Sunday, November 6

melodi islam, alunan dakwah

Salam aidil adha. 

Amacam aidil adha? Apakah sama dengan hari hari lain?
Apapun, sama samalah kita memaknai hari raya aidil adha ini, sama samalah kita mengambil ibrah daripada kisah di sebalik hari raya aidil adha ini. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha, minal aidil wal faizin. 

siapa yang lupa? sila klik Lupa laaa~~~~
dan anda akan dikembalikan ingatan sebelum membaca isi seterusnya. 
skema.

***

maki hamun, itu bukan alunan dakwah, bukan juga melodi Islam. 
menegur bukan dengan maki hamun, bukan dengan kemarahan, tapi perlukan kematangan dan kewarasan.

oh ana rasa tak senang duduk kerana kata kata itu sungguh tajam. 

bukan mudah mendukung tugas membawa risalah Syahadatul Haq ini. 
Perlunya kesungguhan dan istiqamah. 
Andai tersilap mengorak langkah, maka binasa. 
Risau risau kita jadi punca orang semakin jauh daripada Islam.
Allahu...naudzubillahi min zalik. 

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

Surah Al-hajj : 78

Tidak senang, bukan sekejap. 
pernah saja air mata ini mengalir. 
belum mampu menjalankannya dengan berhikmah, berhemah.
InshaAllah, tengah berusaha.
Bukankah lagi sweet caranya jika tetap cool, dan menegur dengan selembut bicara. 
bukan dengan sarcasm, bukan dengan emosi. -sila take note Jasmin!-

Boleh saja mereka mengemukakan sejuta alasan untuk mendakwa kita di akhirat kelak.
Allahu, ampuni hambaMu. 

Oleh itu, sebarkanlah bahagianya risalah Syahadatul Haq ini dengan sebaik-baiknya agar mereka tidak boleh mendakwa kita kelak.



kaedah dakwah kita perlu metamorphosis. 

Allahu ghayatuna.

iklan semata.
btw, jangan sesekali tanya ana ikut jemaah apa. 
cukuplah kenali ana dengan jemaah islam itu sendiri. *peace*
kerana
Itu allergi ana yang terbesar biarpun tidak berlaku hypersensitivity type i.
tiada symptom skin rashes, blood vessel constriction.
huh, ana rindu belajar benda benda itu.
ok. lagho. 


-end of lecture story- 

bila di-check oleh chekgu bahasa melayu ni, memang fail. cerita tergantung. 

btw, macam mana nak buang balik button like? 
sangat tidak osem. huh

Thursday, November 3

Isn’t this proof enough for us?

Assalamualaikum & hye peeps. 




"Verily, in the heavens and the earth are signs for the believers. And in your creation, and what He scattered (through the earth) of moving (living) creatures are signs for people who have Faith with certainty."

Surah Jaathiyah : 3-4

Friday, October 21

belajar dan terus belajar

Belajar dan terus belajar. 

Itu hakikat kehidupan.

Tidak semestinya seorang pelajar sahaja yang belajar,

dan tidak semestinya seorang guru tidak bisa belajar dari anak muridnya. 

menjadi seorang guru, bukan lesen untuk ego tidak mahu belajar dari anak muridnya. 



menerima SMS, yang menyentuh jiwa. :')

learned something from them.

in fact, i learned a lot from them.



sayang kamu semua.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menyifatkan, “Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran.”

Tuesday, October 18

10 minutes plus 2 minutes writing.

Assalamualaikum & hye peeps. 


Aha. 


Sempat mencuri masa SEBENTAR. ya SEBENTAR. (gara-gara sik faham teori evolusi yang hmmm eerrr..)


Alhamdulillah, masih bernyawa, masih bernafas dalam nikmat iman dan islam. 






Walaupun seminggu ni, agak jiwa kacau sedikit. Astaghfirullah. 


alhamdulillah, lepas semua kerja yang belum selesai telah diselesaikan, rasa kurang sikit bebanan. 


Sekarang, mula fokus dengan study, mid-sem exam dua minggu lagi.


Teringat pesan akh Firdaus, at least B-. InshaAllah. 


Ana janji buat diri, at least A-. doakan


Gundah, gelisah


Ubat hati yang gundah gulana.


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Al Ra’d : 28)


Do the best, and the rest, leave it to Allah. 


“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)


ok. janji stop tulis 6.30 pagi. sekarang 6.32. haa. 


Assalamualaikum. hehe :)


kaf alif ber nadai idea. 



Monday, October 10

berlari

Assalamualaikum & hye peeps. 

Agak lama ana tidak menukilkan sebarang kata di sini. Maaf.
Alhamdulillah, malam ini, mampu lagi cerebrum memerah idea, nerves menghantar signal dan akhirnya phalanges menzahirkan kata.



Sejak akhir ini, secara jujurnya, ana terasa sedikit tertekan. Tanggungjawab dan amanah. Tugasan dan kerja. Study dan assignment. Macam macam. Mahu saja memekik terlolong.  Namun iman yang senipis kulit bawang menghalang dan berbicara rasional. Alhamdulillah, masih punya iman.

Perjalanan ini panjang. Sungguh. 

Terkadang terasa diri ini ditinggalkan. Diri ini merangkak, tetapi mereka semua sudah mula berjalan, malah ada saja yang berlari. Terbit rasa putus asa, tetapi iman senipis 20 microns menghalang, menutur bicara. Maka diri ini lekas lekas belajar berdiri dan terus berjalan. Berjalan tanpa henti :) Sudah mula dapat rentak, terus berlari.

 sukasangatlagunihterutamapartrap.

Hidup ini ibarat larian, bukan lari pecut 100 meter, tapi umpama marathon. 

Berlari terus dan terus berlari. Berlari berstrategi. Tanpa strategi, maka semput di pertengahan. Biar lambat, atur jalan cermat. Biar sampai di garisan penamat!

Dalam berlari, ada sahaja halangan, mehnah dan tribulasi. Walau ada yang menganggap ia melambatkan larian, mungkin ya. Tetapi itu hanya sebentar. Sementara. Pada hakikatnya ia menajamkan lagi "skill" larian kita sebenarnya. Supaya lebih pantas pada masa hadapan. Lebih cekap, lebih bijak mengatur langkah. 



Jom sama sama kita terus berlari, berpimpinan, bergerak seiringan :) 

Moga kemanisan garisan penamat dapat kita kecapi. 

| Share |
Tahu letaknya pada akal, mahu letaknya pada hati, mampu letaknya pada nafsu. :)
-Us. Pahrol Juoi- 


Maaf la penulisan agak berterabur. mamai.