Wednesday, June 22

having crush with....

 Assalamualaikum & hye peeps.

Lately, I prefer to listen to *qaseedah rather than nasyeed. Can't stop from listening to this. Crush habis. hehe.



*ucapan puji-pujian kepada Rasulullah s.a.w yang dibuat dalam bentuk syair, sajak.
Assalamualaikum & hye peeps. 

Petang-petang begini,
guruh berbunyi lebang lebung,
hati terasa lepang lepung,
macam-macam rasa ada,
pahit manis masam masin semua ada.


Ana tak pernah rasa sebegini rupa, mungkin tak mampu nak tanggung seorang, ana luahkan kat seorang sahabat ana. Alhamdulillah, sahabat ana hantar ni kat e-mel. menenangkan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

carilah 70 sebab untuk berprasangka buruk, andai kata ndak juak nuan nemunya, mintak ati baru dik. (maaf, bahasa iban broken)

lepas ni nak baca balik tautan hati oleh fatimah syarha. nak naik semangat balik. maryam, sory, juz rasa susah nak mulang buku ya balit...hhehehe

Tuesday, June 21

bulan tarbiyyah

Assalamualaikum & hye peeps. 

Ramadhan Al-mubarak.
tinggal sebulan lebih.
rasa sangat sangat tak sabar nak puasa.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183).

ramadhan al-mubarak
dalamnya sarat dengan rahmat, 
penuh dengan keberkatan,
keampunan.

tiba-tiba pulak terfikir, 
entah sempat ke tidak untuk ramadhan kali ni.
ye la kan,
mana tahu, 
ajal menjemput sebelum datangnya Ramadhan ni.
ataupun, ini Ramadhan kita yang terakhir?
setiap yang hidup pasti merasai mati
ajal maut masih lagi menjadi rahsiaNya. 
yang pasti, 
ia semakin mendekati kita. 
saya, anda dan kita.



Apa-apapun, apakah persiapan kita menuju Ramadhan, 
agar tak semput, tak tercungap-cungap?
yang lepas ni, ana copy paste dari sini. 

10 PERSIAPAN MENJELANG RAMADHAN

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita mampu melaksanakan ibadah secara maksimal di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan , mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
 
Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan.Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun- nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:
* Buat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur.
* Membahagikan buku saku atau pamflet yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. 
 
p/s : idea nak post ni lepas tgk wallpost gbah. hehe :)

Wednesday, June 15

nak join ustazah pilihan, boleh?

Ustazah Pilihan? 
Pertama kali tengok nama tersebut, di status seorang ikhwah.
"eh, macam dah nak kahwin je..." saya bermonolog.
tanpa mengetahui ia nama program realiti tv.
lepas isya' tadi, main-main rumah nenek, buka tv, tengok astro.
maaf rumah saya tidak ada kuali atas atap tersebut.
Tengok iklan, 
Ustazah Pilihan...
Respons>>>>>>>Errrr..

Lepas Imam Muda, Ustazah Pilihan pulak?
Imam Muda, ok, saya masih boleh terima. 
Ustazah Pilihan?
Sukar...sukar buat saya menerimanya. 

First thing first, 
Ketahuilah, wanita itu sendiri adalah aurat
Jadi mengapa hendak dijadikan focal point of attraction
Rancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan realiti,
adakah ada jaminan bahawa rancangan ini tidak ditonton oleh muslimin?
ataupun, adakah jaminan bahawa semua muslimin itu betul-betul kebal imannya
hingga sedikit pun tidak tertarik dengan wajah mereka, lunaknya suara mereka.
or are they guaranteed to be on air without any make up?
fikir-fikirkanlah.

di mana letaknya nilai & martabat muslimah?
jika mereka dipertontonkan untuk disaksikan jutaan orang?
bukankah Rasulullah SAW telah bersabda :

"Sesungguhnya, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang"
diriwayatkan oleh Aishah

Oh ya, mungkin...
mungkin program ni nak mencungkil daie-daie, mahupun murabbiyyah,
atau tak nak gadis-gadis remaja masuk AF, Mentor, Mentee Mentol semua.
tapi, 
ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara,
TIDAK PERNAH.
TIDAK SAMA SEKALI.



Oh, mungkin ada yang cakap,
"Aku tengok banyak peluang dakwah di sini, so aku join...."
ok, before u join, please think of this.

1. Ok, niat nak berdakwah, adakah kamu mampu menjaga niat kamu agar tidak tersasar?
2. Suara kamu, agar tak dilunakkan?

Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.   
(al-Ahzaab: 32)

3. Pakaian kamu, agar tidak tabarruj?

 “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” 
(Surah al-‘Araf, ayat 31)

4. Pandangan kamu, agar tidak meliar??
5. Pandangan orang lain?

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
Surah An-nur : 30-31 

Jika anda mampu, teruskan. Teruskan join, teruskan rancangan ini.
Lepas ni ada Tok Mudim Kegemaran pulak, Doktor Terhebat, Jurutera Terbaik. oppss, terlebey sudah.
Saya post ni bukan beerti saya menghalang muslimah berdakwah, tidak. Cuma wadah ini tidak sesuai. Banyak lagi wadah lain yang sesuai, selari dengan syarak, menurut syariat. 
Apapun, saya ingin memohon maaf andaikata post kurang menyenangkan sesetengah pihak. Maaf. Andaikata punya kelemahan/kesilapan,mohon teguran.




seorang ustazah yang benar2 menjaga peribadinya sudah pasti akan menjauhkan diri dari pentas ini

Sunday, June 12

"andai tak boleh jadi doktor, jadi AJK Kecemasan pun boleh..."

Assalamualaikum & hye peeps. 

1:39 pm
12/6/2011

Alhamdulillah...
i'm home & i'm started to miss them.
sepanjang MAP, penat tapi best.

macam macam pengalaman.
pertama kali pegang bahagian kecemasan,
bersama zakiah, shafa, farah & fathihi.
dengan diri sendiri yang langsung takde ilmu tentang hal ehwal penyakit.
aduhai,
kadang-kadang tak tahu nak buat apa. 

masih ingat ada satu pagi tu, 
sampai berbelas-belas orang sakit. dengan tenaga bahagian kecemasan yang kurang,
tak menang tangan.

pendek kata, 
macam-macam pengalaman.
adik pengsan, nasib baik shafa pandai uruskan,.
nak harapkan Min, aduh3~ gelabah tak tentu pasal. 
paling tak boleh lupa, masa bermalam kat klinik.
ya Allah, langsung tak boleh tido.
sejuk. sejuk.
start la tangan nak main blood pressure set, 
main kerusi urut. 
bila sampai waktu subuh
alhamdulillah, 
pakaian dah cukup syarat untuk solat. 
.
.
.
.

(cerita lain~)

kadang-kadang hati terkilan sendiri.
menangis sendiri,
bukan kerana adik-adik yang sakit,
bukan pula kerana kepenatan,
tapi diri sendiri,
ada masanya seolah-olah terpaksa.
ada kalanya terasa terbeban,
sedangkan ia AMANAH
ia TANGGUNGJAWAB.
KENAPA PERLU AKU BERPERASAAN BEGITU?
bukankah aku telah ditarbiyyah supaya SENTIASA IKHLAS dalam setiap perlakuan?
dan setiap perbuatan yang keranaNya adalah ibadah?
rupanya banyak kelemahan diriku ini.

***
apa-apapun, akak nak mintak maaf andai kata...
ada kebajikan adik-adik terabai,
ada yang sakit tak terjaga,
ada yang akak tak terhantar makanan kat bilik,
akak tak tersempat nak tersenyum tatkala bersua,
akak suruh buat bukan-bukan masa nak mintak sign,
mungkin akak pernah marah tengking korang,
akak tak balas SMS dengan segera,
ada panggilan telefon tak terjawab,
dan macam-macam lagi. 
akak manusia biasa,
yang penuh kelemahan,
banyak buat silap,
banyak buat salah.

kepada ahli kumpulan 2,
kumpulan SUPERNOVA,
akak banyak kelemahan semasa handle korang,
akak tak luang banyak masa dengan korang,
ada pula yang akak tak kenal lagi,
akak minta maaf
apa2pun, korang yang terbaik!
akak banyak belajar daripada korang,
akak rasa bertuah kenal korang,
teruskan PERJUANGAN,
bukan sekadar sebagai seorang perlajar, 
tetapi jua sebagai khalifah,
khalifah Allah di bumi kenyalang,
"tuhan tak bodo meletakkan kau kat sini..."
memang, sebab bumi sarawak sangat-sangat perlukan orang seperti korang.

kepada adik-adik semua,
teruskan perjuangan di sini,
belajar elok-elok,
jangan main-main,
andai kata korang nak jadi doktor jurutera,
korang kena perform! 

DI MANA BUMI MASIH DIPIJAK, LANGIT MASIH DIJUNJUNG, INGAT ALLAH!