Monday, January 31

kami merindui...

kami rindukan syiar khilafah islamiyah,
yang mana pemimpinnya,
sesetia Khalifah Abu Bakar As-siddiq,
setegas Khalifah Umar Al-khattab,
selembut Khalifah Usman bin Affan,
sekental Khalifah Ali Abi Talib,
sezuhud Khalifah Umar Abdul Aziz.


kami tagih,
pemimpin seperti Salahuddin Al-ayubi,
yang tegar membebaskan Al-Quds,
pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-fateh,
yang bijak menawan Constatinople,



Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)



pemimpin seperti Imam Hassan Al-banna,
yang datang membawa bahtera baru,
tatkala islam dihinjak-hinjak musuh...

persoalannya.
apakah kita masih punya pemimpin sebegini?
fikir-fikirkan..











p/s : Mungkin mesir merindui pemimpin seperti ini~ 


aku yang tak cukup prihatin

Mode : paling outdated & paling tak prihatin.



Status-status facebook yang memohon doa agar sahabat-sahabat di Mesir selamat dihiraukan sahaja. Ada rasa ingin tahu, tapi tak cukup prihatin hingga tidak mengambil tahu. Baru hari ni, Min tahu apa yang sebenarnya terjadi dengan sahabat-sahabat & pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Mesir, setelah membaca notes yang di”share” di Facebook. Memang sangat tidak prihatin. Kesibukan exam & test menyebabkan Min ter’outdated’ dari isu semasa. (alasan sik dapat pake oi Jasminn!!!)

Apa yang terjadi sebenarnya?
Rakyat mesir berdemonstrasi bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak untuk meletakkan jawatan. Beliau telah meneraju Mesir selama 30 tahun lamanya (agak lamaaaa...), akan tetapi dikatakan kurang prihatin akan kebajikan rakyat mesir. Kemarahan rakyat mesir semakin bertambah apabila ada khabar angin yang menyatakan bahawa jawatan beliau akan diwariskan kepada anaknya.



Bagaimanakah keadaan mereka yang sedang berada di Mesir?
Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


4. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


5. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui: 
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch 
 Twitter:  DyyaDizarch 
Blog: Nadia-ism 
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

6. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

7. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

Sahabat-sahabat, ayuh sama-sama kita doakan sahabat-sahabat kita yang ada kat sana~ Doakan supaya mereka selamat, dilindungiNya. Semoga mereka diberi kekuatan. Kerajaan Malaysia, cepat-cepat bawa pelajar kita pulang! 

Sunday, January 30

rupa-rupanya berubah tak sesukar......

Assalamualaikum & hye peeps~

ISTIQAMAH!
(sambungan tajuk entri)

Sukarnya nak berubah.
Bukan main hebat ujian.
("eleh...apa la banding ujian ko dengan ujian Rasulullah SAW masa nak sebar dakwah dulu, Min??")
Patut la orang kata,
perubahan perlu pengorbanan.
ada yang terkorban.
nak dengar kata-kata orang kiri kanan.
nak telan kata-kata orang depan belakang. 
tapi yang lagi payahnya.
kena terima kata-kata kawan-kawan sendiri. 
dan sesetengah ahli keluarga sendiri 
(my mom, dad n sis are excluded, ok?)

pelik sangat kah?
hairan~
tapi Alhamdulillah.
Min masih punya keluarga yang menerima dengan tangan terbuka.
sahabat sahabat.
sahabat-sahabat satu jemaah.
sahabat asasi.
InshaAllah.
Min memang perlu sangat-sangat kekuatan sekarang. 
untuk istiqamah.
mohon doanya.



Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia 
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku



Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksudberhijrah kerana Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan disisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. 

Monday, January 24

menuju wawasan




Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia




p/s : lagu ni banyak membakar semangat Min. TQ kpd yg introduce~ :)

Friday, January 21

hilang report bio....

Assalamualaikum & hye peeps~


tengah-tengah malam begini, mata agak sukar untuk terpejam. 
hari ni, Min kehilangan report Biology yang telah Min siapkan & hantar pada hari Rabu lepas.
Bukan main cuak lagi den. 
Sampai menangis sebab....entah....unidentified reason....
tapi kat sini, bukan kecuakan melampau Min yang Min nak ceritakan.
tapi bersempena dengan kehilangan report bio ni,
Min nampak beberapa hikmah di sebaliknya.


Pertama, Min bersyukur sebab mempunyai sahabat yang bukan bersama Min masa senang gelak ketawa semata-mata, tetapi sahabat yang setia menemani pada saat Min ditimpa kesusahan. 






Ada sahabat yang offer nak teman cari, tapi Min lantas menolak, sebab Min tahu, sahabat Min tu penat + mengantuk. Nampak sangat muka tu. Sebab malam sebelumnya tidur lewat sebab buat report bio & teman Min buat report Chemistry. 


Ada sahabat yang awal-awalnya plan nak pergi ke KFC, (keranji food court, oke? bukan Kentucky Fried Chicken), tapi nak jugak teman Min pi cari, tapi Min menolak jugak. So, in the end Min pergi pejabat PPPU sorang2. tapi tak lama lepas tu, tup tap...muncul muka sahabat ni kat pejabat PPPU. tolong Min cari.


Roommateku. Macam-macam dia buat nak mengubat hati duka lara (hiperbola, tapi tidak terlalu hiperbola). Balik-balik je dari pejabat PPPU, dah jumpa donut coklat yang besar kat atas meja study. Nak memujuk la tu. hehe :) 


Peristiwa hari ni juga telah membuatkan Min bermuhasabah, berfikir sejenak.


"ADAKAH MIN SAHABAT YANG BAIK?"

"ADAKAH MIN SEDIA BERSAMA SAHABAT MIN JIKA MEREKA DALAM KESUSAHAN?"

"ADAKAH MIN ROOMATE YANG BAIK?"

dan macam-macam lagi.


persoalan2 tu, Min sendiri tak mampu nak menjawab. Hanya mampu berusaha yang terbaik untuk jadi sahabat terbaik, roomate terbaik.


Apa-apapun, Min agak terkilan la sebab ada kemungkinan kerja Min tu diambil orang untuk ditiru. Min tak kisah, tapi bagitau la. Satu lagi, kalau dah terbiasa meniru, macam mana nak maju? Jika benar la kerja Min tu diambil orang untuk ditiru, Min doakan supaya Allah buka pintu hati si fulan tersebut. 


dah.dah. ngantuk dah. sory post yang boring, hee :) Aaaahhh...lupa! terima kasih banyak-banyak kepada MEREKA-MEREKA yang baik hati & concern. Semoga Allah membalas jasa bait kitak orang...