Mintak maaf ye sebab "ghajin" sangat nak update blog. Muscle jari ni macam semakin malas nak menaip. Neuron-neuron di otak ni macam dah tak dapat nak melawan encik yang paling ghajin yang namanya malas.
Sebenarnya, tidak ada apa-apa khabar sangat nak diberitakan. Cuma ada sedikit terasa hati dengan seseorang. Siapa tak terasa hati kalau setiap kali kita senyum kat seseorang tu, orang tu buat muka masam. Apatah lagi nak senyum. yang kat bawah ni bukan sajak k. Sekadar luahan hati. Chewwah~
Duhai sahabat,
senyum tak la susah sangat kan?
Ingat sahabat, senyum adalah sedekah yang paling mudah.
Siap bagi pahala lagi.
Senyum tatkala susah,
itu ketabahan namanya.
Ketahuilah wahai sahabat,
otot muka kita lebih bekerja ketika muka masam,
berbanding ketika kita senyum.
Senyumlah ya ukhtie,
yang susah menjadi senang,
yang resah menjadi tenang,
Senyumlah...
Abdullah bin Al-Harist Radiallahu 'anhu menuturkan, yang ertinya,
"Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam ".
(Riwayat At-Tirmidzi)
Tengok?
Rasulullah pun senyum kan?
Rasulullah pun pernah bersabda,
"Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”.
(Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi).
Subhanallah! Ini termasuk ibadah yang paling mudah.
Itulah indahnya Islam.
Hal sekecil ini pun dititikberatkan.
Agaknya setakat ini sahaja, Min pun cuba berprasangka baik & tak ambil hati kat orang tu. Sahabat, kita tinggal satu dorm. Kitalah sahabat. Kita sekeluarga. Senyumlah ok? hee :D
No comments:
Post a Comment