Tuesday, March 22

PROBABILITY

Probability. 
Dari petang tadi menghadap Probability.
nak rehat sat.

Hidup. 
Penuh dengan probability.
Apa yang kita buat. 
Apa keputusannya.
Hidup.
Ada dua PROBABILITY.
hidup dalam nikmat ISLAM atau sebaliknya.
separuh separuh
Mati.
Ada dua PROBABILITY.
mati dalam husnul khotimah atau su'ul khotimah.
separuh separuh
Pengakhiran kita.
Ada dua PROBABILITY.
Pengakhiran kita dalam syurga atau neraka.
separuh separuh



separuh separuh?
sebenarnya boleh aja kita meningkatkan probability kita ke arah yang terbaik.
bergantung dengan amalan kita. 
tinggi amalan, tinggi probability kita untuk menuju ke arah yang terbaik. 

dah. sambung-sambung.
vector pulak. 
vector is a straight line. no belok-belok.
Islam pun mengajar kita ke jalan yang lurus. 
Hanya Islam agama yang lurus. 
Lurus menuju syurgaNya yang abadi.
InshaALLAH. 





p/s: doakan Min tak syahid masa study vector. dari dulu lagi tak pass-pass. (tu laa...sapa dok suruh bersandaq tepi dinding....alamatnya tidoq laaaa...) Btw, maths ni tarbiyyah jugak tau. Kita ditarbiyyah supaya sabar dan jangan mudah putus asa. Tak jemu cuba dan terus mencuba. Macam tu jugak dengan usaha dakwah nak ajak orang ke arah kebaikan. Ada yang terima, ada yang tolak, ada yang sambut baik, ada yang caci. Yang tolak caci hina, jangan putus asa untuk mencuba lagi. Jangan pernah jemu untuk berdakwah. Tak mampu medan dakwah secara verbal macam Us. Zahazan, Ustzh Siti Noor Bahyah, non-verbal pun boleh. Sebagai contoh, bentuk penulisan atau dakwah bil hal iaitu dengan perbuatan. 

dah-dah. sambung sambung.

Monday, March 21

maaf tuk berpisah...

Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku yang selalu mengenangmu selamanya
Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Maafkanlah segala khilaf yang tlah kita terlewati
Tlah membawamu kedalam jalan yang melupakan tuhan
Kita memang harus berpisah
Tuk menjaga diri
Untuk kembali mngarungi hidup
Dalam ridho ilahi

Kutahu bahwa dirimu

Mendambakan kasih suci yang sejati
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini kusadari Bahwa semua itu

Adalah salah, juga keliru 
Akan membuat hati menjadi ternodai

Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah akan menyatukan kita 


Saturday, March 19

Dakwah Seorang Budak

Assalamualaikum & hye peeps. 

Pertama-tama dan selama-lamanya selawat dan salam buat junjungan besar kita iaitu Rasulullah SAW kerana dengan usaha dakwah baginda, kita masih lagi berada di dalam dua nikmat terbesar yakni IMAN dan ISLAM. Ingin Min nak memetik kata-kata Syeikh Fuad Kamaluddin Al-maliki dalam satu kuliah dekat youtube yang pernah Min tengok baru-baru ni

"nikmat iman dan islam umpama binatang yang liar. perlu diikat dengan kemas, maka ikatlah nikmat tersebut dengan bersyukur."

Alhamdulillah, Min diberi ruang dan peluang untuk menghadirkan diri ke usrah gabungan kat Kolej Cempaka petang tadi walaupun pada mulanya plan nak balik petang tadi. So, kiranya nak share la sikit-sikit apa yang Min perolehi semasa usrah gabungan tadi.
(Mungkin post kali ni agak panjang, tapi orang yang cintakan ilmu tak kisah panjang pendeknya)

InshaAllah. Min akan post satu lagi tentang pengajaran daripada hadis ni dan apa kaitan hadis ni dengan kita. Buat kali ni, Min sekadar share kisahnya sahaja.
Ghulam Da'wah (Dakwah Seorang Budak)
Hadis Ghulam, Ahli Sihir dan Rahib.

