Sunday, August 7

wanita ibarat rama-rama

rama-rama,
Warnanya cantik.
menarik mata-mata yang memandang,
Hati pasti tertawan,
Dan tangan pasti terasa ingin menyentuhnya.



 Rama-rama indah untuk disentuh, 
tetapi nilai dirinya akan merosot setiap
kali ada tangan-tangan kotor mencemari
tubuhnya.Begitulah wanita.
Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak 
dijaga dengan sempurna.



Tingkatkan harga diri kita sebagai seorang wanita. Semakin sukar wanita dimiliki semakin mahal nilai wanita di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki wanita tetapi tidak mahu setia, apalagi memelihara dan melindungi wanita.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita sebagai seorang wanita. Setelah warna-warna itu hilang, kita akan dibiarkan dan disisihkan. Jadilah muslimah yang punya nilai dan maruah diri.Kita akan lebih dihormati.

Ingin sekali ana memetik kata-kata Us. Sarbini Dahlan semasa SembangSembang Petang untuk Sungkey dan Sahur KITA semalam.

"Usah serahkan cintamu pada yang tak layak. Jadilah ia sebagai kalung pernikahan..."
(lebih kurang laa. tak berapa ingat exact sentence)


p/s : gambar diambil dengan menggunakan kamera handphone semasa on the way balik ke rumah selepas qiam pagi tadi di UNIMAS :)

Friday, August 5

akan datang

"....apabila jejaka yang sering meninggalkan solat, tidak berpuasa terpaksa menjalankan hidupnya dengan wanita solehah demi menjaga perasaan keluarganya..."

inshaAllah, still in progress.

Thursday, August 4

Muslimah Lebih Baik Solat Terawih di Rumah @ Masjid??

"Meera taknak la ikut mama pgi solat tarawikh kat masjid, meera solat tarawikh kat rumah jer, lagipun kan Nabi kata perempuan lebih elok solat kat rumah..."


Bismillah..

Isu ini agak penting untuk diketengahkan memandangkan ianya sering disalahfahami segelintir muslimah. Saya terdetik untuk menulis sebuah artikel tentang ini apabila saya terbaca sebuah post di sebuah group di laman
Facebook yang sewenang-wenangnya memberikan alasan dan hujjah untuk tidak menyahut seruan solat tarawikh di masjid menggunakan dalil-dalil yang berikut:

Rasulullah S.A.W bersabda kepada seorang wanita:
"Solat di bilikmu lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu". (HR Ibn Khuzaimah)

"Solat seorang wanita di salah satu ruangan rumahnya lebih utama daripada di bahagian tengah rumahnya dan solatnya di bilik (peribadi)nya lebih utama daripada (ruangan lain) di rumahnya."
(HR Abu Daud dan Al-Hakim)

"Sebaik-baik tempat solat bagi kaum wanita adalah bahagian paling dalam (tersembunyi) di rumahnya."
(HR Ahmad dan Al-Baihaqi)

Status hadis-hadis di atas memang tidak sampai kepada dhaif(lemah) mahupun maudhu'(palsu), jadi ianya boleh diamalkan, akan tetapi
kita perlu faham bagaimana untuk menggunakan hadith-hadith di atas. Kita tak boleh menggunakan sesuatu dalil sesuka hati di tempat yang salah. Perlu untuk kita cakna dengan syarah dan penerangan ulama bagi hadith-hadith tersebut.

Letakkanlah sesuatu pada tempatnya. シ


Faktor Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah

"Janganlah kalian melarang para wanita (pergi) ke masjid dan hendaklah mereka keluar dengan tidak memakai wangi-wangian." (HR Ahmad dan Abu Daud)

Berdasarkan hadith ini, kita dapat fahami bahawa antara faktor mengapa Nabi lebih menggalakkan kaum hawa untuk solat di rumah adalah kerana untuk mengelakkan timbulnya fitnah, godaan, menimbulkan syahwat di kalangan lelaki seperti memakai perhiasan, tabarruj, memakai wangi-wangian, berpakaian seksi dan ikhtilat(pergaulan bebas) di rumah Allah..

Saya tertarik untuk berkongsi satu kaedah fiqh yang pernah saya pelajari:

"إذا انعدمت العلة انعدمت الحكم" 
'Apabila hilang/tiadanya sebab, maka hilang/tiadalah hukum.'

Jadi, sekiranya seseorang muslimah itu terhindar dari segala perkara di atas, maka adalah lebih baik untuk dia ke masjid kerana berdasarkan kaedah fiqh di atas, apabila tiadanya faktor yang menyebabkan seseorang itu lebih baik solat di rumah, maka terhapuslah hukum(solat di rumah lebih baik), justeru solatnya di masjid adalah lebih afdhal dari solat di rumah..

Berkata Al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya 'Al-Muhalla' :

“Jika hadir seorang wanita ke masjid untuk bersolat berjemaah bersama kaum lelaki, maka itu adalah satu perkara yang baik. Hadis yang menyatakan kelebihan solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat tidak boleh dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja..."

Tiada Larangan untuk Ke Masjid

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Janganlah kalian melarang hamba-hamba wanita Allah untuk ke masjid-masjid Allah"{HR Bukhari: no 858 dan Muslim: no 442}

Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berkata:

"Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik dari di masjid jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik.."

Sepertimana maklum, biasanya solat tarawikh di masjid diselitkan dengan ceramah-ceramah, zikir, tadarus Al-Quran dan majlis ilmu, jadi adalah lebih baik untuk kaum wanita ke masjid..

Sedangkan pada zaman Rasulullah, para sahabiah dan Ummul Mukminin(isteri-isteri Nabi) sangat rindu dan ghairah untuk ke masjid, bahkan ada sebuah hadis yang menunjukkan isteri Rasulullah sering ke masjid, Sayyidah Zainab r.a, salah seorang isteri nabi pernah mengikat seutas tali di antara dua tiang di masjid :

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah masuk ke dalam masjid. Beliau melihat ada tali yang terikat antara dua tiang masjid, kemudian baginda bertanya, "Untuk apa tali ini?" Maka sahabat menjawab, "Ini adalah tali Zainab r.a.(isteri nabi) Bila dia letih dan mengantuk, maka dia akan bergantung kepadanya. Rasulullah saw. bersabda, "Bukalah tali ini. Hendaklah seseorang solat dalam keadaan bersemangat saja, dan bila dia letih hendaklah dia tidur." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Subhanallah, kita lihat bagaimana Ummul Mukminin yang begitu erat terpaut dengan rumah Allah.. Tidak inginkah kita untuk mencontohi mereka? Tidak inginkah kita untuk menjadi sebaik-baik muslimah di sisiNya?

Sungguh rugi sesiapa yang tiada keinginan untuk ke istana Allah..

Paling kurang dalam setahun, hanya sebulan sahaja ke masjid, takkan tak boleh kot? Wanita ni biasanya solat di rumah sahaja.. Apa salahnya sepanjang bulan Ramadhan, kita solat tarawikh di masjid.. Kita hidupkan rumah-rumah Allah.. kan?  ^^



Solat Di Masjid Bagi Wanita Lebih Baik Dengan Syarat..

Ya... Ada syarat-syarat dan adab-adabnya untuk kita beribadah dan bertarawikh di masjid Allah ini..

Di sini saya naqalkan potongan jawapan Mufti Mesir Prof, Dr. Ali Jum'ah apabila ditanya tentang 'Solat tarawikh bagi wanita lebih baik ditunaikan di rumah atau di masjid?'


"..... Barangkali, adalah lebih baik bagi muslimah zaman ini untuk pergi ke masjid memandangkan kaum wanita sering terasing dari para ulama, majlis-majlis ilmu dan pelajaran-pelajaran agama..

Bagaimanapun, perlu untuk kita tahu bahawa pemergian seorang wanita ke masjid adalah afdhal(lebih banyak ganjaran dari di rumah) sekiranya ketiadaannya di rumah tidak memberi kesan terhadap tanggungjawabnya di rumah, keluarga dan hak-hak suami..(pastikan tanggungjawab selesai) serta aman dan terhindar dari membuat gangguan dan fitnah..

Dan juga (lebih afdhal solat di masjid), sekiranya seseorang wanita mampu memelihara pakaian/penampilan seperti yang dituntut syarak, hak-hak masjid seperti merendahkan suara, ikhlas dalam beribadah, menjauhi mengumpat, gosip dan seumpamanya secara keseluruhan, serta tidak mengganggu orang lain..

Sebaliknya, apabila seseorang muslimah itu tidak mampu mematuhi adab-adab tersebut, maka solat wanita di rumahnya adalah lebih afdhal.." (dipetik dan diedit sedikit dari kitab 'Al-kalimut Tayyibu Fatawa 'Asriyyah' oleh Al-Allamah Sheikh 'Ali Jum'ah rahimahullah: m/s 45, terbitan Darus salam)


Wallahu ta'ala a'la wa a'lam.. ヅ 


sumber : sini 

Wednesday, August 3

bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba

Assalamualaikum & hye peeps :)

Hari ketiga ramadhan, amacam?
[mungkin anda akan lejuk nenga benda tok, I'll repeat it everytime I post an entry :P]
limited semasa ramadhan sahaja.

seperti semalam, melalui hari yang terasa begitu panjang berniaga. Melihat macam macam orang lalu, tapi ada sesetengah orang yang ana sering mengekorinya dengan pandangan. 

Orang yang membawa alat , satu hujung letak di kedua2 belah telinga, satu hujung letak di mana mana anggota badan orang lain. di dada, di lengan dan di mana mana yang perlu. 

jangan salah sangka. kali ini tiada dam pecah, tiada sedih sedih. hehe. 

syukur dan redha. 

-jumpa doktor lari keluar dari A&E dengan nangis nangis tadi, seram jugak tengok...-


sebenarnya ana rindu pada Ramadhan yang lepas.
di mana ana sahur ana berbuka di UNIMAS.
RINDU SANGAT SANGAT.
masih segar dalam ingatan terawih di masjid. 
masa salam jamaie, balik sama sama. 

Ramadhan lepas sangat sangat bermakna.
Di mana ana kenal ramadhan bukan sekadar berpuasa
Dan Ramadhan pertama yang ana berjaya membuat sesuatu yang ana rasa ana tak mampu.
Alhamdulillah. 


Apapun mudahan momentum ramadhan kali ini tiada kurangnya, malah lebih baik. 

Biarpun berada di rumah. 

Doakan ana. 

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba. 

Sama sama kita belajar menjadi hamba.

Tuesday, August 2

Edisi Ramadhan : Hari kedua, apa macam?

Assalamualaikum & hye peeps.

Esok, hari ketiga puasa?
Amacam? 
Habis 2 juzuk?
Peringatan buat sendiri dahulu~ 

ana nak kongsi sikit dari sahabat ana, yang ana perolehi dari wall PERKEPIS

REKOD CEMERLANG PARA ULAMA DN SOLIHIN DLM MENGKHATAMKAN AL-QURAN:

uthman r.a: 1x khatam dlm 1 rakaat shj (witir)
abdullah ibn zubair: 1x dlm 1 mlm shj
said ibn jubair rah.a: 1x khatam dlm 2 rakaat (dlm kaabah) 
thabit bunani rah.a: 1x khatam dlm sehari semalam
abu harrah rah. a: 1x khatam dlm sehari semalam
abu syeikh huna'i rah.a: 2x khatam + 10 juz dlm 1 mlm
saleh bin kaisan rah.a: 2x khatam dlm 1 mlm
mansur bn zazan rah.a: 2x dlm 1hari
imam syafie rah.a: 1x setiap hari (bulan biasa) 2x setiap hari (bulan ramadhan)
salim bn atar rah.a: 3x setiap hari
ibn khatib rah.a: 8x setiap hari......
imam abu hanifah rah.a: 61x sepanjang ramadhan
 

subhanallah, KITA? hmm. sebulan sekali? jarang jarang bak kata P. Ramlee.

Alhamdulillah, tahun ni ana berkesempatan untuk berniaga di bazar ramadhan di tempat ayah ana bekerja. Sememangnya setiap tahun berniaga di sana, cuma tahun ni ana lah yang menjaga gerai. Alhamdulillah, boleh tahan. Rezeki Allah bagi. 

Bak kata mak, "pake belanja kitak di UNIMAS kelak.."

Allahu, terharu. Tengok mak bangun lintang pukang buat kuih muih, berpanas di dapur dalam keadaan berpuasa. ayah pulak berjaga malam menyediakan apa yang patut untuk ingredients kuih muih esok hari. 

TENGOK~ BETAPA BESAR PENGORBANAN MEREKA.

tidak dapat digambarkan biar sebesar mana font yang digunakan. 

Sebab tu Allah berfirman :

"..dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
al-Isra':23
 
Sepanjang dua hari berturut-turut berniaga ni, Alhamdulillah, banyak juga ragam orang sekeliling. Ada suka itu, ada suka ini. Ada yang boleh campur 1 plastik, ada yang nak asing plastik. Ada yang nak satu tu satu ni satu tu supaya jadi 3 biji satu ringgit. pendek cerita. macam macam fi'il.

Begitulah hakikatnya, kita diciptakan pelbagai rupa pelbagai ragam. 

Tidak dinafikan ana sedikit teruji dengan cuaca panas dengan tak sempat nak duduk dengan melayan macam macam perangai orang dengan tak menang tangan. 

mungkin ini cara halus Allah nak tarbiyyah ana.

Ana jenis yang 
kurang tidak penyabar. 
kuat merungut.
mudah kalut dan gelabah.
tidak suka menunggu.

aha. macam mana? terukkan? huhu. Ana cuba ubah. 
 
Bulan Ramadhan Bulan Tarbiyyah
Inilah masanya. 
Jom mai ramai-ramai pakat.
Pada ramadhan kali ini, 
kita tingkatkan amal ibadah, 
tinggalkan maksiat, 
kurangkan (kalau boleh, buangkan) lagho, 
buang sifat mazmumah,
tanam sifat mahmudah.

InshaAllah inilah masanya. 
 
moga malam itu kita temui. 
 
Dan sama sama kita merebut redha-Nya dalam bulan ibadah, bulan rahmat, bulan keampunan. 

Sabda Nabi saw : “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat,menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan Dia membangga-banggakanmu kepada malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang-orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini."

Ramadhan itu terbahagi kpd 3 bahagian iaitu 10 malam pertama adalah kerahmatan, 10 mlm seterusnya nikmat keampunan dan 10 mlm terakhir adalah terlepasnya dr azab neraka malahan di dalamnya juga terdapat lailatul qadar yang lebih baik drpd 1000 bulan.bila tibanya Ramadhan syurga2 itu dihiasi dgn phiasan yg teramat indah...subhanallah, syurga dambaan stiap insan,jom pakat beramal!!

ini baru 30 hari mencari cinta. cinta yang hakiki <3 <3 <3