Tuesday, May 31

Kekuatan Rohani Faktor Kejayaan Pelajar


Belajar dan peperiksaan. Kalimah yang acapkali meniti di bibir insan yang bergelar pelajar. Tidak kira pelajar di sekolah mahu pun di universiti. Memang tidak dinafikan, memang lumrah menuntut ilmu, pasti ada peperiksaan. Menjelang peperiksaan, sudah pastinya setiap pelajar sibuk membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi medan peperiksaan. Setiap pelajar gigih dan tekad dengan harapan untuk berjaya dengan cemerlang.  Walau bagaimanapun, berapa ramaikah dalam kalangan kita yang menitikberatkan aspek kerohanian dalam mengejar dan menuju kejayaan? Mungkin ramai antara kita yang memandang sebelah mata akan aspek terpenting ini dalam usaha kita menuntut ilmu.

"Orang yang berakal tanpa agama adalah sesat,orang yang beragama tanpa akal beku, kahwinkanlah antara akal dan agama,maka akan lahirlah hikmah"

Kata-kata hikmah tersebut sudah cukup untuk menerangkan bahawa perlunya aspek kerohanian ditekankan dalam diri setiap pelajar.  Sebelum meneruskan penulisan ini, ingin sekali saya membawa kalian menelusuri episod sejarah Islam silam dan berfikir sejenak. 

Bagaimana Rasulullah S.A.W boleh menjadi seorang mu’allim dan murabbi terunggul? Bagaimana Sultan Salahuddin Al-Ayubi berjaya membebaskan Baitul Maqdis sedangkan Baitul Maqdis dikawal dengan begitu ketat? Bagaimana Sultan Muhammad Al-fateh berjaya menawan Kota Kostatinopel walaupun dikawal ketat dengan sistem pertahanan yang begitu ketat? Jawapannya mudah sahaja. Selain kebijaksanaan dalam mencatur strategi, masing-masing mempunyai kerohanian yang mantap dan hubungan yang baik dengan Allah. 

Sekarang, mari kita meneliti episod kejayaan insan yang pernah menghiasi dada-dada akhbar suatu ketika dahulu, Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal. Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) merupakan pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang resipi kejayaan anak kelahiran Kelantan ini. Beliau menekankan hablum minAllah iaitu menjaga hubungan seorang hamba dengan sang Khaliq. Beliau  turut menjaga kepentingan memelihara solat fardhu yang lima. Umum juga sudah dikhabarkan melalui media sebelum ini bahawa beliau juga seorang yang tekun melakukan solat tahajjud.  Di situ, kita dapat lihat keperluan aspek kerohanian dalam mengejar kejayaan dalam bidang akademik mahu pun bukan.


Ilmu umpama cahaya

Apabila berbicara soal kerohanian, sudah tentu ia berkait rapat dengan hati. Hati merupakan organ organ terpenting dalam tubuh badan setiap anak Adam. Hati juga di mana letaknya penilaian Rabb kepada kita. Hati juga tempat di mana jatuhnya pandangan Allah kepada setiap hamba-Nya. Maka, hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Hadis Rasulullah S.A.W :

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati yang tidak dipelihara akan menyebabkan penyakit-penyakit hati dan berleluasanya pelbagai jenis maksiat. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa taubat, maka timbullah satu titik noda pada hati. Itu baru satu, cuba bayangkan andai dua, tiga, sepuluh, seratus dosa yang dilakukan? Nauzubillahi min zalik! Alangkah hitam dan gelapnya hati kita. Sabda Rasulullah S.A.W :

“Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Persoalannya di sini, apakah kaitannya hati yang hitam dan gelap dengan ilmu? Hati yang hitam dan gelap akan menjadi keras. Hati yang keras tidak mampu merasakan manisnya sesebuah ibadah. Hati yang keras dan hitam tidak dapat ditembusi ilmu. Hal ini demikian kerana sifat ilmu itu sendiri umpama cahaya, cahaya mentari yang menerangi alam raya dengan sinarnya yang menyelusuri setiap inci perjalanan manusia. Seseorang pelajar yang kotor dan hitam hatinya sukar menerima apa yang dipelajarinya. Tidak hairanlah, jika kita baca sebanyak dan selama mana pun sesuati ilmu yang dipelajari di sekolah tetapi tidak juga masuk ke dalam memori ingatan dan hati kita. Andai pun kita faham, apakah ada daya dan kekuatan untuk kita mengamalkannya? Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud :

“Sekali-kali tidak! Bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Muthaffifin:14)

Oleh itu, peliharalah hati dengan sebaik mungkin agar tidak menjadi kotor, hitam, dan mati. Hidupkanlah hati dengan  mengingati mati. Gilapkanlah hati dengan zikrullah. Firman Allah bermaksud :

Ketahuilah! Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.”
(Surah al-Ra'd, ayat 28)

Momentum Keimanan : Hubungan Baik Dengan Allah

Kehidupan sebagai seorang pelajar dan mahasiswa tidak pernah terlepas daripada kesibukan. Dalam kesibukan menggapai kejayaan, kadang-kadang kita terlupa menjaga hubungan kita dengan Allah. Tidakkah kita ingat menjaga hubungan kita dengan Allah adalah prioriti kita sebagai hamba-Nya?
Oleh itu, kita perlu bijak membahagi dan mengurus masa. Kita perlu memastikan pelajaran tidak terabai, mutabaah amal tidak tunggang langgang, dakwah kampus atau sekolah terlaksana. Persoalannya, bagaimanakah kita perlu mengurus diri kita?

Pertama, perbaharui tekad dan momentum keimanan. Dengan adanya kekuatan iman, kita memiliki harga diri dan maruah hingga kita tidak bisa mengaku kalah dan berputus asa serta berselingkuh di atas jalan kegagalan dan kefuturan. Keimanan yang mantap pasti tidak akan tunduk kepada bisikan-bisikan syaitan yang menginginkan kita atas landasan kegagalan. Di sini, kita boleh melihat fungsi kerohanian dan mantap dalam mencetus kecemerlangan dalam apa jua lapangan yang kita ceburi, tidak kira dalam bidang akademik mahu pun bukan. 

Sesungguhnya, rohani yang suci dan iman yang teguh membakar semangat jihad kita dalam menuntut ilmu, mendorong kita untuk lebih bersabar, memberikan stamina perjuangan yang lebih mantap, melahirkan thabat dan keteguhan hati menjadi lebih sempurna dan akhirnya mendorong kita untuk bangkit kembali kerana Islam. Ketahuilah wahai pelajar, Islam memerlukan kita untuk mengisi ruang kekosongan cerdik pandai dan kebijaksanaan kepimpinan. Justeru, kuncinya mudah. Kebangkitam kekuatan spiritual, kerohanian serta keimanan kita kepada sang Khaliq. Yakinlah dengan janji Allah dalam firman-Nya :

“Jika kalian menolong (agama) Allah, maka Allah pasti akan menolong kalian dan mengukuhkan pijakan kalian”.
 (Surah Muhammad : 7 )

Sentiasa semat dalam diri, siapakah yang mengurniakan kejayaan kepada kita kalau bukan Allah S.W.T.

Peperiksaan Akhir

Akhirul kalam, mulakan perubahan atas desakan iman, dan jangan malu untuk memperbetulkan langkah semangat kita pada paksinya yang sebenar. Iman adalah kekuatan yang menggerakkan setiap mukmin. Iman yang menghadirkan kemenangan pasti akan melonjakan kita untuk sentiasa berfikir dan berfikir untuk bekerja dan bekerja, merangka strategi untuk cemerlang akademik, kebijakan dalam berdakwah dan sentiasa istiqamah dengan program tarbiyah.

“ Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.”
( At-Tiin: 4-6)

Dalam kesibukan kita bertungkus-lumus dalam menghadapi peperiksaan, ingatlah, kita punya satu lagi peperiksaan akhir yang mana akan menentukan pengakhiran kita. Pengakhiran yang hakiki. Sedarlah bahawa kehidupan duniawi cuma sementara. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang penuh dengan onak dan ranjau penuh duri. Peperiksaan akhir yang dimaksudkan adalah ketika di Padang Mahsyar kelak. Di sana, seluruh amalan kita akan dinilai. Tiada lagi guru-guru mahu pun pensyarah-pensyarah sebagai pemeriksa. Tiada lagi pengawas peperiksaan. Yang ada cuma bekalan amal kita dan anggota badan kita menjadi saksi atas segala tingkah laku kita semasa di dunia.

Jika kita menduduki peperiksaan, kita pasti akan dimaklumkan jangka masa untuk menjawab soalan. Namun bagaimana pula dengan kehidupan kita? Saat kita hidup adalah satu tempoh. Justeru tempoh itu terselit infiniti ujian. Namun penghujungnya kita sendiri tidak pasti bila tiba waktu akhirnya. Sedarkah kita kehidupan kita sehari-hari adalah dalam pengawasan Allah. Malaikat kiri dan kanan tidak putus mencatat amalan. Kita pastinya bertungkus-lumus memanfaatkan tempoh peperiksaaan. Bersungguh-sungguh tanpa melengah-lengah. Namun bagaimana persediaan kita untuk satu tempoh yang kita tidak tahu? Maka kita kena perlu lebih bersedia kerana pengakhiran kita masih rahsia.

p/s : ini merupakan artikel pertama saya sempena program Perkampungan Wawasan Remaja Islam Sarawak (PEWARIS). Atas saranan kak Shams, saya postkan di sini. Moga bermanfaat.


hati-hati membawa hati

masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi..
IKAN, tapi apabila ikan telah mati..
secubit garam pun mampu untu memasinkannya..

begitulah ♥ HATI
hati yg hidup sangat sukar dinodai,
tetapi apabila HATI sudah mati...
mudahnya dipengaruhi....

hati,
jangan biarkan ia mati,
kerana di situlah jatuhnya pandangan Allah,
di situlah letaknya pernilaian Rabb kepada kita,
di situlah tembusnya ilmu.

oleh itu, 
jaga lah hati.
agar tidak rosak,
supaya tidak kotor,
tidak keras dan akhirnya mati.



bukankah Rasulullah S.AW telah bersabda:

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ialah hati.
[Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari]

Tahukah kita, setiap satu maksiat yang dilakukan akan menyebabkan titik-titik hitam dalam hati?

“Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Apabila hati hitam keras sakit, sukar bagi seseorang itu untuk merasakan manisnya ibadah. Sukar untuk memahami suatu ilmu tersebut. 

Bagaimana nak gilap balik hati?

Oleh itu, peliharalah hati dengan sebaik mungkin agar tidak menjadi kotor, hitam, dan mati. Hidupkanlah hati dengan  mengingati mati. Gilapkanlah hati dengan zikrullah. 


Firman Allah bermaksud :

Ketahuilah! Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang.”
(Surah al-Ra'd, ayat 28)



p/s : pesanan buat diri. masa cuti, macam-macam cabaran. rindu nak usrah~~~

Monday, May 30

Tersadung Akar Ingatan, Lalu....

menyembam ke rumput kerinduan. [sambungan tajuk]

Assalamualaikum & hye peeps. 

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Terima kasih Terima kasih Terima kasih. 

Program PEWARIS baru sehari berlalu, tetapi sudah rindu. 
Rindu semua rakan-rakan fasi & adik-adik kumpulan.
Perasaan rindu, anugerah Allah. 
Tanda sayangnya kita pada seseorang tersebut.
Tanda istimewanya orang tersebut kepada kita.

SAHABAT itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa BAYANGnya...
Ku harap mekar di hati,
Agar persahabatan suci ini,
Kan terus mantap,
Menjadi syafaat,
Terukir indah di pintu Jannah

Betapa indahnya ukhuwah. Indahnya bagai tersusun madah. Semurni pantai yang putih bersih. Semoga ukhuwah yang terpatri tetap utuh hingga ke akhir hayat.

dan semoga dengan bercambahnya perasaan rindu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, akan bertambah kekuatan untuk ku menyintai Mu. Ku pohon agar Kau sentiasa bersamaku ya Allah kerana sesungguhnya aku amat merindui Mu.

Amin Ya Rabbal'Alamiin
 
 
Sahabat Ibarat Mentari 
 
 

Di siang hari,
Sinar mentari menyelaputi alam,
tanpa henti,
tanpa jemu,
Di malamnya,
walau tiada mentari,
Tetapi sang rembulan mewakili,
itulah ibarat sahabat sejati,
seringkali menyuluh jalan,
menyinari kesedaran
bila berjauhan,
tetap tegar mencapainya

p/s : terima kasih kepada Maryam, Kak Shams, Auntie Am atas unexpected birthday cake masa program. Kepada siapa-siapa yg meletakkan birthday card kat dalam beg laptop, terima kasih terima kasih.  

TERHARU TERKEDU TERKESIMA TER...IMA KASIH...!!!! 

p/s kepada p/s : kepada adik-adik program, InshaAllah kita jumpa lagi. Rindu kitak orang! 

p/s kepada p/s kepada p/s : BAHAGIA, malam tadik main-main DSLR. Nikon D5000~ hope to have one. bak kata mak, "mun kitak dapat medic, mak beli sigek..." hmmm..tunggu kamek keja jak makkk....

Thursday, May 19

nukilan separa sedar

Assalamualaikum & hye peeps.

separa sedar sebab baru makan pil flu...aaaaa...aaaaaa.aaachooooooooo~
(sakit itu bagus bagi orang banyak dosa macam saya sebab ia kifarah dosa) 

Atas dasar cintaNya kepada kita,
Dia turunkan ujian kepada kita,
Atas dasar cintaNya kepada kita,
Dia menguji rasa cinta Kita kepada-Nya..
Supaya kita kembali ke jalanNya
Jalan yang tiada penghujungnya...
*copy dari rummate terchienta*

Actually, I'm not sure where to start. *mode frust dengan English tapi pake juak english*
I'm using technology. Oh IT. huhu.
Maths? huhu. I'm dealing with math. Everyday.
*Mencarut ngerico*

Astaghfirullah. Tak boleh frust-frust. Syukur. Syukur. Alhamdulillah.
Biarpun subjek generik semua menurun bukan sebarang menurun tapi bergolek-golek..
sekaligus menurunkan pointer tergolek disebabkan subjek generik itu,
kita kena bersyukur. 


redha dan berlapang dada dengan apa pun pemberiannya.
nasib baik dia bagi, kalau tak?
ternganga melopong semua heh.
Ingat, kita takkan sentiasa dapat apa yang kita mahu. 
Kita tak tahu, apa yang kita mahu itu betul-betul kita mahu.
takpun apakah yang kita mahu baik buat kita. 
kita tak tahu,
mungkin Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik buat kita.
sebab?
Si Dia Maha Mengetahui.
Berprasangka  baik dengannya.
Bukankah
ALLAH S.W.T. berfirman :
“Aku sesuai dengan husnuzhon hambaKu terhadap-Ku”
 
Dia ada cara yang tersendiri mencatur kehidupan kita.
Cara Dia sangat sweet
Dia tak bagi direct.
Contoh, kita nak pelangi.
Tapi Dia bagi awan mendung.
Terus gerimis turun.
Kita sedih. Tapi sebenarnya, Dia nak beri pelangi buat kita.
sweet kan?
dalam masa sama, Dia didik kita dulu. 

apa-apa pun yang berlaku lepas ni,
berprasangka baik padaNya.
Bersyukur jangan sekali lupa.


p/s : Dapat result hari ni. Alhamdulillah, meningkat dari semester lepas. Tapi tak pasti dapat medic ke tak~ doa.doa.doa.kerana ia senjata.

p/ss : update ringkas jak. maaf andai ada mencarut sikit.



 

Saturday, May 14

info : Asasi UNIMAS

Assalamualaikum & hye peeps~
For those who'll pursue their education in Asasi Unimas, congratulations. I bet a biggg "??" in most of your cerebrum right now. So, I'll explain a lil' bit about Asasi Unimas. (Based on what I've experienced...)

Q : Where do we stay when we are in UNIMAS?
A : Kolej Seroja 

Q : Kolej Seroja? How is it?
A : Not too good, not too bad. Just nice. Well-equipped with some facilities. Room, spacious. My friends from other matriks/U told that our room were more spacious than their rooms. Toilet? OK. Bathroom? OK. Cafe? Not bad. Got gym here. Ampaian? OK, not bad. WiFi are available.  The most important thing, bukan atas pokok, no head hunter. (most of my friend from semenanjung thought yang diorang akan tinggal dalam hutan dengan dikelilingi head hunters) =_="

Q : How many subjects?
A : Overall 7. Core subjects are Bio/Phy (if u're Physical Students, u'll be taking Physics, if u're Hayat students, u'll be taking Biology), Mathematics and Chemistry. Generic subjects are IT, English, Leadership and Society, and Critical Thinking. 

Q : How was the lecture? Notes will be given or not? How about reference books?
A : Lecture will be conducted from Monday to Friday, 8AM till 5PM (subject to timetable and changes). Notes? Yes. For Chemistry and Biology, notes will be given whether in pdf, slides or may be in hard copy. But, there are some lecturers will not giving any slides or notes. So, make full use of technology. Use camera or handphone to take the photos of the slides. About reference books, there are loads of reference books that have been used. Actually, slides are complete enough, but if you want a better understanding, buy Campbell (for Biology) or some matriculation/STPM books. 

For mathematics, Asasi UNIMAS follows matriculation syllabus. Hence, by having matriculation book for Mathematics should be enough. 

For physics, I'm not really sure but based on what I observed from my friends, they used Matriculation/STPM books.

Q : Are there any extra-curricular activities? 
A : Yes.

Q : Where to buy foods such as biscuit, Milo, nescafe etc? Shampoos? Toothpaste?
A : Unaco, Everrise and there are lots of shops out there. Just exercise a lil bit and you'll be there. hehe :)

Q : How far is the city from UNIMAS?
A : About 20-30 minutes. There are buses (even UNIMAS buses),vans or you can even rent a car.

Q : After asasi, do I need to stay in UNIMAS or I can apply for other universities?
A : You have to stay in UNIMAS for your degree.

One more thing, based on what my lecturers said, if you really want to do medicine for degree, UNIMAS is the best choice. The chances of doing medicine is higher than other universities. Provided with your excellent result laa..(don't you ever expect of doing medicine if you're playing around, not serious with your studiesss...*dush..terkena aku!*) 

One one more important thing, when you are here, there are a lot of usrah here. Just join one of them. InshaAllah, TIADA YANG MENGECEWAKAN BILA ANDA JOIN USRAH.

I think, all of those Q&As are complete enough to answer all questions in your cerebrum. Any question? Just ask. Leave comment. But, if there are differences of what I've told you and the real situations, I'm sorry. I wrote this based on my experience.