Sunday, July 8

tiada siapa yang bisa menghalang

Andai Allah berkehendakkan rahmat, kebaikan, hidayah dan kemuliaan kepada seseorang, 
tidak akan ada mana-mana tangan yang bisa menahannya
walaupun alam dan seisinya berkumpul untuk menghalangnya
mereka takkan pernah bisa berbuat apa-apa.


Andai Allah berkehendakkan kehinaan kepada seseorang,
tidak ada mana-mana tanganpun yang bisa menghalangnya

walaupun alam dan seisinya berkumpul untuk menghalangnya
mereka takkan pernah bisa berbuat apa-apa.


Tiada yang bisa memuliakan kita melainkan Allah,
Tiada yang bisa memberi kehinaan melainkan Allah.


Dialah Allah, yang Maha Berkehendakkan Segala.


La tahzan, innallah ma'ana.
Jangan berdukacita, Allah bersama-sama kita.


Andai Allah takdirkan ia milik kita, 
Ia tetap milik kita. 
Bukan kerana apa, mahupun siapa. 



Andai Allah takdirkan ia bukan milik kita, 
Ia tetap bukan milik kita. 
Bukan kerana apa, mahupun siapa. 


Allah, Dialah segala-galanya. 
Dia sentiasa ingat kita,
walaupun kita lupa padaNya.

No comments: