Ingin keluar seketika daripada hiruk pikuk kesibukan lagi memeningkan kepala.
Bermacam-macam perkara menuntut untuk diselesaikan dalam keadaan masa yang menekan.
Maka,
ketenangan itu,
di manakah akan ditemui?
Ada yang rasa mereka menemukan ketenangan di kelab-kelab malam?
Mungkin ada yang menjumpainya di kompleks beli belah.
Di mana sahaja. Asal mereka tenang.
Di manakah ketenangan yang dicari sebenarnya?
“Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”[Ar-Ra’d : 28]
Allah.
Sungguh,kita seringkali lupa akan Dia.
Sedang Dia lebih dekat lagi berbanding dengan urat leher kita.
Kenapa kau cari ketenangan selain dari Dia?
Dan pada makhluk ciptaanNya?
Yang hanya bersifat sementara?
******
*tempat tertinggi yang tak berapa nak tinggi di Desa Ilmu*
Kau temu bahagia.
Andai Allah yang kau cari.
Dunia yang sempit, kau rasa luas.
Kau temu bahagia.
Andai Allah yang kau cari,
Tika kau jatuh, kau bangkit semula.
Kau temu bahagia.
Andai Allah yang kau cari.
Kala diuji, kau ukir senyuman.
Kau temu bahagia.
Andai Allah yang kau cari.
Tika dunia ini tidak seperti yang kau mahu, kau redha.
Dan tika kau hampir hanyut dibuai arus dunia,
Maka bangunlah segera merapat padaNya,
Kerna nanti,
Dia akan gembira melihat kamu tidak pernah berputus asa.
No comments:
Post a Comment