Assalamualaikum & hye peeps.
Agak lama ana tidak menukilkan sebarang kata di sini. Maaf.
Alhamdulillah, malam ini, mampu lagi cerebrum memerah idea, nerves menghantar signal dan akhirnya phalanges menzahirkan kata.
Sejak akhir ini, secara jujurnya, ana terasa sedikit tertekan. Tanggungjawab dan amanah. Tugasan dan kerja. Study dan assignment. Macam macam. Mahu saja memekik terlolong. Namun iman yang senipis kulit bawang menghalang dan berbicara rasional. Alhamdulillah, masih punya iman.
Perjalanan ini panjang. Sungguh.
Terkadang terasa diri ini ditinggalkan. Diri ini merangkak, tetapi mereka semua sudah mula berjalan, malah ada saja yang berlari. Terbit rasa putus asa, tetapi iman senipis 20 microns menghalang, menutur bicara. Maka diri ini lekas lekas belajar berdiri dan terus berjalan. Berjalan tanpa henti :) Sudah mula dapat rentak, terus berlari.
sukasangatlagunihterutamapartrap.
Hidup ini ibarat larian, bukan lari pecut 100 meter, tapi umpama marathon.
Berlari terus dan terus berlari. Berlari berstrategi. Tanpa strategi, maka semput di pertengahan. Biar lambat, atur jalan cermat. Biar sampai di garisan penamat!
Dalam berlari, ada sahaja halangan, mehnah dan tribulasi. Walau ada yang menganggap ia melambatkan larian, mungkin ya. Tetapi itu hanya sebentar. Sementara. Pada hakikatnya ia menajamkan lagi "skill" larian kita sebenarnya. Supaya lebih pantas pada masa hadapan. Lebih cekap, lebih bijak mengatur langkah.
Jom sama sama kita terus berlari, berpimpinan, bergerak seiringan :)
Moga kemanisan garisan penamat dapat kita kecapi.
| Share |
Tahu letaknya pada akal, mahu letaknya pada hati, mampu letaknya pada nafsu. :)
-Us. Pahrol Juoi-
Maaf la penulisan agak berterabur. mamai.
No comments:
Post a Comment