Rumah Islam (RI)
Kiranya rumah ni, rumah akhwat atau rumah ikhwah duduk lah. :)
****
Rumah Islam.
Ya, suasana yang sangat kondusif buat mereka yang faham peranannya sebagai individu muslim. Biahnya terjaga, membantu kita untuk terus menderu laju dalam menjaga hubungan kita dengan Allah dan praktikal amal dakwahnya.
Orang-orang di dalamnya mempunyai aspirasi dan cita cita yang sepunya.
Tak lain, untuk menjadi hambaNya dan juga khalifahNya yang sebenar.
Yang sentiasa berusaaha mendekatkan diri pada Allah,
dan membawa orang lain bersama-samanya.
Di dalamnya terasa tenang, terasa benar jirusan kasih sayangnya.
Ma'thurat sama-sama.
Solat berjemaah.
Tazkirah subuh.
Qiamullail sama-sama.
Masak sama-sama.
Senda gurau sama-sama.
dan macam macam lagi lah!
Memang sangat osem lah, kan?
Tapi tapi dan tapi!
Realitinya, hidup ini takkan selalunya indah. Selalu ikut apa yang kita nak. Dan realitinya, kita tidak akan selama-lamanya berada dalam RI.
Dan mungkin, apabila kita tidak berada dalam lingkungan RI ini lagi, mutabaah amal menurun. Prestasi dakwah menjunam. Tarbiyah diri hot hot chicken shit.
Allah. Nauzubillahi min dzalik.
Maka kita kena set semula niat kita. Beberapa persoalan harus diambil kira.
1. Kita ini hamba Allah. Segala perbuatan kita buat adalah ikhlas semata-mata kepada Allah. Beribadah dan beramal kerana keterikatan hati kita pada Allah, bukan pada manusia. Pergantungan kita pada Allah, tidak pada manusia! So, bila orang lain tak buat, kita tetap akan laksanakannya. Kukuhkanlah binaan jati diri kita.
2. Mantapkan tarbiyyah dzatiyah kita. Aktivis dakwah yang memikul tugas dalam mengembangkan Islam ke serata dunia haruslah berkemampuan untuk membina integriti diri dari semasa ke semasa. Kerana orang yang dzatiyahnya mantap akan menjadikan seorang da'ie itu mampu bertahan dalam meniti ujian dan cubaan dakwah. Apapun yang berlaku, seorang akhwat itu tidak akan futur, semangatnya tak pernah kendur! Mereka ini benih benih Islam, diletakkan di mana pun, pasti akan menumbuhkan Islam di situ.
Mudah sahaja, semuanya disandarkan hanya pada Allah.
Alhamdulillah, Allah izinkan ana untuk tinggal di RI. Bersama akhawat-akhawat yang ana sayang. Maka tugas kita, hidupkan RI ini sebaik-baiknya. Hidupkanlah suasana islami di mana orang-orang di dalamnya saling berpesan pesan, saling mengingati dan menasihati. Janganlah disibukkan dengan masalah ukhuwwah, sedang masalah ummah itu lebih besar menanti. Banyak berlapang dada. Saling tampung menampung.
dan Dialah yang mempersatukan hati mereka [orang-orang yang beriman]. Walaupun kamu membelanjakan semua [kekayaan] yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(surah Al-anfal: 63)
Allah sahaja yang menyatukan hati kita dan menjadikan kita kuat. Bila semua makhluk kembali pada Allah, Allah akan mempertautkan hati kita dengan kuasa doa rabithah.
ini usrah kami. ^^
Harapan ana, moga dengan sama-sama kita duduk di RI ni, dakwah dan tarbiyyah kita lebih gencar. Binaan tarbiyyah dzatiyah kita lebih mantap. Akhwat, jom ALL OUT! jika bukan kita, nak tunggu siapa lagi?
Setakat ini saja. Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment