Tuesday, November 20

Cerpen : Mujahid Cilik [Repost]


Terik mentari pagi menyinar lagi. Tak pernah jemu, tak pernah berhenti. Sentiasa setia dan patuh menerangi alam raya termasuk bumi yang subur itu. Ya, bumi subur. Subur dengan darah para syuhada’. Bumi yang menjadi saksi air mata, keperitan serta kejerihan yang tiada terbela. Siapa tidak tahu bumi itu, bumi Palestina. Biar sudah tujuh dekad bumi itu dibasahi darah, cuma sedikit yang berani bangkit membela tanah itu.  Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda :

 “ Sesiapa yang tidak mengambil berat nasib dan hal ehwal umat Islam, maka mereka bukanlah di kalangan umat Islam tersebut”.

Penduduk di situ ibarat pelarian di bumi sendiri. Setiap hari yang dilalui oleh mereka penuh derita, penganiayaan dan penindasan. Namun, itu tidak menghalang mereka untuk mempertahankan tanah suci Al-quds. Qiblat pertama orang Islam, milik orang seluruh umat Islam.

Namun, hanya mereka sahaja yang berani tampil ke hadapan untuk memperjuangkan bumi anbiya’ itu.

Tidak terkecuali Yassir, si mujahid cilik. Yassir merupakan anak Palestina yang baru mencecah usia sebelas tahun. Anak yang sudah kenal erti sebuah perjuangan, perjuangan untuk mempertahankan Al-aqsa yang tercinta.  Dia telah menyaksikan penderitaan, tangisan, pembunuhan dan pengeboman sejak lahir lagi. Bunyi tembakan, bom dan deruman kereta kebal sudah menjadi halwa telinganya sehingga kini. 

Mungkin itulah dodoian tidurnya. 

Mungkin.

****

“Umi, umi..” jeritan Yassir itu memecah kesunyian malam sekaligus mengejutkan ibunya yang sedang bertahajjud. Ibunya bingkas bangun mendapatkan anak kecil itu. Tubuhnya dibasahi peluh, peluh dingin. Seolah-olah selepas bermimpi sesuatu yang sangat menakutkan. 

“Ada apa anakku?” suara lembut ibunya menuturkan bicara. Tenang dan menenangkan. Setenang wajahnya yang jernih, bersih. Soalan ibunya itu tiada sebarang jawapan, melainkan pelukan erat Yassir. Si ibu mengusap lembut kepala Yassir. Setelah beberapa ketika, Yassir melepaskan pelukannya. 

“Ibu, kenapa orang Islam tak tolong ayah? Tak tolong kita? Tak tolong Palestin? Bukankah kita semua bersaudara?”[rujuk Surah Hujurat:10] soal Yassir.

Soalnya persis orang dewasa. Begitu dewasa jika dibandingkan dengan usianya. Kanak-kanak lain mungkin saja sibuk membicarakan soal kartun dan superhero kegemaran mereka. Superman, Spiderman dan apa segala ‘man’ lagi. Tapi tidak pada Yassir. Tubuhnya yang kecil, namun jiwanya besar. Seringkali berbicara soal perjuangan. 



Soalan Yassir tidak segera dijawab. Hanya senyuman. Senyuman yang begitu manis daripada seorang ibu yang penyayang. Mata Yassir ditenungnya dalam-dalam. Pelukan yang menenangkan hati dihadiahkan.

“Anakku, bukankah Allah sentiasa membantu kita? Allah akan bantu hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Nak jadi orang beriman dan soleh bukan mudah. Taati perintah-Nya, bersungguh-sungguh. Tinggalkan larangan-Nya jauh-jauh. Yassir jadilah orang yang beriman, jadi orang soleh. InshaALLAH, Allah pasti membantu. Allah akan membebaskan bumi kita ini” rujuk[Surah An-nur:55]

Yassir hanya mampu mengangguk. Kepalanya direbahkan di atas riba ibunya. Ibunya mengusap-usap kepalanya. “Yassir,hidup ini umpama sebuah perjuangan. Dan kita tidak boleh berhenti berjuang walau sesaat. Tujuan hidup kita ini cuma satu iaitu untuk mengejar redhaNya. Dalam masa yang sama, untuk mengecap nikmat Islam dan mendekatkan diri kita pada syurgaNya. Begitulah hidup kita. Hidup seperti seorang pejuang. Sabarlah wahai Yassir. Bantuan Allah pasti tiba. Jika bukan hari ini, inshaAllah esok. Percayalah. Teruskan berusaha dan berdoa pada Allah.” sambung ibunya lagi. 

“Ibu, Yassir nak solat dulu, lepas tu nak doa banyak-banyak, supaya Allah bantu kita, boleh kan bu?” Ibunya cuma mengangguk sambil tersenyum. Yassir bingkas bangun. Belum sempat melangkah selangkah dua, tiba-tiba dentuman bom mengejutkan si ibu dan anak itu. Terlalu dekat bunyinya sehingga mampu menggegarkan rumahnya. Ibunya segera mengheret tangan Yassir dan menyembunyikannya di belakang almari usang rumahnya. Sekali lagi, dentuman bom tersebut memecah gegendang telinga. Biarpun sudah lali mendengar bunyi tersebut, Yassir tetap berasa kecut perut lebih-lebih lagi mengenangkan sahabat-sahabatnya ramai yang cacat akibat bom tersebut. Bom fosforus. Sekali meledak, habis. Tangan kaki semua lesap. Mata jadi buta, tangan jadi kudung.

Pintu rumahnya ditendang kuat sehingga terbuka. Yassir terus bersembunyi di belakang almari. Badannya menggigil ketakutan. Ibunya yang belum sempat melarikan diri ditahan oleh seorang tentera Zionis laknatullah.

*****


Ya, saat itu memang masih segar di dalam kotak memorinya. Meninggalkan parut yang tidak mungkin hilang pada hatinya. Ibunya hampir diperkosa. Satu persatu pakaian ibunya ditanggalkan. Semuanya berlaku di hadapan matanya sendiri. Hati Yassir memberontak. Tangan digenggam erat. Marah. Tidak rela melihat ibunya diperlakukan sebegitu rupa. Tiba-tiba, matanya menangkap rifle AK-47 yang tersangkut di belakang almari di mana dia disembunyikan. Mungkin peninggalan allahyarham ayahnya.

 Entah dari mana, keberanian menyusup masuk ke dalam setiap saraf Yassir. Tangannya segera mencapai AK-47 itu dan dia keluar daripada tempat persembunyiannya. Yassir melangkah perlahan, senapang itu diacukan. Malangnya, kehadirannya disedari oleh tentera Zionis. Segera senapang itu dirampasnya dan peluru dikeluarkan. Senapang itu dicampakkan ke arahnya. Tentera Zionis itu menggelakkannya dan berkata;


“Hey anak hingusan. Apa yang kau tahu hah??” 

“Berhenti memperlakukan ibuku sebegitu rupa. LAKNATULLAH!”

“Hey budak! Apa kau tak reti nak diam ke hah?? Hari ni, tiada siapapun akan datang menyelematkan ibu kau" herdik tentera Zionis itu. Lelaki itu terus ketawa berdekah-dekah. Bongkak dan tanpa secebis perikemanusiaan. Tangannya pantas melucutkan kain tudung yang menutupi kepala ibunya. Terserlahlah rambut hitam pekat yang panjang melepasi bahu ibunya itu.


"Jangan..jangan..." ummu Yassir merayu. Merayu untuk tidak diperlakukan begitu. Air matanya deras mengalir meminta untuk dikasihani. Namun rayuannya tidak diendahkan. Malah, tangan kotornya itu terus mengusap-usap rambut ibunya.


"Allah pasti melaknatmu. Pasti. Tunggu saja. Allah pasti menghukummu dengan azab yang keras!" tengking Yassir. Tegas, berani dan penuh keyakinan. Keberanian yang tidak ada pada anak lain yang seusia dengannya.


Allah? Mana Allah kau hah? Kononnya yang Allah kau akan bantu kau? Mana dia, mana dia sekarang ni? Aku sudah muak dengan Allah kau itu. Allah kau lemah, tak mampu buat apa-apa. Buktinya, kami dah hampir 7 dekad menguasai bumi ini. Entah berapa kali aku mendengar laungan nama Allah. Tapi, apa hasilnya? Kami tetap berkuasa! Hahahaha..”

Si Zionis gila itu terus tergelak besar. Takbur. Bongkak. Manakala ibunya yang masih terus dinodai itu menyebabkan Yassir semakin marah. Lagi-lagi apabila lelaki itu mempersendakan Allah. Kemarahan yang tidak terhingga meresap ke seluruh pembuluh darahnya. Jantungnya berdegup kencang menahan kemarahan. Marah, siapa tidak marah apabila seseorang menghina Allah? Kali ini, Yassir nekad. Nekad untuk membunuh lelaki itu. Senapang itu dipegangnya kejap dan dihalakan ke arah Zionis gila itu. 

“Ya Allah, sesungguhnya aku memang lemah ya Allah. Tetapi aku tahu, tidak pada Kau ya Allah. Kau tunjukkanlah kekuasaan Kau, ya Allah…” Yassir bertawakkal pada-Nya. Penuh pengharapan, punat senapang itu ditekannya sambil menjerit Allahu Akbar. Entah dari mana dan entah macam mana, senapang itu meludahkan pelurunya dan tepat mengenai dada kiri tentera Zionis gila itu. Tentera Zionis itu mengerang kesakitan dan naik berang. Entah berapa puluh das tembakan dilepaskan kepada ibunya. Ibunya kaku dan terus menyembah bumi.  Rumah itu bermandi darah. 

