu segala-galanya.
Apakah tidak ada lagi titik temu kita? fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment