Monday, December 12

equation kehidupan

HIDUP = UJIAN = TARBIYYAH 
^^

ni'mat ujian demi ujian.
alhamdulillah
dengan setiap ujian,
... sentiasa ada harapan.
ada kebergantungan.
ada pertolongan Allah.

ujian itu adalah ni'mat.
kerna selepas aku diuji,
aku mendapat ni'mat Allah
kegembiraan dan kemanisan yang tak terungkapkan.

ujian itu sendiri menguatkan kebergantungan pada Allah.
menguatkan iman.
menguatkan keyakinan yang Allah sentiasa bersama.

bukankah itu ni'mat?
semakin ingin kita hampir padaNya,
Dia lagi2 ingin hampir pada kita.

Baik kan Allah?
Padahal siapakah aku?
Siapakah kita?
Hanya HAMBA.
yang tak punya apa apa.
 
ok. balik semula ke equation  
Ho: µ1 = µ2 = µ3 = µ4 = µ5

Saturday, December 10

pesan ayah buatmu, Adam.

Assalamualaikum & hye peeps. 
Mendengar lagu ni berulang-ulang kali. 
Dulu roommate masa asasi selalu pasang lagu ni.
uhh. ana rindu dia. rindu biah solehah dalam bilik.
Sekarang, tiba tiba dengar balik lagu ni.
Gara-gara sahabat ana. hehe. 

Bila ana dengar lagu ni, 
ana imagine, ayah ana yang nyanyi...
Ayah ana pandai nyanyi. (err, what's the point?)
nak menangis pun ada.

Uhh. rasa nak balikkk pulak.
tapi tanggungjawab di sini memaksa ana untuk berada di sini...

ok, straight to the point. :)

Ini, pesan ayah buat mu. 
(tak kisah ayah ana atau ayah orang lain...)



SAAT LAFAZ SAKINAH 
FAR-EAST

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda


Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
 
p/s : nikah bukan perkara main-main. bukan sekadar pada lafaznya. bukan semudah itu. :)

p/s : post bende ni macam nak kawen esok heh. 

Sunday, December 4

rawak lagi

Assalamualaikum & hye peeps.

Alhamdulillah, punya ruang dan peluang menukilkan sesuatu di sini.
Lama dah kan? Kalau rumah, pasti dah berdebu bersarang bersemut semua. 

Alhamdulillah, post ini ter post juga. Setelah lama menjadi perhiasan dalam draft.

Exam mid-semester dah selesai.Alhamdulillah, hasilnya, just wait and see. 
cop cop kolej...JUST wait and see?
salah konsep tu kak.
doa dan tawakal juga :) 
dan doanya jangan pada mula sahaja,
tawakalnya jangan pada akhirnya sahaja :)

sebulan lagi, final exam.
Pantas masa berlalu. 
tanggungjawab melebihi masa yang ada.

setiap malam ada sahaja urusan. 
kesian tengok rummate kena tinggal sorang sorang sampai lewat malam. 

"Jika kita tidak memintas masa, maka masa akan memancung kita..."

berkaitan masa
pandai pandai la kita memancung masa ye. hehe
berkaitan penat letih
jika terasa penat dan letih
kena cek balik niat.
jika niat itu kerana Allah
inshaAllah penat letih tersebut tak terasa
dan tak melambatkan gerak kerja KITA.

"...jangan pernah kenal erti letih dan penat dalam menyebarkan kebaikan, sebab syaitan tak pernah kenal letih dan penat dalam menyebarkan kejahatan..."

Teruslah berbuat baik...
berkata baik...
memberi nasihat yang baik...

Walaupun tidak ramai orang mengenalimu..
cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain...

Jadilah seperti jantung yg tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat..
********


Belum terlambat,
Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 1433H.
Macam mana azam tahun lepas? 
Tercapai atau tidak?
Azam tahun ini pulak macam mana?
Tahun terus bergantian,
Apakah amalan kita mencukupi untuk menerima jemputan kematian?
Tak perlu menjawabnya di sini...
Tiada ruang jawapan disediakan. hehe.
Hanya buat muhasarawaksabah diri. 


Apa yang kita perlu buat
Perbaiki diri, tingkatkan amal.
Terus maju dan pandang ke hadapan. 

Teringat kata-kata Dr. Siti Rubiah
(sangat suka lecturer ni, bukan mengajar Biodiversity semata-mata)

"U will never move forward if u keep on looking back..."

Dan terfikir, kenapa Allah ciptakan dua biji mata kita di depan, bukan di belakang?
"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.." 
*****
 Hujung minggu lepas ada daurah, ana sangat terkesan dengan daurah tersebut. 
"Sesuatu yang datang dari hati, akan sampai ke hati mutarabbi kita. Nak menyampaikan sesuatu tu dari hati, makanya jagalah hubungan kita dengan Allah..." (Kak Ain, 2011)
zappppp. terasa kena tembak guna machine gun. 
 
Hubungan kita dengan Allah, macam mana? Bagaimana mutabaah amal kita? Qiam kita? Solat fardhu kita? Dan apakah kita antara golongan yang lengah dan lalai? Dan adakah kita mengerjakan apa yang kita perkatakan?
 "Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)
Naudzubillahi min zalik. 
Something for us to ponder.....
Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima
Sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya
Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat
yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian
Ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia?
Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian

******
satu lagi quotation of the day yang best jugak...lebih kurang begini...
"...dalam membina istana istana khalifah, takkan kita hendak menjadi sekadar penonton kan? jika tak mampu nak buat batu bata tu, jadi yang menempel simen pun memadai..."
 penerangannya, inshaAllah dalam post akan datang... 
:) 
InshaAllah, ana berazam untuk sentiasa memperbaiki diri sendiri. 10 Muwassafat tarbiyyah kena settlekan. mantapkan hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia. InshaAllah.Aiwah! Umat Islam harus cemerlang!



 

 
 

Sunday, November 6

melodi islam, alunan dakwah

Salam aidil adha. 

Amacam aidil adha? Apakah sama dengan hari hari lain?
Apapun, sama samalah kita memaknai hari raya aidil adha ini, sama samalah kita mengambil ibrah daripada kisah di sebalik hari raya aidil adha ini. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha, minal aidil wal faizin. 

siapa yang lupa? sila klik Lupa laaa~~~~
dan anda akan dikembalikan ingatan sebelum membaca isi seterusnya. 
skema.

***

maki hamun, itu bukan alunan dakwah, bukan juga melodi Islam. 
menegur bukan dengan maki hamun, bukan dengan kemarahan, tapi perlukan kematangan dan kewarasan.

oh ana rasa tak senang duduk kerana kata kata itu sungguh tajam. 

bukan mudah mendukung tugas membawa risalah Syahadatul Haq ini. 
Perlunya kesungguhan dan istiqamah. 
Andai tersilap mengorak langkah, maka binasa. 
Risau risau kita jadi punca orang semakin jauh daripada Islam.
Allahu...naudzubillahi min zalik. 

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

Surah Al-hajj : 78

Tidak senang, bukan sekejap. 
pernah saja air mata ini mengalir. 
belum mampu menjalankannya dengan berhikmah, berhemah.
InshaAllah, tengah berusaha.
Bukankah lagi sweet caranya jika tetap cool, dan menegur dengan selembut bicara. 
bukan dengan sarcasm, bukan dengan emosi. -sila take note Jasmin!-

Boleh saja mereka mengemukakan sejuta alasan untuk mendakwa kita di akhirat kelak.
Allahu, ampuni hambaMu. 

Oleh itu, sebarkanlah bahagianya risalah Syahadatul Haq ini dengan sebaik-baiknya agar mereka tidak boleh mendakwa kita kelak.



kaedah dakwah kita perlu metamorphosis. 

Allahu ghayatuna.

iklan semata.
btw, jangan sesekali tanya ana ikut jemaah apa. 
cukuplah kenali ana dengan jemaah islam itu sendiri. *peace*
kerana
Itu allergi ana yang terbesar biarpun tidak berlaku hypersensitivity type i.
tiada symptom skin rashes, blood vessel constriction.
huh, ana rindu belajar benda benda itu.
ok. lagho. 


-end of lecture story- 

bila di-check oleh chekgu bahasa melayu ni, memang fail. cerita tergantung. 

btw, macam mana nak buang balik button like? 
sangat tidak osem. huh

Thursday, November 3

Isn’t this proof enough for us?

Assalamualaikum & hye peeps. 




"Verily, in the heavens and the earth are signs for the believers. And in your creation, and what He scattered (through the earth) of moving (living) creatures are signs for people who have Faith with certainty."

Surah Jaathiyah : 3-4