Tuesday, July 24

Terminal

Hidup seorang insan itu, 
ibarat pengembara,
di dunia sementara,
siapa yang bijak mencatur kembara, 
sedar bahawa dia hanya pengembara. 
maka di akhir kembara. 
DIA AKAN BERJAYA

Inilah terminalnya! 
Inilah titik mula!
Inilah medan latihan!
Usah kau peduli dengan pandangan manusia terhadapmu. 
Ketepikan!

Apakah yang lebih penting daripada redha Ilahi?

*****


Mungkin dahulu anda adalah seorang yang sekian sekian sekian. Ataupun begitu begitu begitu. Ana juga begitu. Pernah ada 'zaman kegelapan' atau 'zaman jahiliyyah'. Hatta sekarangpun, masih lagi ada sisa sisa kotoran degil yang sukar untuk dinyahhapuskan. [err. banyak sebenarnya]

[karat itu merosakkan]


Awak...
Siapa pun awak, bagaimana pun awak, apapun yang telah awak buat pada masa lalu, itu bukan batu penghalang untuk saya dan awak untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Setiap daripada kita sebenarnya layak menjadi baik. 

Awak dan saya LAYAK untuk menjadi hamba Allah yang baik. 

Kali ini, alhamdulillah, kita masih dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Pernahkah kita terfikir, kenapa Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan walaupun kita selalu lalai dan sering berbuat dosa kepada Allah subhanahu wa ta'ala? 

Hakikatnya, itulah tandanya Dia masih sayangkan kita. Sekotor manapun kita dengan lumpur-lumpur dosa, sebusuk manapun kita dengan dosa-dosa kita, Allah masih lagi mahu memberi peluang untuk hambaNya untuk mengembara cintaNya, mengejar redhaNya dan menggapai syurgaNya. Hadis shohih di bawah ini sudah cukup membuktikan betapa Dia nakkan kita ke syurgaNya. 

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dalam keadaan beriman dan penuh mengharap, maka akan diampunkan untuknya dosa-dosa yang telah lalu"

[HR Bukhari dan Muslim]

Justeru, inilah terminalnya. Terminal untuk merawat luka-luka jahiliyyah kita yang terdahulu. Terminal untuk melatih nafsu. Dan yang paling penting sekali, inilah terminalnya untuk melakukan perubahan. 

Bila Allah Jentik Hati

Bila Allah jentik hati kita untuk berubah, maka teruskanlah. Jangan pandang belakang, melainkan untuk ambil pelajaran. Cuma, usahlah tergesa-gesa. Binalah kekuatan jiwa, jadikanlah perubahan kita atas dasar kefahaman.

Mengapa perlu kefahaman? Kerana dari kefahaman itu datangnya kekuatan. Di situlah jiwa jadi kuat, hati jadi kental. 

Mengapa perlu jiwa kuat hati kental? 

Kerana nak berubah itu sukar, tapi lagi sukar untuk istiqomah. Akan datang pelbagai dugaan dan rintangan dari segenap sudut. 

Ana bagi satu contoh. 

Dulu, dia tidak menutup aurat. Satu hari dengan cara yang tak dijangka-jangka, Allah jentik hati dia untuk berubah dan hendak menutup aurat. Maka, dia perlu faham kenapa dia menutup aurat. Ya, kerana itu perintah Allah. ^^

Namun, pasti ada kata kata yang tak sedap nak didengar. Mungkin ada yang kata dia berubah sebab nak ikut fesyen, atau mungkin atas dasar politik [err...] dan sebagainya. Maka, jika ada kefahaman yang betul kenapa dia berubah, maka keyakinannya akan berpusatkan kepada Allah. Dia hanya pentingkan pandangan Allah padanya, bukan pandangan manusia. Justeru, dia akan lebih kuat menangani segala cabaran yang dihadapinya.


[terminal perubahan]


Awak, biarpun sukar, yakinlah hanya ini jalannya untuk selamat tiba ke destinasi yang sebetulnya. Hanya dengan gerabak ini. :')


Awak, jom kita sama-sama jadikan Ramadhan kali ini sebagai terminal perubahan. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai medan latihan. Teruskanlah pengembaraan kita dengan cara yang diredhaiNya. Mungkin pengembaraan kita lain caranya, lain laluannya, lain jalannya. Walau apapun laluannya, jika laluan kita itu bertunjangkan syariah, moga-moga kita sama-sama bertemu di satu destinasi abadi kelak, yakni di syurgaNya. ^^ 


Post ini untuk awak. Bukan kerana saya baik, tapi saya nak kita sama-sama jadi baik. Saya tak nak mengorak langkah mula sorang-sorang. Saya nak awak ikut sekali. 

Awak, saya sayang awak. 

Tapi, Allah laaaaggiiiiiiiiiiiiiiii sayang awak, sayang saya, sayang kita semua. ^^ 

No comments: