Wednesday, May 28

Mahalnya Islam

Islam itu mahal. Terlalu mahal harganya. 

"Andai kau memiliki dunia dan seisinya, dan ditambah lagi dengan jumlah setara itu, jika kau tak punya iman, kau akan duduk di neraka selama-lamanya..." -quoted-

Kerana tahu mahalnya Islam itulah menyebabkan Saiyyidah Khadijah tatkala ketika dia mahu pergi menemui Ilahi, dia tidak punya apa-apa. Kain menutupi badannya cuma cukup-cukup. Hanya itu. Seluruh hartanya telah diinfaqkan untuk Islam. 

Kerana tahu tingginya Islam itulah menyebabkan Saiyyidina Abu Bakar hanya berpakaian guni berbutangkan duri kerana seluruh hartanya diinfaqkan untuk peperangan. Perang Badar, Uhud, Tabuk. Yang ditinggalkan untuk anak dan isterinya hanya Allah dan RasulNya.

Kerana merasa berharganya Islam, tatkala diseksa sehingga berbara-bara tubuhnya di padang pasir, diseret bawah mentari yang terik dan dihempap dengan batu besar, ia hanya menyebut "ahad...ahad...ahad..." dan mempertahankan aqidahnya. Tak rela ia berpaling semula walaupun jiwanya mungkin terancam. 


Mereka ini telah membayangkan syurga di depan mata. Yakin.

Begitu besar pengorbanan mereka. Ini baru sebahagian. Ramai lagi kisah pengorbanan para sahabat yang terlalu banyak untuk dinukilkan di sini.

Akhawat...

Mereka telah membuktikan mereka layak untuk mendapat syurga Allah dan bertemu denganNya,
Maka apakah pengorbanan yang telah kita lakukan bagi membuktikan bahawa kita turut layak menempah syurga-Nya....

dan bertemu dengan Allah?

Cukupkah sudah sekadar masih berbasa basi untuk membahagikan masa kita?
Cukupkah sudah sekadar tidur sepanjang hari mahu berehat semata-mata?
Atau cukup sekadar 4.00 cgpa peperiksaan?

Tidak. Tidak cukup.

Akhwat...(LEBIH UNTUK DIRI!)
Syurga itu mahal.
Kuncinya pada Islam.
Pada Islam itu adanya kemuliaan,
Pada kemuliaan itu pula letaknya tanggungjawab.
Dan setiap tanggungjawab itu,
memerlukan PENGORBANAN.

PENGORBANAN YANG BESAR.
Bukan biasa biasa.

Monday, January 20

Atiq, kita jumpa di syurga na?


Assalamualaikum wbt. 

Agak lama tak mencorak tinta di sini. Sibuk? Bukan aula’? Atau itu alasan cuma? Apapun, Teringin nak berkongsi serba sedikit tentang apa yang berlaku pada minggu minggu yang lepas. Ia berbentuk lebih kepada cerita, maka, bertahanlah ye. 

12 Januari 2014 

Petangnya dengar khabar dari murabbiyah arwah, bahawa arwah hilang. Belum merasakan kerisauan sehinggalah membaca post dari Hemnaarth di wall group biotech. Eh, macam kenal? Atiq. Hati mula risau. Persediaan untuk peperiksaan esok hari mula diletakkan ke tepi. Malamnya, lepas maghrib akhwat Baiturrabiah terus mengerjakan solat hajat meminta perlindungan daripada Allah supaya melindungi beliau. Akhwat yang duduk di dalam pulak mengusahakan utk mencari beliau dengan cara perubatan Islam. Kami di luar pula menggencarkan penyebaran poster di media sosial. 

Selepas menghantar akhwat yang menggunakan kereta aku kat dalam unimas, aku mengambil keputusan untuk melilau-lilau mencari. Oleh kerana sendirian, aku hanya sekadar berada di dalam kereta. Kolej TAZ, Kolej Cempaka, laluan tempat arwah ditemui dan akhirnya ke kampus timur, aku lalui. Dengan harapan, kot kot lah jumpa beliau di tepi tepi jalan. Namun hampa. 

Malam tu sangat tak tenang. Aku langsung tak boleh nak belajar untuk exam keesokan harinya. Dalam hati, tak henti henti berdoa pada Allah, supaya Allah melindungi arwah. Malam tu, kalah dengan emosi, menangis dan akhirnya tidur tanpa baca sedikitpun untuk exam keesokan harinya. 

13 Januari 2014

Bangun pagi, gusar belum hilang. Aku memohon benar-benar padaNya, agar diberikan ketenangan hati dan keberkatan waktu. Kerana waktu begitu singkat untuk aku mengulang kaji perkara yang dipelajari satu semester. Aku cuba menggunakan sisa 2-3 jam yang ada untuk fokus membaca semua nota-nota yang ada. Aku memilih milih bahagian mana yang aku rasakan masuk, untuk difokus betul betul.Dan subhanallah, aku merasakan begitu mudah sekali untuk mengingat. Sesungguhnya, inilah bantuan Allah, dan tanpa bantuanNya, aku pasti tak mampu nak ingat secepat itu. Di dewan exam, aku dah bernekad, selepas sejam, aku perlu keluar. Sebab aku perlu mencari arwah. 

Dan subhanallah, sekali lagi bantuan Allah datang. Segala apa yang aku baca 2-3 jam sebelum exam, itulah yang masuk. Dan seolah-olah aku boleh membayangkan slide-slide tersebut tanpa sedikit ayat pun yang tertinggal. Alhamdulillah. Dan aku jadi malu. Rasa begitu tak layak utk dapat pertolongan Allah, tapi Dia masih lagi mahu menolong hambaNya yang banyak dosa ni. Huhu. Selepas sejam, aku terus keluar daripada dewan. Aku terus bergerak ke cempaka. Pada hari itu kami mencari di banyak tempat. Cempaka, Kompleks Sukan, Pusat Islam, laluan belakang allamanda dan kembali ke TAZ. Namun, sekali lagi hampa. 

14 Januari 2014. 

Paginya ada meeting. Selepas meeting, kami mengambil keputusan untuk terus mencari. Aku melilau-lilau di sekitar kolej TAZ, cempaka dan akhirnya di Pusat Islam. Di Pusat Islam, setiap ceruk dan sudut yang ada diperiksa. Setiap bilik tandas, pejabat, ruang solat, hutan, atas tangki air, bawah, semuanya. Kerana pada waktu itu, dalam hati tersemat satu keyakinan yang sangat tinggi bahawa hari ini Atiq pasti akan dijumpai dan Pusat Islam adalah titik pertemuannya. Tengah aku mendaki atas tangki air, tiba-tiba orang-orang Jabatan Pertahanan Awam mendekati kami. Pada awalnya aku ingat mereka nak marah aku yang mendaki atas tangki tersebut. Yalah, bahaya kan? Rupanya telahan kami salah. Mereka ingin menumpang kereta utk ke suatu tempat, di mana dikatakan ada mayat dijumpai. Jantungku serasa nak terhenti. Mayat dijumpai? Atiq kah? Aku cepat-cepat membawa mereka ke tempat itu. Kalau boleh, pedal minyak nak ditekan sehabisnya, segala bonggol nak diredah begitu sahaja. 

Tiba di tempat kejadian. Aku terpana. Setengah percaya setengah tidak. Itu yang aku rasa. Mataku masih terpacak pada jasad yang timbul dalam anak sungai di UNIMAS. Kaki ku menggeletar. Dalam hati melawan rasa-rasa yang timbul. Mulut tak henti-henti istighfar, sekali sekala berbicara, “oh itu bukan dia. Tak mungkin dia, sebab dia macam ini ini ini, tapi yang ini macam itu itu itu…” Macam-macam. Antara untuk bersangka baik pada Allah atau untuk menidakkan, aku sendiri tidak faham emosi aku pada waktu itu. Namun akhirnya, aku terduduk di ruang belakang kereta, dan tanpa mampu ditahan-tahan lagi, air mata aku jatuh bercucuran. Menangis semahunya. Kemudian datang classmate aku, Anees Darman, memelukku dan memujukku.

“Jasmin tak boleh macam ni. Allah dah takdirkan macamni, Jasmin kena banyak-banyak sabar, kena kuat. Dah, jangan nangis-nangis lagi.”

Ayatnya simple. Menenangkan, dan sedikit sebanyak membantu aku untuk mengawal emosi yang dah tak berapa nak stabil. Dan juga mengingatkan aku bahawa segalanya telah ditakdirkan oleh Allah. Terima kasih anees. 

Nak dipendekkan cerita, jenazah itu telah disahkan dan ya, itu adalah Atiq. Dan hari seterusnya, jam 4 petang setelah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan, beliau diterbangkan balik ke Penang.



Aku rasa antara percaya atau tidak. Belajar dan masih bertatih untuk redha akan ketentuan Allah. Peristiwa perginya seorang akhwat ini, aku kira sangat merobekkan hati-hati insan di sekelilingku. Mungkin juga peristiwa yang membangkitkan jiwa yang tidur dan mengetuk hati-hati yang sedang lalai, bahawa kita suatu hari pasti akan pergi menghadap Ilahi. Tak kira siapa, di mana ataupun bila. 

Persoalannya, cukupkah bekalan? Dan bila ditakdirkan Allah mematikan kita sekarang, apakah amalan yang kita buat itu sudah melayakkan kita untuk mendapatkan rahmat Allah dan akhirnya dengan rahmat Allah itu kita ke syurga? 

Namun, kita sedar, tapi masih lagi lalai.
Benarlah kalamNya, 

"Telah hampir kepada manusia(masa) perhitungannya sedang mereka berpaling dari kelalaian. Tiada kepada mereka peringatan (Al-Qur'an) dari Tuhannya melainkan mereka dengar dan mereka permain-mainkan. Sedang hati mereka lalai.." (al-anbiya':1-3)

Sungguh, peristiwa itu sangat terkesan bagi aku. Even sampai sekarang sekalipun. Ada-ada sahaja memori bersama, tanpa diminta pop out dalam minda. Mungkin sebab arwah selalu bertandang ke rumah, selalu ambil arwah untuk ke program tarbiah, pernah pinjam kereta, selalu borak dengan arwah di media sosial, selalu buli arwah, selalu share buku yang dibaca sebab arwah ni suka membaca. 

Boleh dikatakan, setiap sudut tu mengingatkan aku pada beliau.
 
Apapun, berani aku katakan, matinya menghidupkan. Walaupun serasa aku dibenamkan nun jauh ke bawah dek kerana peristiwa ini, tapi aku merasakan ia sedikit sebanyak merawat hati yang selama ini sedang sakit. Seolah dirasai semula kemanisan ibadah dan iman itu. 

Atiq, sesungguhnya Allah sayangkan kamu. Sebab tu Dia ambil kamu dalam langkah kamu bermujahadah menuju ke arahNya. Subhanallah. Kamu telah bertemu pencipta kita, dan aku pula bila? Kamu telah melakarkan jalan pulang kamu, dan aku pula bagaimana? Atiq, kat dunia, kita pernah bercipiki cipika, berborak, bergurau senda. Dan ketahuilah aku sangat merindukan kamu, Dan moga-moga di akhirat nanti Allah izin kita bercipiki cipika semula, berpelukan semula. Mungkin masa tu akak dah tinggi sikit kot, tak perlu la Atiq sakit belakang tunduk ye ?hehe. Tunggu akak atiq! 

Dan moga ia menjadi sesuatu yang menggerakkan amal-amal kita dan membawa kita memacu lebih laju dalam dakwah dan tarbiah. Atiq, Allah dah rehatkan kamu, dan kami ini masih lagi berhempas pulas untuk menuju kerehatan yang sebenar itu. 

Allah, terima kasih atas pinjamanMu ini. Walaupun pertemuannya begitu singkat, tapi aku sangat bersyukur diperkenalkan dengan insan yang begitu komited mendamba redhaMu. Dan ya Allah, aku tahu, Kau ingin sedarkan kami, tiada yang kekal di dunia ini. Dan yang kekalnya adalah akhirat yang abadi. Dan mudah-mudahan Alllah matikan kita dalam khusnul khotimah. InshaAllah.

Wednesday, October 9

Siapa kata sibuk tak boleh cemerlang haaa?

"Hang ni dah final year. Hang fokus la pada study hang. Tak payah lah sibuk dengan usrah-usrah, daurah-daurah liqo' segala bagai tu."

"Alaa, selama ni aku busy jugak, tapi aku dean's list je?" 

"*panggg*"

ok. contoh tak berapa nak kena.  Macam ada bau-bau riak kat situ. Eh tapi perlu jugak buat cenggitu kalau dah macam tu bunyinya. Tapi tiada kaitan dengan saya okay? hoho. 

Biar sampai orang kata, 


"wahh, osemnya orang dakwah. Sibuk ke hulu ke hilir, tapi study tetap mantop. Nak join boleh?"

cenggitu haaaa.


Dakwah VS study


Ada kata-kata yang menyatakan bahawa

"Dakwah itu nombor satu, tapi akademik ini bukan nombor dua."

Ia seiring. 

"Alaaaa, sebok je hang dengan dakwah hang tu. Takde hang, Islam tetap jalan..."

Ok, memang benar. ALLAH tidak pernah memerlukan kita untuk menyebarkan agamaNya, akan tetapi diri kita ini amat memerlukan kerja sebagai pendakwah Islam, menolong agama ALLAH kerana pekerjaan inilah yang akan menyelamatkan kita di hari Qiamat nanti.

Meh tadabbur surah as-saff sekejap.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn . Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” 

Surah As-Saff ayat 10-13.

Haaa, takkan nak lepaskan peluang kot?

gambar semasa Jom Explorace adik asasi 3rd batch. Esoknya mostly ada paper utk final :)


Cemerlang? Kenapa?

Ingin saya memetik kata-kata Saidina Umar Al-khattab, 

"Didiklah anak kamu seiring zaman mereka" 

Errmm, mungkin tak berapa sesuai, tapi apa yang ingin saya ambil di sini adalah kita kena buat sesuatu tu, kenalah sesuai dengan zaman tu. Maksudnya cenggini....

Tidak dinafikan, pada zaman sekarang manusia memandang tinggi akan nilai prestasi akademik. Orang yang mempunyai pendidikan tinggi lazimnya mendapat penghormatan masyarakat sekaligus boleh mempengaruhi masyarakat dengan begitu mudah sekali. 

"Errrr, apa kaitannya?"

Cuba kaitkan kata-kata ini.

"Jangan dakwah kamu menjejaskan prestasi kamu, kerana prestasi kamu adalah dakwah kamu."

Kena ingat,
dakwah itu matlamat.
prestasi itu alat. 

Jangan tersalah.


Masih tak yakin orang dakwah boleh cemerlang?

Alhamdulillah, saya telah dianugerahkan ramai sahabat dan coursemate yang sangat hebat dalam dakwah mereka dan juga sangat hebat dalam akademik mereka. Saya masih ingat ada satu hari pensyarah kami memanggil nama-nama yang top scorer untuk midterm exam Microbiology, kebanyakan yang berdiri di depan adalah bukan Islam dan kami yang muslim yang dipanggil pada masa itu hanya sedikit.

Dan pelajar muslim itu, adalah mereka-mereka yang saya kenal sangat aktif dalam gerakan dakwah kampus. 

Tak yakin lagi?

Jom kita telusuri figur-figur orang yang berjaya dalam dakwahnya. Sebagai contoh, Ir. Dr. Muhammad Mursi. Siapa tak kenal? Cuba baca sikit info tentang Dr. Mursi di sini

Amacam? 

Beliau adalah antara yang aktif dalam gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin. Hebat kan?

Masih kurang?? 

Kita akan flashback pada masa keemasan Islam ratusan tahun dahulu. Di sana ada Ibnu Sina, seorang doktor muslim yang telah menulis banyak buku di bidang perubatan bahkan banyak lagi bidang yang lain. Karya beliau  Qonun fit tibb telah menjadi rujukan utama buku-buku mahasiswa perubatan di Eropah hingga abad ke 19.

luar biasa!!

Apa rahsianya?

Rahsianya adalah TARBIYYAH!

Saya yakin, benar-benar yakin, seseorang yang benar tarbiyahnya akan melahirkan seseorang yang mantap keimanannya. 

Dan yang pasti, 
mukmin yang sejati itu pasti akan bisa menjadi insan luar biasa. 

Kerana iman yang ada itu, beliau sedar akan tanggungjawab yang digalasnya.
Beliau sedar akan pentingnya merealisasikan amanah yang dipikulnya. 

Dan atas kesedaran itulah, dia mengerahkan sehabis tenaga untuk menjadi yang terbaik!

photo : IKRAMSISWA UNIMAS

Bagaimana Caranya?

Susun prioriti. Utamakan yang utama. Yang tak penting, tinggalkanlah. 

Perumpamaannya begini.

kita harus susun hidup kita dengan sebaik mungkin. ibarat meletakkan batu besar, batu kecil, batu kerikil dan pasir ke dalam sebuat balang. yang mana paling besar, kita letakkan dulu. oleh itu, kita letakkan batu besar dulu, kemudian isi batu kecil. Setelah itu baru isi batu kerikil dan kemudian pasir. baru boleh kita isi semua benda tersebut dalam satu balang.


Jaga hubungan dengan Allah. Banyakkan berdoa. 

InshaAllah, janganlah kita jadi fitnah untuk dakwah. 

Sama-samalah kita cemerlang. 

InshaAllah, boleh kalau kita usaha dan letakkan segalanya pada Allah. 

Jom!
Mumtaz for Ummah!

p/s: inshaAllah, andai berkesempatan, saya akan interview beberapa orang aktivis dakwah 

kampus yang cemerlang, dan inshaAllah akan cuba menulis tipsnya. doakan ^^

Tuesday, October 1

Tarbiyyah Ruhiyyah

Alhamdulillah, selamat recharge iman dan hamasah di Mukhayyam IKRAMSiswa Sarawak di Taman Negara Similajau Bintulu. Ada sedikit bingkisan daripada Bintulu untuk semua inshaAllah :) Ni adalah slot pertama, slot paling sentap yang boleh saya katakan. Huhu. 

***

Apa itu ruhiyah? Bagaimana ruhiyy boleh berbeza dengan jasad? Jom kita lihat situasi tentang perbezaan antara ruhiyyah dan jasad. Cuba kita lihat apa berlaku di Mesir itu sendiri. Yang menyebabkan mereka mampu bertahan selama 48 hari adalah kekuatan ruh yang ada pada mereka, hinggakan apabila diuji, mereka tetap bertahan dan bertahan. Dihalau dari medan Rabi’ah, mereka berkumpul semula di medan lain. Begitulah menggambarkan bagaimana kuatnya ruhiyy seseorang itu membuatkan mereka mampu bertahan. Jika bergantung pada jasad sahaja, sudah pasti telah lama himpunan tersebut bersurai.

Manusia itu Allah bahagikan kepada tiga elemen iaitu ruh, jasad dan akal. Antara ketiga-tiga elemen ini, elemen ruh adalah yang paling penting. Kenapa? Kerana ruh sahajalah yang akan kembali bertemu Allah. Jasad, apabila ajal menjemput, akan terkujur kaku dan akhirnya mereput di dalam tanah.

Gambar ketika main radio rosak. Jadi orang last sempat la menyenappp. hee

Walaupun begitu, jasad adalah alat untuk seseorang itu menjadi lebih dekat kepada Allah kerana pada jasad itu akan memudahkan seseorang itu mencapai kenikmatan ruh. Orang yang ruhnya hidup, semangatnya takkan luntur. Maka, hendaklah kita mengutamakan kekuatan ruhiyyah. Kerana kekuatan ruhiyyah akan menjadikan jasad kita kuat dan akhirnya melahirkan mukmin yang hebat seperti yang berlaku pada zaman Rasulullah di mana Bilal bin Rabah dan Sumayyah apabila mereka diseksa, mereka tetap mempertahankan aqidah mereka. Dan baru-baru ini, tragedi yang menimpa rakyat Mesir.

Kemuncak ruhiyyah bila kita menyerahkan diri kita bulat-bulat pada Allah. Ehem. dah sampai ke tahap tu? uhukkkk.

Kadang-kadang berlaku pertentangan antara ruh dan jasad. Sebagai contoh, untuk qiam, ruh kita sangat memerlukannya tapi jasad kita pula meminta untuk tidur semula.

Bekalan untuk memiliki ruh yang hebat.
(8:29), (57:28), (65:2-3) 
Bukak le Quran kome ye :) 

Para sahabat dan salafussoleh sangat mementingkan taqwa. Kerana pada taqwa itu adalah bekal mukmin dalam mengharungi jalan dakwah yang sangat panjang yang penuh mehnah ini. Taqwa juga bekal yang menghidupkan hati dan membangunnya. Pada taqwa itu ada juga bekal cahaya yang memberi petunjuk untuk hati membezakan antara haq dan batil. Dan akhirnya, taqwa juga adalah bekal ampunan bagi segala dosa.

Namun begitu, sekarang kita menceburi pelbagai bidang. Dalam Ikhwanul Muslimin sahaja ada pelbagai individu yang pakar dalam pelbagai bidang. Bidang-bidang itu bukanlah batu penghalang dalam mencapai kemenangan Islam, tapi ia adalah bukti bahawa Islam itu agama yang syumul. Akan tetapi, kepakaran-kepakaran kita dalam bidang-bidang tertentu tidak bermakna andainya taqwa tidak dijadikan sebagai asas.
Menurut Syed Qutb, taqwa ialah hati yang sensitif, perasaan yang jernih, perasaan takut yang berterusan, selalu berwaspada dan menjauhi duri-duri di jalanan iaitu pengharapan yang tak bermakna dan syahwat, ketamakan dan ambisi, ketakutan dan kecemasan, rasa takut kepad sesuatu yang tak bagi manfaat atau mudharat dan banyak lagi duri-duri penghalang yang lain.

