Saturday, April 23

rindu


rindu. tiba-tiba pulak rindu. haizz..
malas nak taip.
letak gambar je la. 


rindu sekolah...





rindu homestay.

rindu kucing.



akan. rindu kat asasi.


Friday, April 22

Saya takkan lupa tarikh 22 April 2011

Assalamualaikum & hye peeps~

22 APRIL 2011
Pertama kali tengok tahi bintang!!!!
Allahu Allah.
SubhanAllahhh.

(bukan gambar sebenar) 

Thursday, April 21

tanpa tajuk

tengah-tengah malam.
ditemani lagu-lagu edcoustic.
layan. 
haha. 
btw.
bukan nak hapdet panjang pun.
just nak cakap.


Manusia tak dapat dan takkan pernah dapat menandingi ciptaan Allah.
Biosphere 2? (human-made artificial ecological system)
Semua proses tunggang langgang. 
Batang pokok yang tak kuat la.
Sebab?
Tak da angin.
Carbon dioxide fluctuates.
Sebab?
Allah Maha Hebat! Manusia takkan mampu menandinginya..
Semuanya teratur. Patuh. Tak tunggang langgang. 
Dia Maha Hebat!
fullstop. 
.
.
.


bukankah hati kita telah lama menyatu...
dalam tali kisah persahabatan ilahi...
pegang erat tangan kita terakhir kalinya...
hapus air mata meski kita kan terpisah....
*karaoke sorang sorang*


alamak. orang sebelah menyebelah dah tidoo...
.
.
.
toleh belakang. 
Angelino Juling dok atas katil akuuu!!!!! 
*publish post sebab nak alih kucing*


Examination, soon.

"... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
(Ar-Ra'd : 28)

Tuesday, April 19

andai yang diidam tak kesampaian...

Assalamualakum & hye peeps.


Dah pukul 1 pagi. Nak tido tapi tak boleh tido. Nak study tapi tak boleh nak masuk lagi dah. So, tangan pun gatal nak tarik laptop. Klik facebook. Kat wall. Ada satu post seorang sahabat yang agak menyentap. Tersentap kaw-kaw di tengah-tengah malam macam ni. 


" xdpt jd doktor x bermakna hidup kte akn berakhir,,,kte mrncang,Allah yg tentukan.....Allah sje thu ap yg terbaik utk hambanya,,,aslkan ad usaha n tawkkal=) "

cerita pasal nak buat medik ni, memang dah cita-cita Min sejak kecik. Orang tanya, nak jadi 
apa, Min akan jawab, nak jadi doktor. Sampai sekarang, cita-cita tak pernah berubah. (walaupun dah start terfikir alternatif lain...) Namun diri ini sedar yang harapan untuk menggapai cita-cita sejak kecik tu agak tipis. Tapi, tak semestinya kita terus berhenti berlari mengejar cita-cita tu kan? USAHA. USAHA! DOA! DOA! DOA! tiada yang mustahil bagiNya. Cuma, tak berani nak meletakkan harapan terlalu tinggi.



Andai apa yang diidam-idamkan tak tercapai... 




BERPRASANGKA BAIK PADANYA!

Itu yang penting. Sebab kita tak tahu apa yang terbaik buat kita seperti yang telah termaktub dalam surah Al-baqarah:216. 


".....Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, tetapi ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..."


Kita tidak tahu, tetapi Dia-lah yang Maha Mengetahui.






TAK BERMAKNA HIDUP KITA AKAN BERAKHIR.


Siapa kita yang nak merasakan hidup kita berakhir di situ sahaja andai tak dapat apa yang kita idam-idamkan?  Ingat, tak semestinya tak dapat apa yang kita nak, kelam gelap blackout terus dunia.  Siapa tahu, Allah punya perancangan yang lagi baik buat kita pada masa hadapan. Kita merancang, Allah merancang. Allah jualah sebaik-baik Perancang. 




RAHMAT ALLAH LUAS 


Rahmat Allah tak terhenti andai kita tak dapat apa yang kita nak. Luas. Sangat luas. Yang penting, jangan putus usaha. Usah putus asa. Doa jangan putus. InshaAllah rahmatNya takkan putus.  So, chill la bro! (hah sudah..) 




CARI HIKMAHNYA.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan anggap apa yang terjadi kepada kita adalah kerana Allah saja-saja nak aniaya kita.

"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." 
Surah Fussilat:46


ALLAH BAGI JALAN NAK TAMBAH IMAN


firman Allah taala : apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji? (SURAH AL-ANKABUT:2)    




Kesimpulannya, jangan la kecewa andai tak dapat buat medik ye Jasmin...dan kawan-kawan. Teruskan usaha! Teruskan berdoa. 

Monday, April 18

immunology.

tengah-tengah menghadap slide immunology yang sebanyak 272 slides ni. 
terfikir pulak.
bukan manusia sahaja perlu immune sistem,
tapi hati kita pun sangat-sangat memerlukan immune system yang kuat
ya. 


hati memerlukan immunity yakni IMAN.
hanya iman lah yang mampu menjaga hati kita.
immunity IMAN ini menghalang pathogen-pathogen MAKSIAT ni bertakhta kat hati.
takut-takut kesan-kesan hypersensitivity TITIK HITAM mula bertapak. 
bahaya.bahaya.


so. 
nak elak hypersensitivity TITIK HITAM ni bertapak,
siapkan lymphocyte-lymphocyte MUJAHADAH.
B-cell TUNDUKKAN PANDANGAN
T-cell MUHASABAH DIRI.
Natural killer buang TITIK HITAM kat hati.


persoalannya. 
bagaimana pulak IMMUNITY IMAN kita?
cukup teguhkah melindungi hati kita? 
renung-renungkan. 
tingkatkan immunity iman kita. lindungi hati.
kerana.


“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.


aduh. masa dah time. time is running. sambung. apa2pun, moga dapat manfaat. maaf andai term2 yang tak difahami. term biology.