Kisah benar atau tidak, tak perlu ana sahkan. Andai kisah benar, bukan niat nak memburukkan. Yang penting, ambil ibrah.
p/s andai malas nak baca kisah ini, boleh scroll ke bawah. terus ke ibrahnya :)
Rutinku di bulan Ramadhan sama saja setiap hari. Paginya setelah subuh, bantu mak buat kuih muih. Bantu apa yang patut. Tengah harinya, pergi ke bazaar Ramadhan. Mencari rezeki untuk anaknya degree, kata si ibu. Malamnya, solat maghrib, tilawah dan terawih. Setelah itu, aku kembali membantu ibuku. Jam sepuluh, tidur dan bangun kembali pukul l dan berterusan hingga ke pagi.
Cuaca hari ini lebih panas daripada biasa. Memang agak menguji imanku yang senipis kulit bawang ini. Petangnya pulak, hujan. Biasala, cuaca di Sarawak, paginya panas, petangnya hujan.
Sindir mindir (bukan sindir menyindir, sebab hanya melibatkan sebelah pihak)
Adegan sindir mindir si A kepada jiran meja si A (aku gelar si B) bermula sejak semalam, hari isnin. Si B tidak melayan sindiran tersebut, sebaliknya melayan pembeli. Telingaku sudah cukup panas, tapi masih mampu bertahan. Hatiku pun kadang kadang menggelegak geram. Seringkali aku mengingatkan diri sendiri, "Oh, sesungguhnya aku berpuasa.." Lantas aku memilih untuk diam. Malas untuk ikut campur hal orang lain. Lebih baik aku layan pembeli. Masuk jugak duit dalam poket. Ayahku juga sering berpesan untuk jangan ambil kisah hal orang kiri kanan. Mungkin dia sudah masak dengan perangai perangai orang di situ. Apa yang mereka sindirkan, aku sendiri kurang faham. Tahu, tapi kurang faham. Oleh itu, aku malas nak menerangkan butiran sindir mindir itu di sini, bimbang hanya berdasarkan interpretasi nafsu semata. Yang aku tahu, hal kecil cuma dan berkaitan tuduhan yang aku tak pasti asasnya kukuh mahupun tidak.
Settle
Alhamdulillah, ibu si B sudah meminta maaf kepada si A. Menangis menangis si ibu, sampai aku yang melihatnya, bergenang air mata. Syukur. sindir mindir tiada lagi. Hatiku lega. Kan best kalau begitu.
Sindir menyindir
Sindir menyindir bermula lagi hari ini (selasa). Eh, bukankah dah settle semalam??? Hatiku kian gelisah. Ayahku, tiada bersama. Bekerja. Aku punya instinct tidak baik. Aku tahu, jika ini berlarutan, pasti akan timbul satu masalah yang lebih besar. Macam biasa, aku hanya memilih untuk diam dan melayan pelanggan yang datang. Hari ini, hatiku tidakla begitu menggelegak seperti semalam malah lebih kepada risau. Mana tak nya, dari semalam hingga ke hari ini tak henti henti. Tuduh menuduh, sindir menyindir. Hari ini, keadaan lebih kronik, sumpa# menyumpa#. Si B yang semalam mendiamkan diri turut membalas. Mungkin hilang sabar. Aku kesian akan ibu kepada si B. Orangnya darah tinggi. Dia melarikan diri entah ke mana sambil bertangisan. Bimbang juga ibunya pengsan atau apa apa hal buruk berlaku. Si B, turut menangis. Huh. pilu, sampai aku pun nak menangis. Si B menangis teresak dan bersumpah tidak melakukan hal demikian. Aku sendiri keliru, siapa yang perlu aku percaya. At last, aku ambil keputusan berada atas pagar, tidak berani menghukum, kerana aku tidak melihatnya. *DOSA BESAR ANDAI MENUDUH TANPA BUKTI, KEJAM ANDAI MENGHUKUM HINGGA BENAR BENAR TERBUKTI*
Apabila keluarga 'turun padang'
Dari jauh, aku dengar si B sudah menelefon ayahnya. Mulanya aku risau, tapi aku memilih untuk bersangka baik. Aku fikir, mungkin dengan adanya ayah si B, semuanya boleh settle kembali. Si ayah dan 7 orang yang lain datang. Tubuh si ayah tinggi, badannya sasa. Kepalanya botak. Yang lain-lain, Allahu...penampilannya sudah cukup membuatkan aku gerun. Lutut sudah mula ketar ketar. Ayahku masih bekerja. Lantas aku menelefon ayahku. Syukur, ayahku bekerja di hospital dan di situlah gerai kami. Tak sampai lima minit, ayahku datang. Pada mulanya, mereka hanya berbincang. Suatu perbincangan yang hmmmm. hangat jugak. Beberapa kali unsur provokasi kedengaran. Aku, menjadi tak keruan. Pembeli yang datang, perlu memanggil aku dua kali, baru aku tersedar entah dari alam mana. Cuak melampau, mungkin.
Screw driver, kerusi pelanting
Pembincangan yang hangat (kan best kalau hangat dengan isu Palestin ke, isu masa kini..) bertukar agresif. Si ayah kepada si B & the gang sudah mula agresif. Mula mula guna tangan, tengok tengok keluar pulak screw driver. Aku hanya berada sekitar 1 meter dari kawasan kejadian. Ya, sangat dekat. Aku satu hal, terkesima, terblur, tak tau nak buat apa. Tapi yang peliknya, masa "hangat" tu la ramai pulak orang singgah kat gerai aku. "Kali nak poret nakkk??" kataku dalam hati. Astaghfirullah, mana perginya sangka baik itu. Tiba satu adegan, si mamat mana entah, mengangkat kerusi aku, (huh, nasib aku tak duduk kat kerusi tuhhh) dan hendak menghempaskan kerusi itu kepada si A. Lantas, si A lari. Lari selaju lajunya. Si mamat tersebut pun membaling kerusi tersebut. Haizz, entah macam mana, aku pulak yang nyaris terkena. Dengan sepantas kilat, aku merasakan tanganku digenggam dan ditarik oleh seorang lelaki. haizz, lelaki mana pulak dok pegang tangan aku ni? Rupa rupanya, ayahku sendiri. Hasil tindakan ayah aku, kerusi tersebut tidak sempat mengenai aku, tetapi mengenai lantai di mana spot aku berdiri. Allahu, kerusi terpatah dua. Retak. Alhamdulillah, kalau tidak bantuan Allah melalui ayahku heroku (sob sob..terharu) tiba, mungkin aku tidak berada di rumah malam ini, sebaliknya berada di wad. Alhamdulillah wa syukrulillah.
Ibu si B, iaitu isteri kepada lelaki botak tersebut berlari menghalang suaminya dengan esakan air mata. Adrenaline yang membuak-buak dalam badanku bertukar menjadi enzyme lysozyme di kelopak mataku. Alhamdulillah, selepas dipujuk, keadaan kian settle. Si A hilang entah ke mana. Akan tetapi, beberapa mamat yang bersama bapa si B masih menunggu dan mencari si A. haiizz. sik pande abis gik.
Bah, gine aku nak nge-end cerita tok? Alhamdulillah, hasil pujukan orang ramai, mamat mamat tu balik dan tidak menunggu si A lagi.
TAMMAT.
oh lupa, ada sorang kakak tadi, beli kuih. Masa adegan kerusi tadi tu, dia membayar dan aku pun nak menyerahkan kuih kepadanya. Duit dah diambil, tengok tengok, dia hilang entah ke mana, Panik agaknya. huhu. macam mana nih? takut kerana RM1 menyusahkan diri di kemudian hari. huhu.
IBRAH
ana begitu sedih. Kita satu aqidah, kita telah sama melafazkan kalimah syahadatain, bertuhankan Allah yang satu, berkiblatkan kiblat yang satu, berpandukan Al-quran yang satu dan sunnah Rasulullah, kenapa perlu berpecah belah dek kerana hal sekecil kuman? Tambah tambah pada bulan ramadhan, bulan mulia. Bukankah, kita digalakkan untuk melebarkan tali persaudaraan di bulan ramadhan, malah di bulan bulan yang lain.
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”
Al-Hujuraat ayat 10
Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan adalah sesuatu yang ‘integral’ kepada kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya.
Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas.
Sabda Rasulullah (SAW) dalam beberapa buah hadis Baginda (SAW) mengenai persaudaraan:
Tolong menolong:
“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).
Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah (SAW) bersabda “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Kasih-sayang:
Dari Anas bin Malik, Rasulullah (SAW) bersabda “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak tindas-menindas:
Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang menipu kita adalah bukan di kalangan kita (muslim yang benar beriman)” (riwayat Muslim).
Tidak berlama-lama dalam perselisihan faham:
Dari Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam” (riwayat Bukhari dan Muslim).
"Life is too short but our destination is still far. Don't shorten our short life with hatred, but fill it with loves"
Mudahan sama sama kita beroleh ibrahnya. Salam 24 Ramadhan. Amacam? hee. Jom khatam! Naik ke gear 10!
No comments:
Post a Comment