Perjuangan.
Tanggungjawab.
Pengorbanan.
Komitmen.
Menuntut segalanya.
Semakin dakwah ini berkembang, semakin bergoncang dengan fitnah, mehnah dan ujian. Ujian demi ujian, komitmen yang datang bertalu-talu, masa yang dirasakan singkat. Hingga menyesakkan dada, menggoyah ketenangan jiwa. Kadangkala, tercuit juga hati dan jiwa yang berada dalam medan perjuangan ini.
Hinggakan bebanan yang ditanggung melunturkan semangatnya. Tidak lagi membara seperti dulu. Tidak lagi aktif dalam gerak kerja. Segala tugasan dan tanggungjawab tidak lagi dilaksanakan atas kesedaran dan kefahaman, tapi kerana terpaksa.
Nafas perjuangannya kian semput. Nadi semangat tinggal nyawa-nyawa ikan. Benih-benih cinta yang dulunya subur kian layu.
Segalanya dilakukan tanpa ruh cinta dan kefahaman. Semuanya hanya bebanan.
Hingga terlintas di fikiran.
"aku nak berhenti."
"everything's over."
"ukht, ana nak berehat sekejap"
****
Ya. Ia adalah satu hakikat. Warna warni, asam garam dan rencah sebuah perjuangan. Ujian pasti akan melanda hingga melukakan jiwa. Paling menyedihkan, hingga ada yang gugur dan tercicir.
Silapnya pada apa?
Ya. Kita tidak membuat persiapan rapi.
Bagaimana?
****
Seseorang itu tampil begitu hebat. Semangatnya berapi-api [nasib baik tak terbakar heh.] Begitu lantang berbicara dalam usrah. Beliau juga memegang hingga dua tiga usrah. Setiap kali program, kitalah paling tangkas bekerja. Akh itu menjadi sumber rujukan rakan rakan.
Tapi. jeng jeng jeng.
Tiba-tiba soalan menjengah.
"Akh, solat berjemaah dah buat?"
Gulp!
"Al-mathurat nya dah dibaca ke belum?"
Errr.
"Minggu ni dah berapa juzuk dibaca"
Gasp.
"Qiamnya macam mana?"
Krik.krik.krik.
"Dah call parents minggu ni?"
Pengsan.
Faham apa yang ingin disampaikan?
Ya. Betul. Hubungan kita dengan Allah. Itulah persiapan kita dalam mengharungi arus perjuangan ini.
Ramai akh dan ukht kita tampil hebat dalam perjuangan. Tak kiralah perjuangan mana sekalipun, janji perjuangan yang menegakkan Islam. Akan tetapi, kita sering lalai akan sesuatu perkara. PERKARA ASAS.
Ya.ramai yang lantang bersuara,berjiwa mujahid di medan perjuangan ,namun hubungan Allah mulai pudar sedikit demi sedikit. (huhuhuhu)
Apa yang sebenarnya dimaksudkan hubungan dengan Allah?
Mutabaah amal kita.
Solat berjemaah kita bagaimana?
Bacaan al-Quran?
Al-mathurat?
Khusyuk dalam solat?
Dan paling horror ialah kita mencampuradukkan kebaikan dengan perkara lagha hingga memakan masa kita dengan begitu banyak sekali.
Dan goyahnya hubungan kita dengan Allah akan menyebabkan kita jatuh tersungkur. Jangan hairan, kalau kita terserempak dengan seorang pejuang yang gagah pada satu ketika dahulu kini menjadi hamba kepada dunia akibat futur,tumpas kerana goyahnya hubungan dengan Allah. [nauzubillahi min zalik]
Yakinlah,Allah ialah Pencipta dan Pengatur terhadap segala galanya,Jika dalam medan dakwah,Dialah yang berkuasa mengizinkan usaha kita,yang memberikan kekuatan ilmu dan fizikal kepada kita,yang pemilik hidayah kepada mad’u kita. Malah,Allah juga yang memilih kita untuk berada dalam jalan yang bercahaya ini. Jadi,layakkah kita mengambil enteng terhadap hubungan denganNya?
Nah. Take a break. Muhasabah. Bina Kembali Kekuatan.
Bukan berehat terus. TIDAK. Cuma kadangkala kita perlu ambil sedikit masa untuk koreksi diri dan muhasabah balik tentang apa yang telah kita lakukan. Memang, jalan perjuangan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan karpet merah, tapi ia ditaburi dengan duri. Maka, dalam medan perjuangan ini, kekuatan diri sangat diperlukan. Dari mana datangnya kekuatan itu? Ya, dari Allah. Maka, bagaimana kita hendak mendapatkan kekuatan sekiranya hubungan kita denganNya terabai?
Ya, Dalam setiap fatrah dan fasa, selalu ada pekerja-pekerja dan penggerak-penggerak dakwah yang kepenatan dan kelelahan. Jika mereka lelah dan penat kerana membawa panji kebenaran, nescaya Allah SWT akan menguatkan mereka kembali.
Dan ketahuilah, saat kita memilih untuk gugur dan tidak bersama dengan jalan ini, percayalah, dakwah ini akan terus berjalan, biarpun tanpa kita.
Maka pilihan di tangan kita.
Koreksi diri dan bertindak
atau
menjauhkan diri dan terus ketinggalan.
Kerana kereta api ini akan terus meluncur laju.
Menuju syurga.
Pengembara Cinta
Di Persimpangan Dilema
Sahabat, doakan ana
Sungguh, ana menulis untuk diri ana. Peringatan diri. huhu.
1 comment:
Assalammualaik, Kakak Jasmin. Ana slalu baca blog anti. Ana setia membaca. Ana juga dah berubah setelah baca semua entri anti. Terima kasih:) Anti dah tunjukkan ana jalan menuju Allah. Jangan berhenti berjuang, kakak Jasmin. Ana doakan, kakak Jasmin diredhai Allah sentiasa. Amin:) Selamat berjaya menempuh onak duri kehidupan. With love, Aliyah ilmi.
Post a Comment