“Ibuuuuu!!!” Yassir menjerit. Tangan ibu digenggamnya erat-erat. Ibunya kini kaku longlai, tidak bernyawa. Darah merah mengalir di seluruh sosok tubuh ibunya. Tanpa sedar, air mata mengalir deras menuruni pipi gebunya itu. Hatinya terasa begitu pedih bak dihiris sembilu. Malah lebih pedih dari itu. Ingin saja dikhabarkannya kepada seluruh dunia tentang kekejaman Zionis. Bukan sahaja pada ibunya, tapi juga pada yang lain. Penumbuknya digenggam erat. Seerat-eratnya. Yassir menumbuk-numbuk lantai rumahnya. Batinnya terus menjerit. Bukan menjerit kesal atas pemergian ibunya, tetapi terkilan dengan pemimpin-pemimpin dan rakan-rakan seakidah dengannya. Konon mengaku saudara. Tetapi tidak berbuat apa yang selayaknya sebagai seorang saudara. Saudarakah itu?



Ketika kami lapar, kalian makan setiap jam! Ketika kami sedang bergelap di waktu malam, kalian disimbah cahaya lampu di merata-rata! Ketika kami dikejutkan dengan bunyi bom-bom, kalian seronok dikejutkan dengan persembahan bunga api yang bermacam warna! Ketika kami melihat ahli keluarga kami diseksa, dirogol dan dibunuh, kalian duduk dalam pawagam menyaksikan filem2 yang menghiburkan! Harta-harta, tanah-tanah kami dirampas tapi kalian berbelanja sesuka hati sehingga akhirnya wang-wang kalian sampai menembus anggota tubuh kami hingga terbunuh. Kami di sini tertanya-tanya, di manakah saudara kami?? di mana?? ya Allah, di mana??? Bukankah umat Islam itu ramai tapi di mana mereka??"

Negara-negara arab lain pula turut membisu. Apakah tidak ada apa-apa yang mampu mereka lakukan?? Paling tidak pun, ada yang menyuarakan. Menyuarakan kebencian, dendam mereka terhadap Israel . Apakah mereka tidak tahu, enyuarakan sahaja tidak cukup, kerana Israel telah ‘immune’ dengan itu semua. Bagi mereka tidak ada apa-apa ancaman jika sekadar menyuarakan.Apakah tidak ada seorang pun yang berani tampil ke hadapan? Seolah-olah, nyawa mereka dipegang erat oleh Yahudi Laknatullah. Lupakah mereka bahawa Allah-lah yang memegang nyawa mereka? Alpakah mereka? Butakah mereka??

****

Sejak peristiwa hitam pada malam itu, Yassir kini tidak punya ibu dan ayah. Kedua-duanya telah syahid. Mulai hari itu, Yassir turut berazam menjadi as-syahid seperti kedua-dua orang tuanya. Saban pagi, Yassir akan keluar dari rumahnya. Berbekalkan hanya batu, Yassir dengan beraninya melempari apa sahaja kereta kebal yang dijumpainya dengan jarak dekat. Biarpun lemparannya tidak punya apa-apa kesan kepada kereta kebal itu, dia terus melempar batu ke arah mana-mana kereta kebal yang dijumpainya. Yassir terus dengan lemparan batunya sehingga dirinya syahid dihabisin oleh Zionis Israel. Mereka takut sebenarnya. Takut Yassir apabila besar nanti menjadi sosok pejuang yang hebat. Mujahideen yang tak kenal erti takut. Tak pernah gentar. Katanya, membiarkan Yassir membesar ibarat menggali lubang kubur besar-besaran untuk mereka sendiri. Sebab itulah, anak kecil dijadikan sasaran.

Biarpun Yassir kini sudah tiada, jejak perjuangan Yassir membangkitkan serta menghidupkan semangat anak-anak kecil lain untuk berjuang. Biarpun bersenjatakan batu sekalipun.
Mesejnya cuma satu, katanya cuma satu, LAWAN! 



 

Kenapa kalian mesti takut dengan segala sekatan Israel dan kuncunya Amerika? 
Adakah kerana mereka memegang nyawa kalian?
Adakah kerana mereka memegang harta kalian? 
Buanglah wahan, 
hilangkanlah cinta dunia dan takut mati kalian. 
ALLAH jugalah yang memegang nyawa kalian. 
ALLAH jugalah yang menjaga kalian. 
ALLAH jugalah yang berkuasa atas kalian. 
  
Bukankah ALLAH sering mengulang di dalam Al-Quran,

“ Sesungguhnya ALLAH itu atas segala perkara” 

Aku ulang, hidup kita hanya sementara. 
Hanya sementara. 
Kenapa kalian sia-siakan akhirat yang selama-lamanya untuk dunia yang sementara ini. 
Apa yang kalian takutkan?  
Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah. 
Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini.
Sabdanya,

“ Kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan”
Sahabat-sahabat bertanya, “ Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “ Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn”
Sahabat bertanya lagi, “ Apakah wahn itu ya Rasulullah?”
“ Cinta dunia dan takut mati”

pesan buat diri, dan semua. 


No comments: