Assalamualaikum & hye peeps!
Hebahan..hebahan..!
klik untuk gambaran lebih jelas.
Rasulullah s.a.w. adalah sosok insan paling mulia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagai rahmat buat sekalian alam daripada awal sehingga akhirnya. Baginda merupakan kekasih Allah s.w.t. yang kerananya maka segala ciptaan Allah s.w.t. yang lain diciptakan. Bagindalah yang seharusnya menjadi tauladan buat seluruh alam sepanjang zaman.
Kelahiran baginda merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah s.w.t. yang diangkat sebagai Rasul mengeluarkan alam daripada kegelapan kejahilan kepada sinar cahaya kebenaran dan keadilan. Baginda diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai penyelamat alam bukan setakat di dunia malah di akhirat dengan syafaat yang dijanjikan buat mereka yang mengimani keesaan Allah s.w.t. sebagai Tuhan dan diri baginda sebagai Rasulullah.
Pada 12 Rabiul Awal saban tahun sejak Baginda dilahirkan di Hijjaz, Semenanjung Tanah Arab, maka diraikan Baginda sebagai menjunjung kekasih Allah s.w.t. dan tanda kasih dan cinta ala mini kepada Baginda. Sedangkan Baginda sendiri mensyukuri kelahiran Baginda pada setiap Isnin iaitu hari kelahiran Baginda, apatah lagi kita umat Baginda yang berjalan menelusuri sunnah kehidupan Baginda. Tiada sosok tokoh yang selayak Baginda untuk diteladani sepanjan zaman.
Maka, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan rakan-rakan kerjasama yang terdiri daripada YADIM Zon Sarawak, Taski ABIM Sarawak, Liga India Muslim Kuching, IGMS, Madrasah al-Khairat, Hawary C&M dan HIKMAH menganjurkan Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w. dengan tema
“Tauladan Sepanjang Zaman: Malam Untukmu Wahai Kekasih Allah”
sebagai tanda kasih dan cinta serta junjungan kita kepada Baginda supaya sampai diri kita yang daif lagi hina ke hamparan sembahan taqwa bertemu Allah s.w.t. di dalam rahmat kasih dan sayang-Nya.
No comments:
Post a Comment