Ghulam? Apa maksudnya? Ghulam simply means budak. Ya budak. Ghulam Da'wah maksudnya dakwah seorang budak. Kisah bermula...

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:
Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut:

“aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya."

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib.

Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ububapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibubapamu (kerana lewat pulang), katakana kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya,

“Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).

Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya:

“Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang ku.

Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut:

“semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”

Budak berkata kepadanya:

“Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.”

Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.
Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya:

“Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?”

Kata pembesar tersebut:

“Tuhanku.”
Raja sangat marah dan mengatakan:

“Ada ke tuhan lain selain dariku?

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membonngkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya:

“Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.”

Lalu budak itu menjawab:

“Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.”

Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.
Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata:

“Balik semula kepada agama asalmu.”

Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka:

“Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit".

Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah:

“Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”

Tiba-tiba bukit bergegar dab jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja.
Raja bertanya:

“Mana dia kawan-kawanku?”

Jawab budak:

“Allah telah menolongku menghadapi mereka.”

Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata:

“Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”

Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja.

Raja terkejut dan bertanya:

“Mana kawan-kawanku?”

Jawab budak:

“Allah telah menolongku menghadapi mereka.”

Lalu budak tersebut berkata kepada raja:

“Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta.”

Tanya raja:
“Apa dia?”

Kata budak:
“Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya.

Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.

(Tiba-tiba orang ramai berkata: “Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada Tuhan budak ini.”

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan:

“Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku.”

Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.
Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya:

“Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”

Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.
*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi
Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa:
Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah telinganya yang masih luka. ALLAHU AKBAR! 



Friday, March 18

pecah rekod

Referring on the title above....
ape motif tukul ni?

ehem.ehem.
tak tahu nak sambung apa.
English tak terer. 
oke.oke.
pecah rekod?
Aok.
Minggu ni banyak sangat rekod yang dah dipecahkan..
*clap*clap*
ceh.
kalau benda baek takpe jugak.

satu.
3hari berturut-turut tido melepasi jam 4 pagi.
*tapi walau rezeki tidur tu kurang, tapi ade rezeki lain*

dua.
tak penah-penah __________ yang Min gunakan utk ________ melepasi 2 angka.
tapi minggu ni sampai 13 _____ yang Min guna utk ______.
penuh _____utk _____
*isi sendiri*

tiga
tak penah-penah turun kuliah lewat.
(tapi tak lepas pukul 8 laaa..)
tapi minggu ni ada harinya sampai kelas 2 3 minit sebelum lecturer datang.
dan....
tak baik ulang benda ni selalu. 
datang awal!

empat.
tak penah-penah mencapai 1 _____
tapi minggu ni 2 _____ 

lima.
EQ. tahap minimum minggu ni.

enam.
tak penah-penah _____ melepasi jam tujuh.
minggu ni?
hmmmm..

tujuh.
dah..dah...cukup.cukup. enam dah cukup. 
enam rekod dipecahkan dalam minggu ni sahaja. 

dah. cukup. malas nak taip. 
maaf. 
*merapu punya post*

p/s : biarpun jadi website developer and maintainer gaji BESAR, 
tak nak dah. tak nak! 
bercerai dengan dreamweaver. taknak rujuk balik.

*sharing is caring*
"Whoever loves to meet Allah, Allah loves to meet him." 
(Bukhari)

oke. nak sambung hadam buku Sultan Muhammad Al-fateh.
tertarik dengan satu kata-kata kat dalam buku ni,

"orang-orang kafir berperang kerana cintakan hidup, orang-orang Islam berperang kerana cintakan mati (mati syahid)" 

Wednesday, March 16

Kuching Berselawat

Akan datang!!!

KUCHING BERSELAWAT!

*klik untuk tumbesaran*

Alhamdulillah.
Selepas "Malam Penghargaan Rasulullah", sekali lagi Bumi Kenyalang dimekari dengan majlis Nabi SAW. 
InshaAllah.
Akan datang.
18 Mac 2011
KUCHING BERSELAWAT. 

Marilah sama-sama kita menghadirinya. 
Moga-moga kecintaan kita pada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa kita. Ameen.