Wednesday, June 15

nak join ustazah pilihan, boleh?

Ustazah Pilihan? 
Pertama kali tengok nama tersebut, di status seorang ikhwah.
"eh, macam dah nak kahwin je..." saya bermonolog.
tanpa mengetahui ia nama program realiti tv.
lepas isya' tadi, main-main rumah nenek, buka tv, tengok astro.
maaf rumah saya tidak ada kuali atas atap tersebut.
Tengok iklan, 
Ustazah Pilihan...
Respons>>>>>>>Errrr..

Lepas Imam Muda, Ustazah Pilihan pulak?
Imam Muda, ok, saya masih boleh terima. 
Ustazah Pilihan?
Sukar...sukar buat saya menerimanya. 

First thing first, 
Ketahuilah, wanita itu sendiri adalah aurat
Jadi mengapa hendak dijadikan focal point of attraction
Rancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan realiti,
adakah ada jaminan bahawa rancangan ini tidak ditonton oleh muslimin?
ataupun, adakah jaminan bahawa semua muslimin itu betul-betul kebal imannya
hingga sedikit pun tidak tertarik dengan wajah mereka, lunaknya suara mereka.
or are they guaranteed to be on air without any make up?
fikir-fikirkanlah.

di mana letaknya nilai & martabat muslimah?
jika mereka dipertontonkan untuk disaksikan jutaan orang?
bukankah Rasulullah SAW telah bersabda :

"Sesungguhnya, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang"
diriwayatkan oleh Aishah

Oh ya, mungkin...
mungkin program ni nak mencungkil daie-daie, mahupun murabbiyyah,
atau tak nak gadis-gadis remaja masuk AF, Mentor, Mentee Mentol semua.
tapi, 
ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara,
TIDAK PERNAH.
TIDAK SAMA SEKALI.



Oh, mungkin ada yang cakap,
"Aku tengok banyak peluang dakwah di sini, so aku join...."
ok, before u join, please think of this.

1. Ok, niat nak berdakwah, adakah kamu mampu menjaga niat kamu agar tidak tersasar?
2. Suara kamu, agar tak dilunakkan?

Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.   
(al-Ahzaab: 32)

3. Pakaian kamu, agar tidak tabarruj?

 “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” 
(Surah al-‘Araf, ayat 31)

4. Pandangan kamu, agar tidak meliar??
5. Pandangan orang lain?

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
Surah An-nur : 30-31 

Jika anda mampu, teruskan. Teruskan join, teruskan rancangan ini.
Lepas ni ada Tok Mudim Kegemaran pulak, Doktor Terhebat, Jurutera Terbaik. oppss, terlebey sudah.
Saya post ni bukan beerti saya menghalang muslimah berdakwah, tidak. Cuma wadah ini tidak sesuai. Banyak lagi wadah lain yang sesuai, selari dengan syarak, menurut syariat. 
Apapun, saya ingin memohon maaf andaikata post kurang menyenangkan sesetengah pihak. Maaf. Andaikata punya kelemahan/kesilapan,mohon teguran.




seorang ustazah yang benar2 menjaga peribadinya sudah pasti akan menjauhkan diri dari pentas ini

1 comment:

PinqyFatin said...

BETUL JUGA TUH..
huhu just wait n see...