Tuesday, August 9

jom jadi yang sedikit

Assalamualaikum & hye peeps.

Syukur yang tiada terkira, kita masih bernafas dalam dua nikmat terbesar yakni Islam dan Iman. 
Moga hingga ke akhirnya. InshaAllah, ameen.

Alhamdulillah, kita telah memasuki hari kesembilan puasa. InshaAllah esok, hari kesepuluh.
Amacam?
Moga kita terus istiqomah hendaknya.
Kekalkan @ tingkatkan momentum ibadah kita.

.
.
.


"alaaaa, ni je untuk berbuka??" 
 (sambil memasamkan muka)

ok 

lihat ini





"takkan hari hari air soya kot??"  
(papp. terkena dahi sendiri kerana sering merungut tentang benda ni masa MAP)

ok tengok ni pulak

*kerana tiada air, anak ini sanggup minum air kencing lembu*


"awat aku ni kuruih sangat?" 

lihat ini





dan macam macam lagi.
Seringkali rungutan kedengaran, jarang sekali bersyukur.
*Jasmin anda harus terasa*


Ingin sekali ana share suatu kisah yang berlaku pada zaman Saidina Umar

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya:

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:

"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku  takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur".

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".

Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".

.
.
.
.

Golongan Yang Sedikit.

Ya, memang sedikit dan berat sekali mulut menuturkan kalimah syukur. Apatah lagi menvisualisasikan dengan perbuatan. Jahilkan kita? Sebaik mata kita terbuka, sekeliling kita banyak sekali nikmat dari-Nya.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (QS 16: 18).

Apapun, semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini.

Kurangkan keluhan, tingkatkan kesyukuran padaNya.

mulut yang merungut, gantikan dengan menuturkan syukur.
InshaAllah, boleh mula sekarang. Tarbiyyah diri pada bulan Ramadhan.

Dia telah berjanji ,

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". 
(Ibrahim: 7)

Jom sama sama kita mengejar untuk menjadi golongan yang sedikit ini. Fastabiqul khoirat. 
 :)

entri kali ni buat diri ana, ana, ana dan juga anda. moga berolehh manfaat.

p/s : ana masih belum mampu menyiapkan sekaligus menyiarkan next cerpen ana. tajuk pun masih tercari-cari. moga dipermudahkan. InshaAllah.

No comments: