Ketika diri kau terasa lemah.
Tak kuat meneruskan langkah.
Tak ada daya untuk bangun.
Hati menangis,
"Allah, sukar benar jalan ini...."
merintih.
mampukah aku tetap di jalan ini?
Akhawat fillah.
ketika mana engkau mengenal Allah.
akan bertambahlah rasa kecintaan engkau padaNya .
ketika mana engkau mengenal Allah.
ketika itulah hammasah engkau tinggi .
Ketika mana kau cinta Allah.
ketika itulah kau sanggup melakukan apa sahaja.
Ya, untuk Rabbmu yang kau cintai.
Untuk Islam yang kau sayangi.
maka ,
kembalikanlah hati-hatimu pada Rabbmu.
Ketika ma'rifatullah dapat engkau kecapi ,
ketika kemanisan cinta Allah itu meresap ke seluruh darah daging ini,
ketika itu lah kau mampu untuk thabat (tetap) atas jalan dakwah & tarbiyyah ini...
p/s : ana risau, bimbang. ujian untuk ana yang menulis ini. ana tidak dapat membayangkan andai kata satu saat nanti, diri ini futur, lari daripada jalan ini. sahabat, akhawat fillah, ingatlah ana dalam doa kalian. T_T
Friday, June 22
Sunday, June 17
they will tell you stories :)
percubaan pertama.
sekitar JOM! Explorace adik-adik asasi third batch yang osem!
seronoknya kalau ada DSLR. sabar..sabar..sabar..
credit to kak pijan for the awesome DSLR!
Wednesday, June 13
tuntunku kepadaMu
Sang mentari beransur terbit dari kaki langit.
Di ufuk timur, langit menjingga kemerahan.
Sedang hari baru kurniaan Tuhan,
Semalam apakah penuh manfaat?
Azam menjulang tinggi ke langit.
Bijak menuturkan semula kata sang murabbiah,
Mengiyakan kata-kata muwajih,
beraksi gencar dalam dakwah dan tarbiyyah....
Apabila Allah tuntut semua itu dengan amal dan ikhlas,
apakah masih mampu mendongak kepala?
Islam tidak perlukan daie robot tapi yang faham dengan sebenar-benar kefahaman!
"Ya Allah beri kami kekuatan untuk menggenggam cinta dunia di tangan agar bila masa untuk melepaskannya; tiada pernah rasa bersedih hati, dan beri kami kekuatan untuk semat cinta akhirat di hati agar tiada kami pernah merasa untuk mensiakan cintaMu"
Di ufuk timur, langit menjingga kemerahan.
Sedang hari baru kurniaan Tuhan,
Semalam apakah penuh manfaat?
Sambil memerhati, minda jauh melayang. Terfikir. Iman manusia itu sifatnya turun naik. Ada masanya, tiba-tiba ada perubahan drastik pada ruhiyyah kita. Kaki berat melangkah untuk melakukan amal kebaikan. Solat sudah mula tidak khusyuk. Bermalas-malasan untuk solat berjemaah. Seruan amal dakwah dipandang dingin. Rasa terbeban. Ribuan alasan diberi. Qiamullail kita pula, semakin sunyi keghairahannya. Atau mungkin hilang secara total. Dunia dirasakan begitu indah hingga angan-angan kita meluap-luap. And yet, jarang bersyukur, sulit untuk bertaubat. Dosa dan kita pula, kian akrab. Lupa bahawa kematian akan menjengah. Bila-bila masa sahaja. Bahkan bila mendengar tentang kematian, dingin. Biasa sahaja.
Mata tidak lagi menangis kerana takutkan Allah. Bukan kerna bekunya air mata, tapi kerna kerasnya hati di dalam dada. Ya, hati itu kian keras. Tidak sensitif. Dosa dan jahiliyyah, dipandang biasa. Busuknya tidak lagi mampu dihidu.
Sedangkan hati yang keras itu, adalah hati yang jauh dari Allah.
Azam menjulang tinggi ke langit.
Bijak menuturkan semula kata sang murabbiah,
Mengiyakan kata-kata muwajih,
beraksi gencar dalam dakwah dan tarbiyyah....
Apabila Allah tuntut semua itu dengan amal dan ikhlas,
apakah masih mampu mendongak kepala?
Islam tidak perlukan daie robot tapi yang faham dengan sebenar-benar kefahaman!
"Ya Allah beri kami kekuatan untuk menggenggam cinta dunia di tangan agar bila masa untuk melepaskannya; tiada pernah rasa bersedih hati, dan beri kami kekuatan untuk semat cinta akhirat di hati agar tiada kami pernah merasa untuk mensiakan cintaMu"
Tuesday, June 12
manis
sweetnya bila kita tengah duduk-duduk, termenung memikirkan sesuatu (inshaAllah bukan perkara sia-sia) dan terkenangkan seseorang. Tiba-tiba handphone berbunyi menandakan SMS masuk. Nama yang tertera pada skrin handphone adalah orang yang kita kenang tadi. bertambah-tambah lagi sweet, bila orang tersebut menghantar SMS yang sweet di saat kita benar-benar memerlukan kata-kata sedemikian.
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang dia sendiri suka mendapatkannya" [HR Bukhari dan Muslim]
Moga kita merasai indahnya Islam dan menikmati manisnya iman dalam perjuangan, meski jalan berduri yang ditempuhi..
~Salam mahabbah fillah, jazakillh 'ala kulli hal (thnx 4 everything) ^^
Sunday, June 10
kau yang mengaku ditarbiyyah, ya KAU!
Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah
Apakah erti tarbiyah,
andai ia tidak menyentuh hati untuk khusyu,
meransang lidah untuk berkata yang baik,
menggerakkan anggota untuk beramal ?
Apakah erti tarbiyah,
jika mulut lantang berbicara,
tangan hebat mengangkat pena,
tapi amalmu?
entah ke mana.
Apakah erti tarbiyyah,
jika niatmu serong.
sekadar berangan kosong.
Allah bukan lagi ghayahmu
Apakah erti tarbiyyah
jika kamu saling mengecam,
antara satu sama lain?
sedangkan,
matlamat kita satu?
Duhai yang mengaku dirinya ditarbiyyah,
sampai bila mahu tidur dalam jaga?
Ingatlah sahabatku,
syaitanirrojim itu,
hebat mengatur langkahmu,
menghias futurmu.
disangkakan banyak amalan
dirasakan banyak menyumbang
difikirkan 'aku yang betul'
tapi sebenarnya, tempang?
sedang Allah,
tahu apa yang kau kerjakan.
ayuhlah beristighfar
tatkala kita bangga mengatakan kita mengikut tarbiyah,
tapi zahirnya tak mencerminkan apa pun!
Asak hati untuk lembut mengingatiNya,
tahan lidah daripada berkata yang tak bermanfaat,
paksakan kaki dan tangan untuk bergerak.
Kerana kalau diri sendiri tidak mahu,
datanglah Murabbi Super Saiya sekalipun
takkan berubah,
selagi kau tak berubah!
p/s : peringatan utk diri sendiri. nasihat untuk diri. T_T
Subscribe to:
Posts (Atom)


