Tuesday, February 22

baju compang-camping.

Assalamualaikum & hye peeps.


Lama sungguh Min tak update. Maaf. Idea tandus. Jemari terpana. Kesian.


Perlu masa. 
Ya, memang perlu masa + tekad yang membulat.
(kenapa membulat ek? tak menyegi empat? hah, sudah..melagho...LAGI.)
Eh...
tok..tok...(bunyi ketuk pintu...)
apa yang perlu masa nya?
apa yang perlu tekad nya nih??


Sayonara Jahiliyyah.




susah kan?
nak tanggalkan "baju compang-camping jahiliyyah" dari badan kita ni kan?
kita bukan tak tahu.
kita bukan tak faham.
tapi...
kenapa susah ek?
nak buang benda alah jahiliyyah..
benda alah lagho tu dalam diri ek?


teringat satu "conversation" (maaf, tak ingat dalam bahasa melayu die ape.) dengan roommate.


"lagho tu indah. menurut nafsu itu indah. tapi lagi syurga lagi indah, kan?" 


epppp..
macam mana lagho tu indah ek? menurut nafsu tu indah ek?


ok, gini...
den nak tanya nih...
best tak tengok movie sampai lewat malam.
sampai tak tido?


ouchhh...!


best kan?
tu la keindahan lagho tu. 


kawe tak pahe ni..
kawe tak minat tengok movie...
kawe minat tengok korea...
depa nyanyi. nari-nari.
cunn gilerrr..
sekolah si cantik gilerr!
hensom.hensom. super junior. DBSK. ape lagi?


dushhh...! kene lagi!


haaa...tu la den cakap. 
yang tu.
lagho la tu.


alamak. 
memang susah betul nak buang baju compang camping jahiliyyah ni. 
tak semudah menulis semua perkara jahiliyyah yang kita pernah buat kat atas kertas then buang seperti yang Min buat kat daurah hari tu.


Ehem.ehem.
macam mana kalau kawe ikut jalan islam tapi buat jugak benda-benda jahil lagho tu?


Haa... 
senang je. 
Islam dan Jahiliyyah adalah benda yang opposite kan?
So, they will NEVER EVER AND ALWAYS NEVER EVER AND FOREVER NEVER EVER meet each other. 
Senang. kalau pilih jalan Islam. buang la perkara jahiliyyah tu. 




Alamak...susah nya. Habis, takkan berhibur sikit pun tak boleh kot??


Islam tak susah dan tak menyusahkan. Banyak jer alternatif lain. Kalau minat muzik, dengar la nasyid. Tu, maher zain ada, raihan ada, sami yusuf ada. banyak je lagi. Kalau minat muzik ala-ala rock sikit, ade je muzik nasyid yang rock rock. Al-farabi band ada. Ape lagi ek? sory, hamba tak tau lagi. Kalau tak minat nasyid. Pi la bersukan. petang-petang main bola tampar ke, badminton ke, terkurang la sikit masa nak buat benda-benda lagho ni. Lemak pun terbakor. Sihat. Minda cerdas. oksigen cukup naik ke otak. Senang nak study.


dan ini sambungan kepada conversation Min dengan roommate Min. 


"sanggupkah kita gadaikan keindahan syurga yang hakiki demi keindahan duniawi yang sementara?"


Min.sahabat-sahabat.
fikir.renung.muhasabah.











Thursday, February 17

sakit dan kosong.

sakit dan kosong.
rohani lama tak terisi. jiwa terasa kosong. 

maaf. saya tak mampu nak update panjang. hanya tiga perkataan di atas sahaja yang mampu saya tulis. maaf sekali lagi. 

saya rasa saya punya masalah. tapi saya tak dapat identify masalah tersebut. nak menulis, jemari terpana. mungkin tak cukup ikhlas untuk menulis. sebab tu sukar untuk istiqamah. maaf sekali lagi.

Wednesday, February 9

Malam Penghargaan Rasulullah SAW 1432H.

Assalamualaikum & hye peeps!

Hebahan..hebahan..! 






klik untuk gambaran lebih jelas

Rasulullah s.a.w. adalah sosok insan paling mulia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagai rahmat buat sekalian alam daripada awal sehingga akhirnya. Baginda merupakan kekasih Allah s.w.t. yang kerananya maka segala ciptaan Allah s.w.t. yang lain diciptakan. Bagindalah yang seharusnya menjadi tauladan buat seluruh alam sepanjang zaman.



Kelahiran baginda merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah s.w.t. yang diangkat sebagai Rasul mengeluarkan alam daripada kegelapan kejahilan kepada sinar cahaya kebenaran dan keadilan. Baginda diturunkan oleh Allah s.w.t. sebagai penyelamat alam bukan setakat di dunia malah di akhirat dengan syafaat yang dijanjikan buat mereka yang mengimani keesaan Allah s.w.t. sebagai Tuhan dan diri baginda sebagai Rasulullah.

Pada 12 Rabiul Awal saban tahun sejak Baginda dilahirkan di Hijjaz, Semenanjung Tanah Arab, maka diraikan Baginda sebagai menjunjung kekasih Allah s.w.t. dan tanda kasih dan cinta ala mini kepada Baginda. Sedangkan Baginda sendiri mensyukuri kelahiran Baginda pada setiap Isnin iaitu hari kelahiran Baginda, apatah lagi kita umat Baginda yang berjalan menelusuri sunnah kehidupan Baginda. Tiada sosok tokoh yang selayak Baginda untuk diteladani sepanjan zaman.

Maka, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan rakan-rakan kerjasama yang terdiri daripada YADIM Zon Sarawak, Taski ABIM Sarawak, Liga India Muslim Kuching, IGMS, Madrasah al-Khairat, Hawary C&M dan HIKMAH menganjurkan Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w. dengan tema 

“Tauladan Sepanjang Zaman: Malam Untukmu Wahai Kekasih Allah”
sebagai tanda kasih dan cinta serta junjungan kita kepada Baginda supaya sampai diri kita yang daif lagi hina ke hamparan sembahan taqwa bertemu Allah s.w.t. di dalam rahmat kasih dan sayang-Nya.

maaf Pak Cik Henry

Assalamualaikum & hye peeps. 
ENTRI KALI NI AGAK 
SKEMA SIKIT.
lagho banyak. 
kalau tak nak teruskan, cari butang [X] merah di penjuru kanan atas. 
-terimakasih-

Merujuk kepada tajuk di atas, saya ingin meminta maaf banyak-banyak kerana telah merosakkan usaha gigih yang telah Pak Cik Henry buat bertahun-tahun lamanya. Maaf. Bukan itu sahaja. Banyak lagi yang telah saya rosakkan. Doakan markah Chemistry saya tidak rosak. Sebelum saya melagho lebih banyak, lebih baik saya klik "publish post".

Apa-apapun, saya masih cintakan Chemistry. 

"kahwin tak tanya markah Chemistry."




Saturday, February 5

lu tak boleh sambut valentine's day ka? but why?

"Allahu Allah..." getus hatiku. Persoalan demi persoalan yang baru ditujah oleh Janet sebentar tadi memberatkan kepalaku yang sedia berat dengan assignment, report dan exam segala. Berat, memang berat persoalan yang ditujah bertubi-tubi kepadaku. Sebentar tadi aku melayari laman sosial, Facebook. Kukira hendak merehatkan sedikit fikiran yang bercelaru. Tiba-tiba,


*ting..ting...*


Bunyi yang bukan lagi asing tersebut menandakan seseorang hendak chatting denganku.


"Janet.." monologku separa berbisik.
"Tak pernah-pernah Janet chatting denganku, entah mimpi apa dia ni." sambungku lagi. Bermonolog sendirian.


*open chatbox*
Janet : Syifa....
Syifa': Ye Janet, ade ape?
Janet : Can I ask something ka? Just wanna kill the curiosity. huhu.


"Allah. Soalan apa yang Janet nak tanya ni. Janet speaking...so aku kena speaking jugak la ni." getus hatiku sambil mengerutkan dahi. Sememangnya aku akui aku lemah dalam bahasa Inggeris. Namun begitu, tetap kugagahkan diri untuk menyambung perbualan dengannya. Bimbang menimbulkan prasangka tidak baik kepadaku apatah lagi kepada Islam.


Syifa' : Sure my dear Janet. U may ask anything. Neway, curiosity always kill the cat right? Hahah..kidding.~ :P
Janet  : I wanna ask sumthin, but it's quite a sensitive issue and...
Syifa' : and..?
Janet  : it might be quite offensive for u.


"Offensive? Apa maknanya ni? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan." Aku terus membiarkan jari jemariku menari-nari di atas keyboard.


Syifa' : huhuhu..it sounds serious, i guess. Hmm..its ok..juz ask. InshaAllah i'll try my best to answer your qs.
Janet  : hmmm..where 2 start huh? ok..juz now I saw someone create an event on fb. ban valentine's day event. I'm juz curious, why ur Islam banned valentines day? hard feeling about this. huhuhu.


Soalan yang diutarakan cukup berat. Kalau yang Islam bertanya kenapa valentine's day haram, sudah tentu agak mudah untukku menjawabnya. Apa-apapun, aku harus menjawab soalan tersebut sebaik mungkin.

Syifa' : Janet, before that, sory if those thing hurt ur feeling. Btw, actually it's simple. it's not our religion practice.
Janet  : Errr...xplen further, cud u??
Syifa' : Valentine day is celebrated to honour Saint Valentine. Am I right?
Janet  : Yup. 
Syifa' : Valentine's day is derived frm ancient Christian & Roman which is not belong to muslim. Ok, let me give an exmple. In our religion, we celebrate awal muharram, which indicate the new year have started. Did u celebrate the same too? No, right? Why? it simply bcoz it's not belong to ur religion. Same goes to us. We did not celebrate Valentine's day because it's not our celebration. 
Janet  : Oh i see. I understand honouring St. Valentine part and i luv ur example too. But, i really need more reasons why
Syifa  : wait ahh..haha.i wanna add sumthing. that event is created is just to make muslim aware of this. Some of muslim still dunno that we can't celebrate Valentine's day.
Janet  : OO..like that ka? O..now i understand why. So, are there any other reasons why u don't celebrate valentine's day?
Syifa' : Janet, our religion doesn't need one particular day to express our love. Every day is lover's day. No need one specific date to express our love to our loved one. We should love them everyday. No limitation. 
Janet  : Oh..okay okay. u celebrate love everyday la kan? Yeah, it would be sweet if u express ur love everyday. Haha..
Syifa' : hihihi..only if u're married. hehe. 
Janet  : huh. i think i got it now. no more hard feeling. peace. haha. btw, thanks ya!
Syifa' : Welcome. Here some words for u. "For you your religion, and for me my religion.”
Janet  : Wahh..nice quotation..Ok...till then, gtg. thnx once again. C u in class 2morrow. don't forget. assignment.hahaha
Syifa' : ohhh..huhuh...ok. nite. tc.


Janet went offline.


"Janet, andai kau tahu, ayat terakhir tersebut bukanlah kata-kata dariku. Tetapi daripada Allah. Dalam surah Al-kafiruun ayat 6. " aku bermonolog lagi. Alhamdulillah, aku dah cuba yang terbaik. Mudah-mudahan apa yang aku ingin sampaikan sampai kepada Janet dan tidak lagi menimbulkan salah faham. Aku melangkah menuju ke katil kesayanganku dengan senyuman. Aku merebahkan diri ke atas katil dan tidak lama kemudian...zzzZzzzzzZzZ..

p/s: terima kasih kepada sahabat-sahabat atas pandangan kalian sehingga terhasilnya cerpen..err..tak jugak cerpen, emmm..kisah kot. jika terdapat sebarang kekurangan, harap maaf. sekadar inisiatif yang Min ambil. Kalau ada sebarang kesilapan, sila tegur & comment cepat-cepat.