Surah Al-Ahzab : 22-23 

Bagaimana mendapat taqwa?


1. Al-Iman – iaitu yakin pada Allah, ajaranNya, pembalasanNya, dan saksiNya.
2. Ikhlas (Al Kahfi : 28) – sentiasa berharap pada Allah agar tak kendur dalam perjuangan.
3. Asy-Syaja'ah (Keberanian) (Al-Maidah : 44) – Berani berjalan atas jalan yang penuh risiko ini.
4. As-shabru (Sabar)
5. Al-Tafa'ul (Optimis)


Bagaimana untuk tingkatkan dan kekalkan taqwa?


1. Al-Mu'ahadah (Ikrar)
Sentiasa ingat akan janji kita dengan Allah iaitu lafaz dua kalimah 
syahadah kita adakah seiring dengan perbuatan kita seharian.
2. Muraqabah (Merasakan diri diawasi / diperhatikan)
3. Mu'aqabah (Memberi saksi)
4. Mujahadah (Bersungguh-sungguh)

Monday, August 19

untuk kau fikirkan

betapa aku kecewa, 
dalam mereka sengsara,
kau bermain bahasa. 

jihad mereka,
demonstrasi mereka,
syahid mereka,

kau pertikaikan?

ingin aku bertanya pada kau,
kau setuju?
tubuh mulus anak kecil ditembus peluru?
kau setuju?
manusia dibunuh dibakar tak hirau sendu?
kau setuju?
masjid gereja dihancurkan jadi debu?

lupakah kau pada sabda nabimu,
jika kau tak hiraukan tentang nasib umatmu,
kau bukan daripada kalangan mereka? 

fikirlah dengan mata hati,
andai kau masih punya hati.

****

credit : FB


Pada masa ini, bukanlah masanya kita mempertikaikan soal yang tidak patut, merendahkan orang lain dan memandang remeh usaha mereka. 

pada masa ini, 
yang mereka perlu, 
bukan hujah yang melukakan.

mereka perlu doa kita.

Jangan hanya kerana kita tidak sefikrah dengan mereka, kita tidak mahu bersama mereka. Ketahuilah, yang bersama demonstrasi menentang kudeta itu bukan sahaja Ikhwanul Muslimin, akan tetapi mereka yang cintakan kebenaran tanpa mengira fikrah yang mereka bawa.

Cepat benar kita melabel mereka Khawarij,
apakah As-sisi itu setanding Saidina Ali?
Hingga kau kata, demonstran itu khawarij?

Jauh! Jauh sekali.

Kau kata Mursi diktator, 
lupakah bahawa Mursi itu presiden pertama yang dipilih rakyat secara sah?
Diktator, baru setahun memerintah?
Biar betul?


Kau kata mereka bodoh, 
kata mereka Islam lawan Islam, 
sekarang bukanlah Islam lawan Islam, 
tapi ia adalah antara haq dan batil. 
Islam dan munafiq atau fasik, 
dan sesuatu yang seumpamanya pernah berlaku pada zaman Nabi!  

Ketahuilah, 
golongan munafiq, zalim, fasiq itu,
di sisi manusia memanglah mereka Islam,

tapi di sisi Allah?

Untuk siapa masih lagi insist kata ia adalah islam lawan islam, 
Apakah Islam menghalalkan darah muslim yang lain?

Yang benar-benar Islam takkan membunuh, 
apatah lagi membunuh orang yang sedang rukuk dan sujud. 

Yang benar-benar Islam takkan membakar masjid dan gereja. 
apatah lagi membunuh orang-orang di dalamnya.

Fikirkan.

Dan yang berada di medan itu, 
bukanlah mereka yang mencetuskan kekacauan, 
tapi mereka berhimpun, 
untuk mengembalikan Presiden yang dipilih secara sah oleh mereka yang diculik entah ke mana.

Lupakah kita, 
mereka yang di medan itu, 
bagaimana mereka menghidupkan Ramadhan mereka?
Malam-malam mereka diisi dengan terawih, munajat dan qiamullail.
Inikah khawarij yang kamu maksudkan?

Tanya hati, cenderung pada mana. 

Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, nanti kamu disentuh api neraka. [Hud :113]