Monday, July 16

sebelum akad dilafaz, sebelum janji termeterai

Sebentar tadi melihat gambar seorang sahabat berpegangan erat dengan si suami di facebook. Hari ini ulangtahun perkahwinan pertama mereka. [kalau dia baca segan eh..haha]


"penderaan perasaan ni..." ana berbisik sendiri. 


melayang, ke taman bunga dengan angin sepoi-sepoi bahasa. (ok, ini tipu. saja nak tambah MSG. hehe)

******






Perasaan itu fitrah, pemberian Ilahi. 
Dan perasaan itu wujud dalam sanubari kita semua. 
Maka kemudilah ia dengan penuh hikmah, 
kendalilah ia dengan suluhan syara'.

Saat perasaan itu hadir, 
biarlah ia disemai dengan asas iman, 
dibajai dengan taqwa,
siramilah dengan ruh-ruh tauhid dan semangat mencintai Islam. 

jangan biarkan ia dibelenggu nafsu, ditunggangi syaitan.

rasa itu suatu anugerah,
cara mengendalikannya,
dengan baik atau tidak,
satu pilihan. 
pilihan di tangan kita. 

peliharalah ia dengan amalan-amalan soleh. 
dekatkan diri kita padaNya. 
jaga amalan fardhu, tingkatkan amalan sunat. 
basahi lidah dengan zikrullah. 
lazimi tahajjud, penguat rohani.
gencarkan dakwah dan tarbiyyah.

usahlah tenggelam, 
usahlah larut.


Jangan terus lembik membicarakan soal cinta semata-mata, bermadah pujangga, bermain falsafah hingga menjejaskan pemaksimaan potensi diri untuk kelangsungan dakwah dan tarbiyyah. 

Sibukkanlah diri dengan membangun diri. Proses menyolehan, pembaikan dan pengislahan diri harus berlaku dengan konsisten, berterusan dan berkesan. Bermula dari sinilah, persediaan ke arah fasa pembinaan hidup berumah tangga akan lebih berfokus, kukuh, mantap dan menyakinkan!


*****



Ingatlah, 
perkahwinan itu bukan suka-suka, 
tapi satu amanah yang berat
perkahwinan itu suatu alam baru, 
sebelum melangkah, perlu 'sesuatu'.
perkahwinan itu perlu persediaan,
bukan sekadar melayan perasaan.
perkahwinan itu mengajar erti menerima dan memberi,
bukan sekadar menyarung cincin di jari.

Keputusan perkahwinan itu dibuat atas timbangan kematangan, kedewasaan dan dipandu dengan suluhan syara'.

Fikirkanlah keperluan,
Renungkanla kemampuan,
sebelum, semasa dan selepas berkahwin

No comments: