Alhamdulillah wa syukrulillah.
Setelah 5 hari sejak datangnya 'sesuatu' itu, akhirnya terluah dan terungkai juga pada malam ni. Alhamdulillah, hati telah membuat keputusan dan membulatkan tekad. Akhirnya boleh bernafas dengan lega. Bibir sudah mampu mengukir senyuman [ceh hyperbole je].
Alhamdulillah.
Allah beri jalan.
Allah permudahkan.
Allah sudah rungkaikan segala.
Apa pun kekusutan di minda, apapun masalah yang datang, maka kembalilah kepada Dia Yang Mengizinkan masalah dan dilema itu untuk datang kepada kita. Apabila kita dilanda satu dilema dan berdiri di satu persimpangan hingga memaksa kita untuk memilih, kembalilah padaNya. Kerana Dialah yang lebih mengetahui.
Dan rasa sepenuh pergantungan padaNya, itulah satu kenikmatan sebenarnya.
Beristikharahlah.
Bukan hanya sekali, tapi berkali kali.
Hingga hati merasa yakin.
Dan betul-betul tekad dengan sesuatu keputusan tersebut.
Dan jangan lupa untuk beristisyarah. Mintalah pandangan daripada insan-insan yang terdekat. Mungkin, lebih mudah, berkongsilah dengan murabbiyyah. Kerana mereka lebih berpengalaman dan lebih mengetahui daripada kita.
InshaAllah, istikharah itu menjemput keyakinan dalam hati, dan istisyarah itu boleh membantu kita menilai pro dan kontra di setiap keputusan yang ada. Maka, dengan keyakinan dan pendapat-pendapat yang bernas daripada insan-insan yang kita sangat tsiqah padanya, inshaAllah, itulah keputusan yang terbaik.
Alhamdulillah. Inilah keputusannya. Dan ana yakin, inilah yang terbaik untuk ana dan yang paling penting, untuk kelangsungan dakwah itu sendiri. InshaAllah.
Allah.
Hari ini sungguh membahagiakan.
Terima kasih ya Allah. ^^
ps : maaf andai post macam lompat sana lompat sini. janji nak hapdet 10 minit je sebab dah pening baca Developmental Biology. huhu. doakan ye. nak hekzem minggu ni. ^^
No comments:
Post a Comment