Friday, January 27

subhanallah, i'm amazed!


Assalamualaikum & hye peeps


SubhanAllah, tiada kata lain yang mampu ana ucapkan. Ini kisah benar yang berlaku kat sahabat ana, tapi bukan orang Malaysia la. Orang dari negara India. Hijab dan niqob yang beliau guna melindungi dirinya dari serpihan kaca akibat kemalangan bas kolej beliau. Lihatlah bagaimana Allah melindungi beliau. nilai dengan mata hati. :)


Sang Maha Penyayang,
punya cinta,
tanpa sempadan, 
tiada batasan,
pada kita.

Dia, 
 cintaNya, 
 nikmatNya,
 rahmatNya, 
yang tak terhitung.

"...Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..." 

[Surah Ibrahim:34]


Apalah salahnya kita,
memperlihatkan cinta kita padaNya,
menzahirkan syukur kita padaNya,
dengan mengikuti syariat-Nya?

tepuk dada, tanya iman. 

Bersyukur, andai dalam hati masih punya iman. 

pesan buat ana dan antum.



Tuesday, January 24

wordless wednesday.


Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

Monday, January 23

hati yang hilang

Assalamualaikum & hye peeps.



lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun


noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

petikan lagu kembara ilmu oleh Shuhaimi. 

noda di hati melemahkan minda.

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

somehow, sometime 
persoalan tiba tiba timbul.
betulkah hati ini penuh noda? 
mungkin benar.

“Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” 
(Hadis riwayat Ibn Majah)

sebab itulah, 
ilmu yang ditimba tak melekat, 
mudah sahaja lupa. 



mungkin perlu cari "hati yang hilang" itu. 
sebelum ia hilang tak kembali.
sebelum pemilik hati itu, pergi tak kembali. 
T_T





Friday, January 20

Dakwah Juga Seni



Dakwah itu seni. 
Belajar menyentuh hati,
Menyeru manusia mengenal penciptanya.

Dakwah itu seni,
mengajak manusia
berbahasa bahasa yang sama.

Dakwah itu seni,
mengembalikan manusia
kepada fitrah insani




Wednesday, January 18

"Akak, saya teringin nak pakai....

Usai usrah, seperti biasa Humaira akan bersalam-salaman dengan adik adik bulatan gembiranya.

“Terima kasih akak…alhamdulillah, kenyang rohani jasmani kami kak.” bicara Khairunnisa dengan pelat Kedahnya yang agak pekat. Humaira hanya mampu tersenyum. Kadang-kadang geli hati dengan pelat Kedahnya yang agak sukar untuk dibuang. Macam-macam ragam.

Bulatan gembira. Adik-adik bulatan gembiralah buah hatinya. Segala kesibukan sebagai seorang mahasiswa jurusan Bioteknologi Sumber dilupakan buat seketika. Peperiksaan yang kononnya killer, Genetik Am, yang merupakan kertas terakhir bagi peperiksaan akhir semester tidak lagi mengganggu kotak fikirannya. Terasa tenang, dadanya lapang. Setelah selesai seorang demi seorang berlalu pergi menuju Kolej Matahari, tinggal seorang lagi adik bulatan gembiranya. Seperti ada sesuatu yang nak diperkatakan.

“Syafiqah tak balik lagi ke?” tutur Humaira.

“Akak, saya nak tanya pendapat akak. Akak busy tak?”

“Akak takkan busy kalau dengan buah-buah hati akak ni. Hehe. Ada apa ni Syafiqah?”

“Akak, Iqa sebenarnya dah lama dah tertarik dengan tudung akak, tudung akak-akak lain. Cantik dan sejuk mata bila tengok. Sebenarnya, Iqa dah lama nak tanam niat nak pakai tudung labuh, tapi….” Syafiqah tidak menghabiskan kata-katanya. Seperti ada sesuatu yang begitu berat untuk diperkatakan.

“Tapi apa, Iqa sayang?” Humaira bertanya, dengan nada dan cara yang paling lembut.

“Tapi Iqa rasa Iqa tak mampu. Iqa tak tahu nak mula dari mana…” bicara Syafiqah.

Sebenarnya, Humaira sudah lama mengetahui niat adik bulatan gembiranya tersebut setelah memerhatikan Syafiqah membelek-belek tudung labuh yang dijual oleh salah seorang akhowat semasa daurah minggu lalu.

“Syafiqah, andai kata seseorang itu nak berubah, Allah pasti akan bantu. Yakinlah tentang hal tersebut. Tapi, andai nak membuat satu perubahan tersebut, buatlah perlahan-lahan. Tak perlu terlalu drastik.” Kata Humaira.

“Macam mana nak mulakan kak? Dari dulu dah, teringin sangat nak guna tudung labuh. Tapi tiada kekuatan…”

“Begini, bermulalah perlahan-lahan. Akak dulu pun begitu. Nak guna tudung labuh ni pun ada fasa-fasa perubahannya. Macam akak dulu, andai kata tak mampu dulu nak terus bertudung labuh, mulalah dengan pakaian lain dulu. Contohnya, mulalah dengan memakai stoking kaki dan baju labuh dulu. Cuba istiqamah. Bila rasa dah mula istiqamah dengan stoking kaki dan baju labuh, tambah lah lagi dengan sarung lengan..”

Syafiqah hanya mengangguk-angguk. Sememangnya Syafiqah memang telah menggunakan baju labuh, stoking kaki dan sarung lengan bagi menutupi auratnya. Cuma tinggal untuk memakai tudung labuh lagi.

“Dalam masa yang sama, dekatkanlah diri kita dengan majlis-majlis ilmu, timba sebanyak mana ilmu. Dekati diri dengan Allah. Jaga mutabaah amal kita. Bila mana hubungan kita baik dengan Allah, Allah akan bantu. Yakinlah…”

“Selain itu, bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang mendekatkan kita dengan Allah. InshaAllah, di situlah kita membina kekuatan kita.”

Sememangnya, bi’ah solehah lah antara kunci utama perubahan seseorang. Teringat lagi saat saat dirinya ingin untuk mengenakan tudung labuh, bi’ah solehah lah pendorong, penaik semangat Humaira untuk memakai tudung labuh. Melihat sahabat sahabat yang mula mengenakan tudung labuh seorang demi seorang, di situlah dia memperoleh kekuatan.

“Lepas tu, inshaAllah kekuatan tu dah ada, betul tak?”

Syafiqah tersenyum dan mengiakan.

“Bila dah ada kekuatan tu, tak perlulah terus menggunakan tudung labuh berbidang 60”, memadailah melepasi bahu atau bidang 50”. InshaAllah, dari situlah hari demi hari, cubalah untuk teruskan melabuhkan lagi tudung kita.”

“Akak, sekarang saya dah faham. Kita mulakan dari dalaman dulu ye kak?” akhirnya Syafiqah bersuara setelah mendengar dengan begitu tekun.

“Betul tu, iqa.  Walaubagaimanapun boleh jadi dari luaran akan efek dalaman…”

“Macam mana tu kak?” Syafiqah menyoal.

“Bila kita dah mula bertudung labuh, kita rasa kita ni membawa imej Islam. Betul tak? Oleh itu, secara tak langsung, akhlak kita terjaga. sebab nak jaga Islam. nak berubah, tak kira dari dalaman atau luaran. yang penting, kehendak untuk berubah tu, perlu ada, seiring dengan usaha.

“Tapi kak, layak ke saya ni kak?”

“Iqa, layak tak layak, bukanlah kita yang layak memikirkannya.Setiap dari kita adalah seorang yang layak, layak untuk membuat kebaikan…”

“Wah kak. Sekarang baru saya betul betul faham. Alhamdulillah, kak. Sekarang ni rasa macam baru dapat kekuatan baru..” Syafiqah berkata dengan begitu bersemangat.

“Alhamdulillah, akak doakan apa yang terbaik buat Iqa. Akak doakan agar Allah permudahkan jalan Iqa ke arah kebaikan. InshaAllah, niat baik, Allah pasti membantu. Bukankah Allah ada berfirman dalam Surah An-nur ayat 35, ‘…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….’  Lagipun, mesti Iqa sangat cantik kalau dah bertudung labuh…” usik Humaira. Usik mengusik memang dah jadi kebiasaan dalam bulatan gembira mereka. Usik usik semai ukhuwwah.

“Apa la akak ni…malu Iqa tau. Apapun, doakan Iqa.”

“Iqa, ni akak sebenarnya ada bawak sesuatu buat Iqa…” tutur Humaira sambil menyerahkan sebuah beg plastik hitam kepada Syafiqah.

“Boleh bukak ke kak?” Tanya Syafiqah.

“Up to you, my sweetheart…”

Syafiqah membuka beg plastik tersebut. Tudung labuh. Syafiqah mengukir senyuman. Lantas dirangkulnya badan murabbiah nya dan dipeluk seerat-eratnya. Perkataan terima kasih tak henti-henti meniti di bibirnya.

“Iqa, akak sangat sangat sayang Iqa, Nisa, Hasyimah dan Aisyah. Akak harap, muka-muka ini lah yang akan bersama-sama berpimpinan tangan menuju ke syurga kelak." 

"InshaAllah kak." 

Eh, Iqa tak nak balik ke? Esok bukan kah ada kelas. Lewat dah ni…” jam dah menunjukkan 12.20 tengah malam.

“A’ah lah kak, langsung tak perasan. Apapun, terima kasih banyak kak. Jangan lupakan doakan Iqa. Akak jugak, maan najah untuk exam akak…”

“InshaAllah…”

Masing masing menuju haluan masing masing. Hari itu, Humaira sangat gembira. Mungkin itulah yang dinamakan bulatan gembira.